TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 39 : Babysitter

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (26:31 minutes for episode 39)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


‘You guys, did any of you know why we are here today? We become babysitters today and take care of kids!’ – Kim Doyoung

Lepas staff YG mati kutu nak letak content apa dalam Treasure Map Season 2 dalam Episod 38 jadi Episod 39 adalah permintaan khas supaya Treasure jadi pengasuh selama satu hari dari beberapa orang ibu bapa yang perlukan me time. Hyunsuk tak ada masalah langsung nak jaga budak-budak sebab dia anak sulung dan jaga adik perempuan dia. Yoshi pun excited sebab cita-cita dia ialah guru tadika kalau dia tak dapat jadi idol. 


‘Hajun is so cute. He’s a lot like me. He’s shy but wants to do everything.’ – Choi Hyunsuk

Kemain riuh Treasure bila jumpa dengan semua kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan tersebut. Setiap parents bagitahu do’s and don’ts untuk anak-anak mereka. Ada ahli Treasure yang jaga berdua ataupun jaga seorang diri. Depends on budak tu lah dia selesa dengan siapa. Haruto dengan Asahi tak putus puji Eunso sebab comel. 


Dekat pusat jagaan tu ada banyak permainan, bouncy castle, trampoline, pool ball, khemah, tempat memancing,  ruang bacaan, ruang menonton, rumah Lego dan juga café. Boleh kata lengkap lah untuk budak-budak have fun dan asah motor skills. 

‘Now I understand how hard to be a parent. I used to run around a lot when I was kid so my mom put a wrist leash on me.’- Jaehyuk


Sementara yang lain sibuk jaga budak-budak, Mashiho dengan Yedam try belajar sikit-sikit sebab diorang anak tunggal jadi tak ada pengalaman langsung jaga adik. Jihoon dengan Jaehyuk anak bongsu so diorang pun struggle nak jaga budak-budak. Sepanjang masa kena reject walaupun self-claim senang mesra dengan budak kecil. Junghwan tak ada masalah langsung sebab dia pun baby lagi bak kata Jihoon hshshs


Walaupun Treasure jadi pengasuh budak-budak tapi diorang pun baru nak membesar jugak. Haruto happy betul dapat main trampoline, kalah Eunsoo yang 5 tahun tu. Jeongwoo hilang entah berapa kg berlari dengan Yewon setengah hari sebab dia aktif sangat. 

Masa makan tengahari sweet sangat tengok Treasure makan dengan budak-budak asuhan diorang. Semua makan berpangku dengan disuap sampai kaki Junghwan cramp. Lepas habis makan Treasure rehat kejap jadi babysitter sebab masing-masing penat. 


Aktiviti terakhir Treasure baca buku cerita dongeng dan lakokan semua babak penting supaya budak-budak yang lain terhibur. Comel sangat Doyoung baca buku cerita untuk sesi tu. Haruto dengan Junkyu pun comel dan kelakar. Treasure habiskan sesi bacaan dengan lagu My Treasure. 

Hyunsuk : Did you have fun today?
Hajun : Yes
Hyunsuk : We have to say goodbye now.
Hajun : I’m going to miss you


Episod 39 ni banyak betul awwwdorable moments sampai Asahi yang kurang magnesium tu pun jadi sweet sebab dia teringat dekat adik dia. Tengok banyak kali pun aww jugak. Habis sesi bergambar, semua parents datang pickup anak masing-masing. Mata Hyunsuk dah bergenang tengok Hajun balik rumah. Nayeon happy spend time dengan Treasure sampai bagi flying kiss sebelum balik. 

Berdekah tengok hujung episod bila baby cow merajuk lepas Yoshi cakap dia dah lama teringin nak ada adik lelaki. Dalam Treasure Yoshi ada 9 orang adik untuk dia jaga dan manjakan walaupun Junkyu beza 117 hari je dari dia haha. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.