Movie Review | Polis Evo 3 (2023)

Monday 22 May 2023


Pengarah: Syafiq Yusof
Penulis Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fara Ali Khan, Douglas Lim, Nora Danish, Eyka Farhana, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA
Syarikat Produksi: BlackFlag
Pengedar: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Genre: Aksi / Drama / Komedi
Durasi Tayangan: N/A
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023
Trailer :



Instalment ketiga untuk franchise aksi komedi, Polis Evo membawa konflik yang baru di mana Inspektor Khai (Shaeizy Sam) berhadapan dengan masa silamnya dalam Ops Siong yang diketuai oleh ACP Farouk (Fauzi Nawawi). Sahabat baiknya, Inspektor Reza (Sharnaaz Ahmad) muncul Kembali selepas dikhabarkan meninggal dalam kebakaran di rumahnya 10 tahun lepas. 

Kes letupan di Pulau Pinang berpunca dari dendam Reza sejak Ops Siong dan target utamanya adalah Khai. Kerana Khai, isterinya, Farah (Ezzaty Abdullah) meninggal dunia. Disebabkan kes letupan tersebut ACP Farouk kumpulkan Inspektor Khai, Inspektor Sani (Zizan Razak), Inspektor Julie (Fara Ali Khan), Inspektor Dani (Syafiq Kyle) dan Inspektor Dell (Douglas Lim) untuk ambil burner phone dari Gaya, pembekal bom jenis Semtex dari Thailand. 


Operasi yang mudah iaitu masuk ambil burner phone dalam bilik kebal Gaya dan keluar tanpa sesiapa pun tahu. Dari burner phone yang digunakan Gaya, mereka akan dapat tahu keberadaan Reza. Malangnya, misi tersebut gagal dan tunang Khai, Anis (Nora Danish) berada di dalam bahaya kerana menjadi target Reza. 

Polis Evo 3 mendapat sentuhan baru dari pengarah terkenal untuk filem aksi, Syafiq Yusof sekaligus membawa masuk lebih ramai pelakon sampingan berbanding 2 filem sebelumnya. Sama seperti filem aksi yang dihasilkan sebelumnya, Syafiq juga mengangkat watak pelakon wanita dalam karyanya dan kali ini Fara Ali Khan dibawa masuk untuk watak Inspektor Julie sebagai sniper. 


Excited setiap kali Inspektor Julie muncul sebab Fara Ali Khan berjaya deliver watak tersebut dengan cemerlang. Dalam team yang penuh dengan alpha, Inspektor Julie boleh blend in dan menyerlah dalam ruang yang terhad. Sebelum ni Fara Ali Khan curi tumpuan menerusi watak Sofia dalam filem The Assistant (2022) walaupun watak dia tak dikembangkan dengan baik. Kali ni dia berjaya redeem balik dan muncul sebagai sniper yang tomboyish. Masa Fara pakai topi ke belakang tu nampak gaya dia macam Melissa Saila dalam program Cili Padi yang famous era 90-an dulu. Girl crush!

Bab lakonan dua watak utama, tak ada masalah langsung untuk wujudkan suasana yang kelakar ataupun situasi tegang. Terkesan juga bila Khai tak mampu tembak Reza bila Sani kena tangkap padahal duo ni dah rapat sampai nak jadi saudara dah pun. Sama macam Sani, bila Khai kata ‘Kita lain boh’, rasa menyampah sebab mulut cakap lain tapi tangan buat benda lain. Nampak lah macam mana Anis menyampah dengan Khai, macam tu lah juga Sani rasa berbulu nak tutup kes ni cepat. 


Kalau Polis Evo 1 (2015) banyak komedi dari aksi, Polis Evo 2 (2018) ada banyak aksi dan drama, Polis Evo 3 pula banyak drama dan komedi sebab penulis dari awal lagi dah tunjuk konflik persahabatan dan kekeluargaan. Aksi tu ada tapi tak sekuat genre drama yang dimasukkan. 

Penceritaan boleh kata lemah walaupun ketua penulis adalah orang yang sama, Joel Soh. Mungkin disebabkan banyak babak kena potong sebab filem ni diedit semula masa PKP. Tertanya juga kenapa dari awal Inspektor Khai gelar Reza sebagai ‘Ji’ tapi dekat hujung cerita jadi ‘Ja’. Masa Inspektor Dani cari bom dekat MRT Bukit Bintang tu questionable jugak lah sebab dia tengah undercover tapi pakai rantai tag polis. Sama juga bila orang sekitar di food truck tu tak perasan langsung Anis pakai ves yang penuh dengan bom padahal jarak meja tak jauh pun. Pandang je dah nampak. 


Ada juga babak yang draggy macam babak Zulin Aziz meghenyam bila tengok Inspektor Khai cuci kereta tak pakai baju. Personally for me, it is unnecessary lah sebab banyak lagi babak lain yang boleh dimasukkan especially flashback antara Inspektor Khai dan Reza masa bekerja bersama sebab diorang rapat sangat sampai Farah anggap Khai macam adik dia. Sharnaaz bagus sebagai watak antagonis cuma ambil masa lama untuk deliver dialogue dia. Ben Amir menggugat iman walaupun muncul sekejap saja, ada potential untuk muncul balik dalam next instalment Polis Evo.

Sinematografi dan stunt action untuk filem Polis Evo 3 terbitan Blackflag ni tak perlu dipertikaikan lah sebab menepati citarasa filem aksi. Lagu tema ‘Ayuh’ nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan Ernie Zakri mencuri tumpuan dengan lirik dan gubahan lagu yang mantap. Kudos to MShaffuan dengan visual yang mantap untuk MV Ayuh. 


p/s: Ben Amir hot teruk 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

5 comments

  1. anak bujang dah hint nak gi tgk ni...

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok movie ni sebelum ni tapi yang ketiga ni nampak menarik sebab casting dia semua best, siap ada Syafiq Kyle lagi..

    ReplyDelete
  3. Gandingan yang menarik.. tak sangka dah siri ke 3..

    ReplyDelete
  4. Enormous blasts to the side, the activity film has seen a touch of the renaissance, and in the event that you're a film buff, you deserve to look at the most recent deliveries.https://filmkritik.net

    ReplyDelete
  5. All things considered, it must be noticed that the best spot to look at one of these magnificent motion pictures is in a legitimate theater. Indeed, the home performance center experience has become more refined and worked on throughout the long term, however it simply doesn't come close to the blustering sound-framework and monstrous screen you find at your neighborhood film house. https://filmkritik.net

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.