Salmon Sashimi Sushi KPlus The Curve

Saturday 6 May 2023

Bulan lepas masa mencari hamper raya untuk klien, laju je kaki masuk dalam KPlus Market dekat The Curve sebab nak mencari japchae. Kalau pergi The Curve memang wajib singgah sini sebab ready to eat selection dia best. Setiap kali pergi setiap kali tu lah beli japchae sebab menu ni renyah kalau buat sendiri. Renyah sebab banyak bahan nak kena potong. Beli je senang, sedap pun sedap. 

Jalan depan sikit dekat bahagian sashimi tu ternampak salmon sashimi sushi. Since dah lama tak makan salmon, saja la try beli dekat sini. Harga untuk satu pek sashimi ni RM12.80 untuk 8 pieces. Setiap satu diletak potongan lemon supaya tak melugai. 


Makan sashimi ni masa berbuka, ngam lah tu jadi makanan iftar sebab perut bukannya nak makan banyak pun. Makan 3 pieces pun dah kenyang tapi sebab sedap, habis lah satu pek ni. Salmon dia segar sebab tu tak berhenti makan. Tak kisah lah ada perahan lemon ataupun tak, dua-duanya sedap. Ada perahan lemon best sikit lah sebab ada gabungan rasa salmon dan masam lemon. Dekat dalam kepalan nasi tu ada fillings telur ikan yang digaul dengan mayo kalau tak silap. Nampak gaya sashimi akan jadi makanan wajib beli lepas ni. 

Masa jenguk-jenguk dekat bahagian seafood, I ternampak ada kepah putih segar. Susah gila nak cari kepah putih yang hidup, kebanyakannya frozen. NSK jual ikut mood dia, setahun sekali je wujud kepah putih tu. Dah nampaj kewujudan kepah putih dekat situ memang terus beli lah cerita dia, tak ingat berapa kg, yang pastinya RM7 macam tu. Kepah putih ni yang tak syoknya bila timbang dapat berat cengkerang je, isi tak la banyak sangat. But still, bila makan dengan maggi atau pasta, nikmat tu fuhhhh. Happy betul dapat makan dua menu sedap masa tu. Thanks KPlus Market!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.