Sentimen Kekeluargaan Dan Erti Pengorbanan Jadi Nadi Dalam ‘Lockdown 2’

Tuesday 31 May 2022

Drama bersiri ‘Lockdown 2’ yakni terbitan U2 Media Sdn Bhd memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia. Drama terkini keluaran Astro Ria ini merupakan kesinambungan daripada musim pertama yang mengimbau kembali kesusahan serta pengorbanan barisan ‘Frontliners’ dalam usaha menghentikan penularan wabak ini.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza. Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang perlu menghadapi cabaran disebabkan kerenah anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata sepanjang pandemik berlaku serta keadaan ibunya yang sudah larut usia.  

Penceritaan drama ini disambung pula dengan kisah pengorbanan sebuah pasangan suami isteri, Fitrah dan Ramadhan yang bertugas sebagai frontliner ketika pandemik. Dengan peningkatan kes-kes Covid-19, Fitrah dan Ramadhan perlu menghadapi cabaran apabila kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang dijangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah sendiri. Keadaan menjadi lebih serius apabila Fitrah yang juga sedang hamil dijangkiti wabak ini sehingga meragut nyawanya. 

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi, seorang peniaga yang mementingkan diri hanya untuk keuntungan dirinya sendiri. Radhi telah dijangkiti  Covid-19 tetapi dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya. Malah, dia masih pergi ke pasar malam untuk berniaga dan berjumpa dengan ‘Reseller’. Oleh kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, rakan seniaganya, Kamarul juga dijangkiti wabak ini.  Kamarul menjaga SOP dengan ketat walaupun berkuarantin di rumah kerana tidak mahu berjauhan dengan isterinya yang sarat mengandung. Namun, takdir tidak dapat diubah apabila ia akhirnya membawa kematian kepada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu lagi. 

Drama yang penuh dengan pengisian kisah benar ini mengangkat nama-nama barisan pelakon yang hebat seperti Janna Nick sebagai Lola, Rozita Che Wan sebagai Kak Sal, Shera Aiyob sebagai Fitrah, Zahiril Adzim sebagai Ramadhan dan Amerul Affendi sebagai Kamarul yang mampu membuka mata masyarakat tentang usaha pihak frontliners kita yang sudah bersusah-payah menyelamatkan negara.  

Drama ‘Lockdown 2’ ini merupakan arahan sutradara yang berbakat besar, Izuan Mokhtar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Mimi Ernida, Wan Maimunah, Dini Schatzmann, Zulaika Zary dan Sabhi Saddi. 

Drama ‘Lockdown 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 11.00 malam bermula 6 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Norzeha Mohd Salleh
Pengurus Saluran Astro Ria

“Selepas negara kita dilanda wabak Covid-19, pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat kita. Sebagai sebuah platform yang ditontoni semua, kami ingin membawa kandungan yang mampu membuka mata semua rakyat tentang isu-isu yang dihadapi bukan sahaja kepada sebuah keluarga, tetapi juga kepada mereka yang berada di barisan hadapan yang menjaga keselamatan kita semua. 

Penceritaan drama ini diambil daripada kisah benar yang berlaku kepada masyarakat kita. Menerusi drama ini, kami berharap agar para penonton menghargai pengorbanan-pengorbanan mereka yang penat lelah mengawal penularan wabak Covid-19. Malah tatkala kita berada di rumah bagi menghentikan penularan wabak ini, ada yang masih berjuang untuk terus hidup. 

Selain itu, drama ini memaparkan situasi-situasi yang berbeza dengan memberi penekanan terhadap setiap pihak yang mengharungi pandemik ini. Ada yang berjuang untuk keselamatan keluarga, ada yang hilang punca mata pencarian, ada juga yang terkesan dengan kehilangan ahli keluarga dan sebagainya. 

Keaslian yang ditunjukkan oleh pengarah serta penerbit harus diberikan pujian kerana mampu membangkitkan rasa tanggungjawab dan rasa cinta terhadap negara serta masyarakat di kalangan penonton. Inilah antara mesej yang kami ingin terapkan dalam drama ini. 

Kisah yang menarik hati inilah yang kami ingin jadikan paparan untuk para penonton di platform kami. Dengan penceritaannya yang penuh dengan nilai-nilai murni, kami berharap agar para penonton lebih menyedari akan usaha-usaha yang dimainkan oleh pelbagai pihak untuk keselamatan dan keharmonian negara kita.” 

Pengarah Drama ‘Lockdown 2’
Izuan Moktar


“Dalam negara dilanda wabak Covid-19 pada akhir tahun 2019, ramai orang terkesan dengan impak-impaknya sehingga meragut nyawa orang yang tersayang. Penerbitan drama ini adalah salah satu usaha saya untuk membuat negara sedar akan pengorbanan-pengorbanan mereka yang telah terkesan dan juga mereka yang bersusah-payah ingin menghentikan penularannya. 

Antara cabaran dalam menghasilkan drama ini adalah apabila saya dan ahli produksi bekerja di dalam keadaan pandemik. Kami semua perlu patuhi pelbagai prosedur sehingga membuatkan kerja-kerja kami di dalam kawalan yang ketat dan terhad. Namun, saya sangat bersyukur kerana sepanjang kami bekerja, tiada seorang pun yang dijangkiti wabak merbahaya ini sehingga selesai penggambaran.

Selain itu, saya juga bersyukur apabila dapat bekerja dengan semua pelakon-pelakon yang hebat. Penceritaan drama ini sangat serius tetapi mereka semua memberi komitmen yang penuh dan menghidupkan setiap watak yang diberi dengan baik, lantas ia lebih memudahkan perjalanan penggambaran drama ini. 

Penceritaan ‘Lockdown 2’ juga adalah berbeza dengan ‘Lockdown 1’ kerana untuk episod-episod kali ini, kami bukan sahaja menonjolkan apa yang masyarakat kita telah lalui di sepanjang lockdown, malah kami juga menceritakan pengorbanan setiap frontliners yang terpaksa dihadapi ketika waktu-waktu getir. Oleh itu, penceritaannya kali ini penuh dengan pengajaran. Saya juga banyak mengetengahkan setiap perkara yang disarankan oleh kerajaan kita pada rakyat Malaysia agar rakyat Malaysia lebih sedar bahawa semua yang disarankan sebenarnya banyak kebaikannya kepada kita. 

Drama ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua bahawa dalam negara kita sedang pulih, banyak pengorbanan-pengorbanan yang kita tidak mengetahuhi. Saya sarankan agar semua yang tonton drama ini untuk patuhlah dengan segala SOP yang telah ditetapkan walaupun kita sudah berganjak ke fasa endemik kerana nyawa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. 

Banyak yang saya pelajari daripada bekerja di dalam keadaan pandemik ini kerana kita terpaksa bekerja dalam skala yang kecil dan terhad demi mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak ini. Jadi, saya berharap penonton juga dapat belajar untuk menyesuaikan diri dengan menjadi lebih berdisiplin serta sentiasa mengambil berat terhadap orang sekeliling kita. Marilah kita bersama-sama membantu frontliners menghentikan penularan wabak ini supaya negara dapat pulih seperti sebelum ini.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

1. Penggambaran drama ini dilakukan selama dua bulan, daripada awal Disember 2021 hingga Januari 2022 di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. 

2. Drama ini mempunyai gabungan ramai barisan pelakon-pelakon berbakat dan popular seperti Rozita Che Wan, Janna Nick dan Zahiril Adzim. 

3. Penceritaan drama ini mengimbau kembali susah payah masyarakat menghadapi dugaan pandemik Covid-19.

4. Membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai usaha dan pengorbanan ‘Frontliners’.

5. Pengisian drama yang berbeza dengan Lockdown 1 di mana kali ini lebih banyak mempamerkan pengorbanan-pengorbanan ‘Frontliners’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

6. Setiap kisah yang diceritakan oleh watak-watak dalam drama ini penuh dengan pengajaran yang ingin disampaikan. 

7. Skrip ‘Lockdown 2’ ditulis oleh pengarah hebat, Erma Fatima. 

PECAHAN WATAK DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

Janna Nick sebagai Lola  
Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
Shera Aiyob sebagai Fitrah
Zahiril Adzim sebagai Ramadhan
Amerul Affendi sebagai Kamarul
Mimi Ernida sebagai Mariam
Wan Maimunah sebagai Tok Ma
Dini Schatzmann sebagai Kimie
Zulaika Zary sebagai Akila
Sabhi Saddi sebagai Hadi
Rosdeen Suboh sebagai Radhi
Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa

LOGLINE DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

Mengisahkan tentang kelangsungan hidup masyarakat tempatan selama dilanda pandemik Covid-19  dan impak yang dihadapi oleh mereka selama di dalam kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang sengsara tiada pekerjaan, hilang punca mata pencarian, stres, hilang ahli keluarga dan sebagainya.

SINOPSIS DRAMA ‘LOCKDOWN 2’


Drama ini mengisahkan kisah Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua. 

Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.  

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. 

Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu. 

Bertandang Ke Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd

Monday 30 May 2022

 

Minggu lepas dapat undangan ke Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd memandangkan syarikat kepunyaan Dato K dan Dato Siti Nurhaliza ni adalah top client kepada firma Ram Reza & Muhammad. Sepatutnya Danial yang pergi tapi disebabkan dia MC, terpaksa lah gantikan tempat dia sebab dah RSVP 4 seats. 


Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd ni diadakan di Glamhall Damansara, Neo Damansara pada hari Jumaat bersamaan 26 Syawal 1443 dari jam 11.30 pagi sehingga jam 5 petang dengan tema Baju Raya. 

Kalau ikutkan nak pergi rumah terbuka CTDK ni jam 2 petang sebab Tokti hadir waktu tu tapi disebabkan hari yang sama dan masa yang sama ada Jamuan Raya dekat HQ jadi kena anjak sikit lah masa tu. Lepas selesai solat Jumaat dan bergambar dekat HQ baru bergerak ke Glamhall. 




Nasib baik lah jalan tak jam, sempat la sampai dalam masa 15 minit je. Nak cari parking pun senang sebab staff CTDK dah bagitahu level mana yang kosong. Masa sampai tu Aina Abdul dah bergerak nak balik. Nak bergambar pun tak sempat sebab dia macam rushing nak ke open house yang lain pulak. Meja untuk Ram Reza & Muhammad dekat bahagian depan sekali, meja no. 9 betul-betul depan stage. Semeja juga dengan Lan Solo dan wife dia. 



Masa sampai tu nampak Nabila Razali dekat atas stage bergambar dengan Tokti lepas habis perform. Kemudian ganti pula dengan DOLLA perform lagu Raya, Raya, Raya. Ramai ye dekat depan stage ni sampai terpaksa angkat hp tinggi untuk record atau ambil gambar. Lepastu lenguh tangan. 


Masa pergi open house CTDK Holdings Sdn Bhd ni dah boleh agak dah yang takkan dapat bergambar dengan Tokti sebab busy nau dia ke sana ke sini layan artis yang datang dengan jadi hos untuk performance petang tu. So kita ambil gambar curi macam ni je lah. 



Dato K pun dari meja ke meja melayan tetamu yang datang hari tu. 

Dato K & Managing Partner Ram Reza & Muhammad, En. Nor Hisham

Adib Khalid, Azief Khalid & En. Nor Hisham


Glamhall ni luas lah jugak dengan lantai deko marble hitam putih. Banyak juga meja boleh muat dalam satu majlis. Makanan untuk rumah terbuka ni diletakkan di bahagian belakang tapi untuk meja VIP ada Nasi Beriyani dengan Ayam Masak Merah tak silap. Tak ingat ada makanan apa sebab makan sikit je lepastu pergi bergambar dengan artis. Bukan selalu nak jumpa artis kan hekhek. Semua makanan ni disediakan oleh Ozzie Cafe Malaysia. Nasi beriani dia sedap, totally recommended! 




Habis makan terus bergambar dengan DOLLA itupun hampir tak dapat sebab DOLLA dah nak bergerak ke tempat lain pula. Manager dia dah suruh cepat gerak. Nasib baik lah DOLLA baik jugak melayan sebab dua kali try bergambar tapi tak dapat sebab ramai yang nak bergambar jugak. Tabby comel sangat pakai baju kurung. 


Habis bergambar dengan DOLLA, pergi kacau meja Alif Satar pulak! Happy dapat jumpa Alif sebab sebelum ni Web TV invite ke set penggambaran movie baru Alif tapi tak dapat nak pergi lah sebab kerja. Diorang shooting dekat Langkawi, kalau dekat KL atau Selangor boleh lah singgah kejap. I bagitau Alif nanti kita jumpa lagi dekat movie screening. 


Alif : See you soon, Farhana! 
Me : Okiesssssss :D


Dah hujung acara tu staff CTDK Holdings bergambar sebelum Tokti pergi berjumpa dengan media untuk sesi temubual. Nak menyelit bergambar pun tak sempat sebab media ramai sangat. 



Sebelum balik tu ternampak Amar Baharin dengan Amyra Rosli keluar dari dewan. Terus ajak bergambar sekali. Amyra Rosli dah la cantik, lembut je suara dia bila bercakap. Amar pun sama. 


Terserlah betul kependekan tu ye bila bergambar sebelah Amar Baharin ni. Pakai kasut bertumit pun tak mampu nak jadi tinggi. Habis bergambar kitorang pun berangkat pulang sebab majlis pun dah habis. Tu je lah sedikit sebanyak yang mampu nak simpan sebagai kenangan dekat blog ni. Happy dapat jumpa semua selebriti dekat sini dan happy juga dapat jemputan ke rumah terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd ni. Terima kasih Dato K, Tokti dan semua staff yang baik melayan tetamu :)

Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad 2022

Saturday 28 May 2022

Lepas 2 tahun tak dapat beraya dekat HQ sebab pandemik, tahun ni Alhamdulillah ada rezeki beraya sama-sama dekat Ram Reza & Muhammad Setapak. Awal lagi dah dapat tarikh untuk buat majlis jamuan raya ni. 

Setiap department pun dah discuss nak bawa makanan tambahan apa sebab HQ dah sediakan dua menu utama untuk semua. Sampai je dekat HQ tengahari tadi terus tolong diorang hidang makanan dekat meja buffet. Thanks to Ms Aida sebab pinjamkan set pinggan mangkuk dia yang cantik lepastu bawa bunga hiasan untuk letak dekat meja. Bila ambil video untuk IGstory nampak cantik sangat dengan background music Raya Raya Raya - DOLLA. 


Kalau ikutkan tentatif program, majlis bermula jam 12 tengahari sampai jam 3 petang sebab buat hari Jumaat jadi kena bagi laluan untuk solat Jumaat. Jam 3 petang sampai jam 6 petang tu buat mesyuarat Ram Reza & Muhammad sebab kali terakhir buat mesyuarat masa bulan Oktober 2021. 

Patutnya tak boleh biarkan lama sangat sebab law firm ni sentiasa bertukar orang terutamanya chambering student jadi tak nak lah ahli baru ketinggalan dan tak kenal warga RRM dari cawangan lain. Nak buat event pun dah susah sekarang, memang interaction tu di tahap minima je. 


Sama jugak lah masa jamuan raya ni pun ramai muka baru sama ada staff ataupun chambering student. Masa ni lah nak beramah mesra pun, tanya latar belakang serba sikit. Memandangkan ramai yang baru, mesyuarat mula awal untuk sesi perkenalan semua warga RRM. Nama dengan jawatan je supaya tak ambil masa lama sebab masing-masing dah bau makanan sedap dekat sebelah. 





Menu utama untuk jamuan raya dekat HQ tahun ni pakai tema orang Pantai Timur sebab ada Nasi Dagang dengan Nasi Kerabu. Happy dapat makan Nasi Kerabu ni sebab ada solok lada. Ayam bakar pun sedap! Kira puas hati sangat lah sebab ada complete set untuk Nasi Kerabu. Nasi Dagang pula seller bagi ikan tongkol besar. Gulai dia pun sedap. 


Selain Nasi Kerabu dengan Nasi Dagang, ada juga lemang, nasi impit kuah kacang, satay ayam dengan daging, takoyaki, tauhu begedil, peach strudel, tapai ubi, risoles, cheese tart, brownies dengan buah. Haaaa banyak sangat pun susah jugak sampai tak tahu nak pilih mana satu untuk makan. 



Lepas makan semua pakat bergambar dekat ruang depan sebab lighting cantik. Memandangkan tripod tertinggal dekat office, terpaksa lah guna khidmat orang lelaki tapi Kak Ieda dah pesan siap-siap - 'Make sure kitorang semua nampak kurus ye!'

Masak lah En. Fendy nak pastikan semua puas hati sebab ada 14 orang letak harapan nak nampak kurus dalam gambar walaupun lemak raya bersepah. Glad it turns out prettyyyyyyy!



Team Admin - Atie, Nurul, Ain, Rina, Kak Ida, Melody


And of course gambar rasmi Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad tahun 2022....


Rumah Terbuka Ram Reza & Muhammad Kuala Terengganu

Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad Penang

Terima kasih Ram Reza & Muhammad HQ buat jamuan raya untuk tahun ni. Happy dapat makan sedap, dapat kenal warga RRM yang baru dan happy jugak dapat beraya sama-sama tahun ni walaupun tak dapat pergi Rumah Terbuka RRM Penang dengan Kuala Terengganu. Tapi bak kata orang jauh di mata, dekat di hati. Semoga ada rezeki dapat berkumpul ramai-ramai macam sebelum pandemik dulu :)

Small Birthday Gift For Mia!

Friday 27 May 2022

Semalam dapat tahu birthday chambering student dekat RRM Oasis ni jatuh hari Jumaat tapi memandangkan Mia dah apply cuti sebab abang dia nak kahwin jadi kitorang plan untuk belikan Starbucks je. 


Nak order kek pun takut membazir sebab ada kitorang 4 orang je dekat office. Yang lain busy dengan meeting dekat luar office. Kalau beli whole cake Mia susah nak bawak balik pulak sebab dia dah nak balik kampung malam Khamis tu. Dah dekat Oasis Square ni ada Starbucks je yang hidangkan kek, so kitorang beli Seaside Macadamia White Chocolate dengan kek Triple Chocolate Cheesecake untuk celebrate birthday Mia. 


Nak tanya jugak Mia suka makan kek perisa apa tapi nanti obvious lah kan nak celebrate so kita play safe dengan beli kek coklat. Drinks pula sebab tak pernah tengok Mia minum coffee, jadi beli lah yang tu sebab dia pernah minum perisa tu. Pernah jugak try rasa Seaside Macadamia White Chocolate ni, not bad lah sebab cantik satu hal, rasa dia pun sedap dekat tekak. Lebih kurang minum air coklat tapi ni coklat putih lepastu ada rasa berlemak kacang macadamia. 

Kitorang tak celebrate beria pun just nyanyi lagu Happy Birthday je lepastu bagi Starbucks. Itupun dia dah nak nangis dah sebab katanya family dia tak sempat nak celebrate. Memasing busy dengan kenduri tu nanti sampai Ahad. Ni je lah yang kitorang mampu bagi sebab tahu last minute. Happy birthday Mia! 


 INTISARI RANCANGAN ASTRO WARNA  30 MEI  – 5 JUN 2022


Monday, May 30

00:00 Perang Prank 2 

01:30 Gelak Gempak Selebriti 0001

02:00 Gema Lawak Superstar 0004

04:00 Bocey Mencecey 

06:00 Temasya Sukan Kelaut 0001

07:00 Miss Lawak 0001

08:00 Chapalrela 0001

09:00 Achaner Tu Johan 0001

09:30 Betul Ke Bohong Sayang (HD) 0001

10:00 Ek Eleh! Afdlin! Afdlin 0001

11:00 Lawak Minggu Ini 0001

12:00 Layan Je! Kata Jihan 0001

12:05 Layan Je! Arena Panggang 0001

12:10 Layan Je! Abe Zizan Can Do It! 0001

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0001

12:30 Warna Live: Arena Panggang 0001

13:30 Super Spontan 2013 0001

15:00 J-POP 0001

16:00 Bocey & Friends Live 0001

17:00 JOZAN 0001

18:00 Sepahtu 0001

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat 0001

19:00 Tak Kot 0001

19:30 Di Balik Tawa 0001

20:00 MLM Terbaik 2014 (HD) 0001

21:00 Warung Sepahtu S2 0001

22:00 The Masked Singer Malaysia 0001


Tuesday, May 31

00:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0001

01:00 Karoot Komedia 0001

02:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0001

03:30 Sembang Pacak S2 0001

04:00 Crazy Hidden Camera 0001

04:30 Tele Berkembar 0001

06:00 Temasya Sukan Kelaut 0002

07:00 Miss Lawak 0002

08:00 Chapalrela 0002

09:00 Achaner Tu Johan 0002

09:30 Betul Ke Bohong Sayang (HD) 0002

10:00 Ek Eleh! Afdlin! Afdlin 0002

11:00 Lawak Minggu Ini 0002

12:00 Layan Je! Kata Jihan 0002

12:05 Layan Je! Arena Panggang 0002

12:10 Layan Je! Abe Zizan Can Do It! 0002

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0002

12:30 Warna Live: Arena Panggang 0002

13:30 Super Spontan 2013 0002

15:00 J-POP 0002

16:00 Bocey & Friends Live 0002

17:00 JOZAN 0002

18:00 Sepahtu 0002

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat 0002

19:00 Tak Kot 0002

19:30 Di Balik Tawa 0002

20:00 MLM Terbaik 2014 (HD) 0002

21:00 Opocot The Movie 

23:00 Arena Panggang 0001


Wednesday, Jun 01

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0001

01:00 Karoot Komedia 0002

02:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0002

04:00 Crazy Hidden Camera 0002

04:30 Tele Berkembar 0002

06:00 Temasya Sukan Kelaut 0003

07:00 Miss Lawak 0003

08:00 Chapalrela 0003

09:00 Achaner Tu Johan 0003

09:30 Betul Ke Bohong Sayang (HD) 0003

10:00 Ek Eleh! Afdlin! Afdlin 0003

11:00 Lawak Minggu Ini 0003

12:00 Layan Je! Kata Jihan 0003

12:05 Layan Je! Arena Panggang 0003

12:10 Layan Je! Abe Zizan Can Do It! 0003

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0003

12:30 Mystery Ranking Show Malaysia 0002

13:30 Super Spontan 2013 0003

15:00 J-POP 0003

16:00 Bocey & Friends Live 0003

17:00 JOZAN 0003

18:00 Sepahtu 0003

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat 0003

19:00 Tak Kot 0003

19:30 Di Balik Tawa 0003

20:00 MLM Terbaik 2014 (HD) 0003

21:00 Abe Zizan Can Do It! 0007

21:30 2021 eGG Productions 0034

22:00 Travel Lawak 0001

22:30 Stand Up Comedy Otai 0001

23:00 Arena Panggang 0002


Thursday, Jun 02

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0002

01:00 Karoot Komedia 0004

02:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0003

04:30 Tele Berkembar 0003

06:00 Temasya Sukan Kelaut 0004

07:00 Miss Lawak 0004

08:00 Chapalrela 0004

09:00 Achaner Tu Johan 0004

09:30 Betul Ke Bohong Sayang (HD) 0004

10:00 Ek Eleh! Afdlin! Afdlin 0004

11:00 Lawak Minggu Ini 0004

12:00 Layan Je! Mystery Ranking Show Malaysia 0003

12:05 (DUMMY) Kapsul SRL 

12:10 Layan Je! Abe Zizan Can Do It! 0004

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0004

12:30 Warna Live: Arena Panggang 0003

13:30 Super Spontan 2013 0004

15:00 J-POP 0004

16:00 Bocey & Friends Live 0004

17:00 JOZAN 0004

18:00 Sepahtu 0004

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat 0004

19:00 Tak Kot 0004

19:30 Di Balik Tawa 0004

20:00 MLM Terbaik 2014 (HD) 0004

21:00 (DUMMY) Sepahtu Reunion Live 

22:00 Travel Lawak 0002

22:30 Stand Up Comedy Otai 0002

23:00 Arena Panggang 0003


Friday, Jun 03

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0003

01:00 Karoot Komedia 0006

02:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0004

04:00 Crazy Hidden Camera 0003

04:30 Tele Berkembar 0004

06:00 Temasya Sukan Kelaut 0005

07:00 Miss Lawak 0005

08:00 Chapalrela 0005

09:00 Achaner Tu Johan 0005

09:30 Betul Ke Bohong Sayang (HD) 0005

10:00 Ek Eleh! Afdlin! Afdlin 0005

11:00 Lawak Minggu Ini 0005

12:00 Layan Je! Mystery Ranking Show Malaysia 0004

12:05 (DUMMY) Kapsul SRL 

12:10 Layan Je! Abe Zizan Can Do It! 0005

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0005

12:30 Warna Live: Arena Panggang 0004

13:30 Super Spontan 2013 0005

15:00 J-POP 0005

16:00 Bocey & Friends Live 0005

17:00 JOZAN 0005

18:00 Sepahtu 0005

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat 0005

18:55 (DUMMY) Kapsul SRL 

19:00 MLM Terbaik Jozan 

19:55 (DUMMY) Kapsul SRL 

20:00 (DUMMY) Sepahtu Reunion Live 

21:00 Mystery Ranking Show Malaysia 0003

22:00 Warung Sepahtu 0001

23:00 Arena Panggang 0004


Saturday, Jun 04

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0004

01:00 Karoot Komedia 0007

02:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0005

04:30 Tele Berkembar 0005

06:00 Tele Berkembar 2 0001

07:30 Juara Parodi 2015 (HD) 0001

09:00 Karoot Komedia 0001

10:00 Lawak Ke Dik? 0001

10:30 Raja Lawak Junior 0001

12:00 Mencari Sepahtu Yang Hilang 0001

14:00 Gelak Gempak 0001

15:00 Shiro, Bermula Sebuah Cerita 

17:00 Ini Malam Kita Punya (HD) 0001

18:00 Temasya Sukan Kelaut 0001

19:00 Miss Lawak 0001

20:00 J-POP 0001

21:00 Mystery Ranking Show Malaysia 0002

22:00 Abe Zizan Can Do It! 0007

22:30 Bocey & Friends Live 0001

23:30 Warna Live: Arena Panggang 0001


Sunday, Jun 05

00:30 Kisah Tok Kadi S1 0001

01:30 Gegar Lawak 0001

04:00 Gema Lawak Superstar 0001

06:00 Tele Berkembar 2 0002

07:30 Juara Parodi 2015 (HD) 0002

09:30 Karoot Komedia 0002

10:30 Raja Lawak Junior 0002

12:00 Mencari Sepahtu Yang Hilang 0002

14:00 Gelak Gempak 0002

15:00 Tijah Maidhattan (HD) 

17:00 Ini Malam Kita Punya (HD) 0003

18:00 Temasya Sukan Kelaut 0002

19:00 Miss Lawak 0002

20:00 J-POP 0002

21:00 Maharaja Lawak Mega 2021 0001

23:30 Warna Live: Arena Panggang 0002

INTISARI RANCANGAN ASTRO RIA 30 MEI – 5 JUN 2022


Monday, May 30

06:00 Cinta Belum Tamat Tempoh 0005

07:00 Impiana S4 0001

07:30 Sedapur Bersama 0001

08:00 Lara Oh Lara! 0001

08:30 The House S1 0002

09:00 Road Thrift 0006

09:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0004

09:30 Projek Theme Park 0001

10:00 Scammer 2 0024

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0048

12:30 Memoir Setalah Terlafaznya Akad 

13:00 Konsert Tirai MeleTOP 2021 

13:30 Anugerah MeleTOP ERA 2021 

16:00 Jangan Menangis Cinta 0040

17:00 Magnificent Century S1 0011

18:00 Road Thrift 0006

18:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0004

18:30 h+ 0048

19:00 Kisah Rumah Tangga 0006

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0049

21:00 Tapao 0006

21:30 Hard to Heart S3 0008

22:00 Jangan Menangis Cinta 0041

23:00 Scammer 2 0025

00:00 Road Thrift 0006

00:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0004

00:30 Go Shop

01:30 Cucuk Sanggul Seroja 

03:30 Semanis Fondant 0001

04:00 Red Velvet 0001

05:00 Projek Theme Park 0001

05:30 Apa Ada Dengan Cinta 0001


Tuesday, May 31

06:00 Cinta Belum Tamat Tempoh 0006

07:00 Pesona Pengantin S4 0001

07:30 Teroka Lokal 0001

08:00 Hairul Hanis Junior 0001

08:30 The House S3 0001

09:00 Road Thrift 0007

09:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0005

09:30 expeRIAnce:Travel Like Local x Aussie 0001

10:00 Scammer 2 0025

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0049

12:30 Ulya & Dini 0013

13:30 Beauty In A Click 0003

14:00 Pengancam Perkahwinan 

16:00 Jangan Menangis Cinta 0041

17:00 Magnificent Century S1 0012

18:00 Road Thrift 0007

18:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0005

18:30 Tapao 0006

19:00 Kisah Rumah Tangga 0007

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0050

21:00 (L) MeleTOP S10 0031

22:00 Jangan Menangis Cinta 0042

23:00 Scammer 2 0026

00:00 Road Thrift 0007

00:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0005

00:30 Go Shop

01:30 Karya 12 - Kulit 

03:30 Variarasa Sunquick S2 0001

04:00 Red Velvet 0002

05:00 expeRIAnce:Travel Like Local x Aussie 0001

05:30 Di Balik Idola 0001


Wednesday, Jun 01

06:00 Cinta Belum Tamat Tempoh 0007

07:00 Romantika S8 0001

07:30 Teroka Lokal Battle 0001

08:00 The Adventure of Aqeef AmyrAmar 0001

08:30 The House S4 0001

09:00 Road Thrift 0008

09:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0006

09:30 Ready, Set, Action! 0001

10:00 Scammer 2 0026

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0050

12:30 Ulya & Dini 0014

13:30 Mana Satu 0003

14:00 Perangkap Perkahwinan 

16:00 Jangan Menangis Cinta 0042

17:00 Magnificent Century S1 0013

18:00 Road Thrift 0008

18:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0006

18:30 Hard to Heart S3 0008

19:00 Kisah Rumah Tangga 0008

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0051

21:00 Gempak TV 2022 0004

21:30 The House Kamal Adli & Uqasha Senrose 0006

22:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0001

Sinopsis : Perkahwinan Hanan dan Nawal diganggu oleh pihak ketiga yang cuba memusnahkan hubungan mereka. Kehamilan Nawal menjadi berisiko dan akhirnya keguguran dan perubahan Hanan akibat sihir pemisah.

Pelakon : Kamal Adli & Uqasha Senrose

23:00 Scammer 2 0027

00:00 Road Thrift 0008

00:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0006

01:30 Citra Exclusive: Korban Penunggu Hospital 

03:30 Michael Ang's Halal Kitchen S2 0001

04:00 Red Velvet 0003

05:00 Ready, Set, Action! 0001

05:30 Unplugged 2018 0001


Thursday, Jun 02

06:00 Cinta Belum Tamat Tempoh 0008

07:00 Taste Selebriti 0001

07:30 baikpunya 0001

08:00 Little Princess Aaisyah 0001

08:30 The House Season 5 S5 0001

09:00 Road Thrift 0009

09:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0007

09:30 expeRIAnce:Fantasy Escape 0001

10:00 Scammer 2 0027

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0051

12:30 Ulya & Dini 0015

13:30 JoMovie S6 0045

14:00 Duit Kawin 

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0001

17:00 Magnificent Century S1 0014

18:00 Kapsul Karaoke Superstar 0001

18:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0007

18:30 Apa Ada Dengan Dot Dot Dot S3 0001

19:00 Kisah Rumah Tangga 0009

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0052

22:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0002

23:00 Scammer 2 0028

00:00 Kapsul Karaoke Superstar 0001

00:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0007

00:30 Go Shop

01:30 Syirik 

03:30 Datin Masak, Dato' Suka 0001

04:00 Red Velvet 0004

05:00 expeRIAnce:Fantasy Escape 0001

05:30 Inspirasi hlive 2017 0002


Friday, Jun 03

06:00 Cinta Belum Tamat Tempoh 0009

07:00 Obsesiku 0001

07:30 Halal Maps 0001

08:00 Oh My Family! 0002

08:30 Extreme Roadtrip 0001

09:00 Road Thrift 0010

09:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0008

09:30 Jejak Jepun Jihan S3 0001

10:00 Scammer 2 0028

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0052

12:30 Ulya & Dini 0016

13:30 Gempak TV 2022 0004

14:00 Kahwin Kahwin 

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0002

17:00 Magnificent Century S1 0015

18:00 Road Thrift 0010

18:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0008

18:30 The House Kamal Adli & Uqasha Senrose 0006

19:00 Kisah Rumah Tangga 0010

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0053

21:00 Takut kawin 

23:00 MeleTOP S10 0031

00:00 Road Thrift 0010

00:15 Naura Shorts - Halal Maps. 0008

00:30 Go Shop

01:30 Misteri Tasik Biru 

03:30 Apa Rasa? 0001

04:00 Red Velvet 0005

05:00 Jejak Jepun Jihan S3 0001

05:30 Awak Kat Mana? 0001


Saturday, Jun 04

06:00 Alamatnya Cinta 0020

07:00 Go Shop

08:00 Aku Bisu, Dia Diam 

10:00 JoMovie S6 0046

10:30 Gempak TV 2022 0004

11:00 (L) Go Shop

12:00 Konsert Tirai MeleTOP 2021 

12:30 Anugerah MeleTOP ERA 2021 

15:00 Scammer 2 0025

16:00 Scammer 2 0026

17:00 Scammer 2 0027

18:00 Scammer 2 0028

19:00 PHD Muzik 0001

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0054

21:00 Mission: Impossible Fallout 

00:00 Memoir Setalah Terlafaznya Akad 

00:30 Go Shop

01:30 Stage 104 0001

03:00 Alternatif 2018 0001

03:30 Papadom 

Sunday, Jun 05

06:00 Alamatnya Cinta 0021

07:00 Go Shop

08:00 My Future Husband 

10:00 MeleTOP S10 0031

11:00 (L) Go Shop

12:00 h+ 0049

12:30 The House Kamal Adli & Uqasha Senrose 0006

13:00 Jangan Menangis Cinta 0041

14:00 Jangan Menangis Cinta 0042

15:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0001

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0002

17:00 Tapao 0006

17:30 Hard to Heart S3 0008

18:00 Pesona Pengantin S4 0001

18:30 Trek Selebriti 2021 0001

19:00 Arwah Pak Mat, AJK dan Lift 

21:00 Karaoke Superstar 0001

22:30 Jangan Takut, Kalau Kau Takut, Aku Pun Takut 

00:30 Go Shop

01:30 Bintang Minggu Ini 0001

03:00 Alternatif 2018 0002

03:30 Baik Punya Cilok