TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 52: The Mafia Game

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (26:06 minutes for episode 52)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


‘We got something to do today. We will play Mafia Game. I’ll be the narrator for today.’ – Choi Hyunsuk

Treasure memang suka betul main Mafia Game ni dan diorang pernah juga main masa Treasure Map Season 1 Episod xx. Kali ni staff YG bagi satu episod untuk Treasure have fun dengan permainan Mafia Game. Menariknya khas untuk episod 52, Treasure dapat sepasang suit and tie untuk blend dengan tema game ni. Segak betul Treasure pakai suit hitam dengan muka serious. Jatuh cinta entah berapa kali, tak berkelip mata pandang masing-masing.  


Mafia Game ni kalau ada yang tak familiar, adalah satu permainan di mana commoner kena cari siapa Mafia dalam kalangan pemain pada waktu siang. Masa siang ni banyak lah sesi perbincangan atau pergaduhan antara semua pemain. Kemudiannya Mafia dan watak jahat yang lain boleh bunuh mana-mana watak yang mereka syak akan bagi ancaman. Pembunuhan tersebut akan berlaku pada waktu malam. 

Macam contoh Mafia bunuh watak Detektif sebab boleh tahu rahsia mereka dengan mudah pada waktu malam. Sekiranya mana-mana watak dibunuh, watak tersebut perlu berdiam diri sehingga ke hujung permainan. Permainan akan berakhir bila watak baik habis dibunuh ataupun kesemua watak Mafia berjaya dibongkarkan. 


Kalau dekat dalam Mafia Game yang Treasure main ni watak dia agak terhad lah, sama ada watak orang awam, Doktor yang boleh hidupkan kembali watak yang dibunuh, Detektif dan Mafia. I suka main Werewolf Game dekat Plato sebab dekat dalam tu ada banyak watak macam ahli sihir, tukang ramal, mayor dan banyak lagi. 

Junkyu : I’m confident about this game
Haruto : That doesn’t prove anything.

 

Beria betul Junkyu main game ni sebab dia kata dia power teka siapa Mafia. Walaupun dia dah ada sasaran tapi Jihoon dengan mudah spin sampai yang lain terima teori dia. Jaehyuk pula suka betul confident keluarkan teori sampai dia pun lost dengan apa yang dia cakap. Mashiho pulak lost dengan peraturan permainan. Comel betul bila dia tanya apa tugas doktor dalam game ni. 

‘We can’t help it at this point. You should go with your gut. But honestly this game…what should I say. The way we suspect each other, it breaks my heart. It always make me sad.’ – Asahi


Masa main Mafia Game ni Treasure dapat break time so diorang main Strawberry Game sementara mula pusingan kedua untuk Mafia Game. Hyunsuk pilih orang yang berbeza pula untuk jadi Mafia sebab nak tengok kepakaran masing-masing untuk survive dalam permainan. Ada yang gagap, ada yang senang sangat menipu dan berlakon sebagai orang awam. 

‘This is what matter the most. This logic can kill him off the game. Since Junkyu died early in previous game, Hyunsuk give him an important role. That’s like a rule for every mafia game.’ – Jihoon


Aktif betul Jihoon dengan Junkyu main game ni sementara Asahi, Doyoung dengan Yoshi relaks je tunggu orang tuduh diorang mafia. Kalau tak ada yang syak, diorang dengar je teori yang lain. Jaehyuk ada potential jadi litigation lawyer sebab dia pandai spin dan bentang teori dengan yakin. Suka betul Jaehyuk guna identiti Young and Rich macam dalam game X-Men Episod 30 – 31 ni ek. Dia patut tambah Handsome sekali hshshs

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.