Movie Review | Evil Dead Rise (2023)

Saturday 6 May 2023


Director: Lee Cronin 
Writer: Lee Cronin
Cast: Lily Sullivan, Alyssa Sutherland, Morgan Davies, Gabrielle Echols, Nell Fisher 
Production Companies: New Line Cinema, Renaissance Pictures, Pacific Renaissance, Wild Atlantic Pictures
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Supernatural / Horror
Running Time : 97 minutes
Release Date : 15 March 2023 (SXSW), 21 April 2023 (United States)
Trailer :


Installment kelima franchise Evil Dead selepas filem Evil Dead (2013), Army of Darkness (1992) dan drama Ash vs Evil Dead (2015–2018), Evil Dead Rise arahan Lee Cronin ditayangkan di SXSW dan pawagam. Asalnya filem Evil Dead Rise cuma akan ditayangkan di HBO Max tapi produser nampak potential untuk dapat kutipan tinggi di pawagam. 

Naskhah seram supernatural ini membawa kepada sebuah keluarga yang tinggal di sebuah apartment lama di Los Angeles. Kerana gempa bumi dengan magnitude sekuat 5.5, sebuah bilik kebal bank lama yang terletak di kawasan basement parking apartment tersebut mempunyai jalan masuk. 


Danny (Morgan Davies) mencari sesuatu yang boleh dijual sebagai barangan antik lalu dia terjumpa 3 phonograph records yang dinamakan Naturom Demonto dari tahun 1923 dan buku aneh yang disimpan dalam keranda batu. Buku aneh yang tebal tersebut secara tak sengaja dibuka dengan beberapa titis darah kepunyaan Danny. Bridget (Gabrielle Echols) larang Danny discover buku tersebut kerana isinya penuh dengan lukisan ngeri. Jangankan baca, ambil pun dah dilarang sebelumnya tapi Danny tetap berdegil. 

Tak dapat selak buku, Danny pasang rekod vinyl Naturom Demonto pula. Kedengaran suara paderi menceritakan tentang Book of Death yang membawa roh jahat dari neraka datang ke alam hidup. Kerana bacaan mantera tersebut, ibunya Ellie (Alyssa Sutherland) dirasuk semasa turun ke basement. Ellie pulang ke rumah dalam keadaan tulang yang patah dan tak mampu untuk berdiri dengan tegak. 


Dia menuju ke dapur untuk masak sambil mengomel bagaimana dia ingin membunuh kesemua anak-anaknya. Bridget dan Danny tahu apa yang terjadi pada Eliie kerana fizikalnya mirip seperti dalam lukisan buku aneh tersebut. 

Masa tengok filem Evil Dead Rise ni tak tahu pun ini adalah installment kelima tapi tak ada masalah pun sebab filem ni macam stand alone, cuma ceritakan macam mana keluarga ni diganggu oleh roh jahat. Sebab seorang, habis semua orang jadi mangsa. Kekuatan pada Evil Dead Rise adalah pada cara hantu membunuh mangsa sebab roh jahat ni ganas. Boleh kata gore tapi tak lah ekstrem sangat pun, setakat cabut tangan, cabut mata dan bergelen darah. Pengarah tak tunjuk dengan detail macam mana Ellie robek perut jiran sampai terburai isi perut. Hantu pun hujungnya jadi hantu CGI dan prosthetic makeup. Kudos to Alyssa sebab muka dia seram sangat sepanjang dirasuk. Masa dia berdiri depan pintu cuba pujuk anak bongsu dia, masa dia keluar dari tub mandi ataupun masa dia serang Beth (Lily Sullivan) dalam bilik. 


Mana-mana cerita seram pun akan menentang logik dan sama juga macam Evil Dead Rise ni sebab tingkat 14 je yang kena serang dengan hantu tapi penduduk tingkat lain boleh hidup aman walaupun baru lepas dilanda gempa bumi. Buktinya pada watak Jessica yang tidur nyenyak. Kenapa hantu ni attack manusia, mungkin sebab bosan dekat neraka sebab kebanyakan dialog dia cakap si polan tunggu dekat neraka. Semua orang pun pergi neraka, it just matter of time je. 

Masa Beth tendang raksasa masuk dalam grinder tu pun tak logik bila yang keluar dari corong atas tu cuma darah sedangkan ada tulang dan daging. Masa Ellie kokak mata Jake (Billy Reynolds-McCarthy) tu mata je yang tercabut padahal ada tulang soket dekat situ. Macam mana boleh dapat bebola mata tanpa terkoyak pun daging dekat bahagian tu. Realistik lah sikit. 


Tak boleh nak connect dengan filem ni sebab elemen saspen tak menjadi. Kebanyakannya macam try hard untuk wujudkan rasa saspen tu sampai kita mengeluh cepat lah habis. Draggy moments tu buatkan kita penat sampai hilang fokus. Keluarga Ellie pun macam ada dendam lama sesama sendiri. Bila watak sekian mati, tak ada pun yang sedih beria. Even Kassie (Nell Fisher) yang dimanjakan oleh semua orang tu pun tak rasa sedih bila tengok family members dia dirasuk. 

Selalunya penulis guna keluarga untuk paparkan kasih sayang mendalam tapi filem ni gagal sepenuhnya untuk elemen tu tapi gigih nak tunjuk gambar keluarga dekat kunci kepunyaan Ellie. Baik guna watak sekumpulan remaja tinggal di apartment lama sebab dah tahu bonding tu biasa je. Macam watak Jessica, Caleb dengan Teresa dekat hutan tu, masing-masing buat hal sendiri sebab baru kenal. Nak tolong pun tak beria bila one of them dirasuk roh jahat tu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.