TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 54: Summer KingšŸ”„

Monday 9 May 2022



Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (20:06 minutes for episode 54)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Awal episod dah kecoh sebab Treasure happy dapat main Aqua Festival masa musim panas. Jumpa berudu dekat lopak air pun menjerit sana-sini. Semua ahli Treasure diberi peluang untuk jadi MC dengan slogan atau tagline menarik. Siapa yang gagal akan ditembak dengan pistol air tapi tak ada siapa pun yang berjaya walaupun MC Inkigayo. Asahi seperti biasa tak suka aktiviti luar jadi killerjoy. 


Misi Treasure untuk episod kali ni ialah hasilkan banyak summer meme dan member yang paling excited haruslah Jaehyuk. Lepas buat introduction, Treasure diberi life jacket dan helmet untuk main pelampung air yang dipandu oleh speed boat. Pelampung air yang staff YG sewa ada pelbagai jenis jadi setiap kumpulan dapat pelampung yang berbeza. 


Haruto cakap dia pertama kali nak merasa main sukan air macam ni. Walaupun dia takut, dia teringat Asahi cakap yang bukannya mati pun kalau buat. Kelakar tengok kumpulan Jeongwoo berlagak mintak thrill ride sampai driver tu speeding. 

‘Are you trying to kill me?! We are in danger here!’ – Jihoon


Kalau bab buat aktiviti lasak macam ni tak pernah lah tak hilang kamera yang staff dengan director bagi. Kasut Mashiho pun melayang masuk dalam sungai sekali. Banyak kali dia menjerit suruh staff ambilkan. Pelampung Junghwan, Mashiho, Hyunsuk dengan Doyoung paling menakutkan sekali sebab setiap kali bergerak akan berpusing. Makin laju boat bergerak, makin laju pelampung tu berpusing. 

Sementara tunggu giliran buat sukan air, Haruto dengan Junkyu prepare summer meme dekat jeti. Junkyu punya meme tak lah meme sangat pun sebab dia suka buat aksi comel dan gedik. Senang sangat nak puaskan hati Director Haruto sampai melebar sengihnya. 


Hyunsuk: WHO IS THAT? WHO IS THAT?
Mashiho: Are you okay?
Hyunsuk: WHO ARE YOU?
Junkyu: I AM THAT WHO 

Lama betul Treasure main sukan air sampai 2 jam bila suara jadi serak sebab menjerit banyak sangat. Mashiho, Jihoon, Hyunsuk dengan Jeongwoo enjoy betul main walaupun yang lain dah lembik kaki.  Muka pun dah pucat memasing. Asahi sampai menggigil sebab sejuk, lama sangat berendam dalam air. Comel je Jaehyuk peluk Asahi. Bestie thing~!


Selesai main sukan air, Treasure kena shoot summer content dekat bangunan YG Entertainment dengan monitor gergasi diorang. Semua ahli Treasure berdandan dengan pakaian musim panas ikut tema episod ni. Tiba-tiba dapat idea setiap orang kena menyanyi dan menari lagu yang bertemakan musim panas. 

Comel sangat Mashiho menari dengan pelampung bila nyanyi lagu Swim – Bobby iKON. Baby cow pula enjoy betul perform lagu Spongebob. Memandangkan tiba-tiba sangat Hyunsuk bawak keluar lagu Lovesick Girls – Blackpink, Doyoung dengan lagu Treasure Map dan Junkyu dengan lagu aiskrim jadi mereka bertiga masuk ke pusingan penyingkiran. Sesiapa yang diundi untuk tersingkir kena buat penalti. 


Semua member setuju untuk Hyunsuk lakonkan iklan Coca-Cola di musim panas dan diarahkan oleh Director Haruto. Lepas stress tengok Hyunsuk buat iklan, Jaehyuk tunjuk orang pro shooting iklan dengan Pepsi. Baby cow pun nak cuba jugak shoot iklan dengan air mineral 500ml. 


Lepastu Mashiho suruh Doyoung pulak shoot iklan dengan Miero Fiber. Macam dalam Episod 35 – Audition Web Drama, Doyoung in character betul. Jaehyuk suruh Jeongwoo shoot jugak dengan harapan kalau dia mampu, Treasure akan dapat sponsor dari produk minuman pula. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.