TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 53: ⚽️ Sports Day 🏀

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (27:04 minutes for episode 53)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Masa tengok tajuk episod 53 ni dah kelakar dan kesian dekat Asahi sebab lepas Episod 30 – 31 X-Man tu dia kata dah tak nak main macam tu, lepastu dalam Episod 47 Hari Sukaneka pun dia dah mengeluh tak nak main dah sebab penat. Tup tup staff YG suruh turun padang untuk main bola sepak, bola keranjang dengan boling. Muka dia dari awal lagi dah tak rela. 

Untuk hari sukan ni mana-mana kumpulan yang menang akan dapat set BBQ. Istimewa untuk hari sukan ni juga Treasure ditaja satu set pakaian sukan oleh PUMA. Treasure dibahagikan kepada dua kumpulan:


Kumpulan Hitam – Hyunsuk, Junkyu, Haruto, Asahi, Junghwan, Jeongwoo
Kumpulan Biru – Jihoon, Jaehyuk, Mashiho, Yoshi, Yedam, Doyoung

Awal game lagi Asahi dah terbaring dekat padang sebab tak mampu nak main. Junkyu pulak meraung sebab rumput panas sangat. Dasar dua introvert ni ada je perangai diorang nak cengelat main macam dalam Episod 38 bila Treasure main Dodgeball. Hyunsuk pula macam biasa mesti injured. 


Kalau bab sukan serah dekat Mashiho, Jihoon, Jeongwoo dengan Doyoung sebab atletik. Dengan mudah je boleh tapau team lawan. Silap besar lah diorang letak Jihoon dengan Mashiho dalam satu kumpulan. Patutnya satu Kumpulan Hitam, satu lagi Kumpulan Biru. Dah la pergi letak aces dalam satu kumpulan lepastu letak dua introvert dalam satu kumpulan lagi. Lauk. 


Game kedua, bola keranjang pun sama je lah kejadiannya bila Doyoung, Mashiho dengan Jihoon tapau game. Tapi sengit jugak lah perlawanan antara dua kumpulan sebab Haruto dengan Jeongwoo power juga main bola keranjang. Jaehyuk, Asahi, Junkyu, Yedam dengan Junghwan jadi tukang sorak sambil mukbang dekat tepi court. Surprisingly Asahi gigih jugak main bola keranjang walaupun jatuh berguling dekat awal game. 

"I started playing basketball since it helps you grow taller, But only my friend got taller." – Mashiho


Comel bila tengok Treasure bagi baby cow main bola keranjang lepastu shoot first goal sebab Junghwan tak pernah main dan tak pandai main. Bila baby cow dribble pun semua hyung dia tengok lepastu puji comel je. Nak shoot tak lepas pun hyungs dia bagi support sampai dapat shoot. Langgar peraturan pun lantak lah asalkan baby cow happy. 


Kelemahan Treasure ialah boling sebab semua baling ke longkang kecuali Mashiho dengan Jihoon. Hyunsuk pula dapat first strike dalam hidup dia. Boleh kata beginner’s luck lah sementara Junkyu yang dipuji Hyunsuk bagus main boling sejak zaman trainee pulak macam hilang skills terbang entah pergi mana. 

Kelakar tengok Asahi tepuk paha Jeongwoo bila dia menyanyi entah lagu apa. Muka Asahi babap tu comel betul. Jaehyuk dah redho dengan ketentuan hidup dia yang tak pandai main boling. Masuk longkang tu pasti. 


Dekat hujung video Mashiho dengan Junkyu ajar macam mana nak baling bola boling sampai kena pin. Walaupun I dah biasa main boling dan style Mashiho main boling sama style dengan I jugak tapi tetap nak tengok juga kapa Mashiho ajar sebab dia comel. 

Kalau ISAC panggil Treasure join event tu pun YG dah boleh buat banner dengan placard untuk diorang sebab ada Mashiho, Jihoon, Doyoung, Yedam dengan Doyoung yang bagus dalam sukan. Treasure Map dah jadi platform dan bukti kukuh yang Treasure boleh menang besar dekat acara tu nanti. All the best Treasure! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.