Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2022, Star Avenue Shah Alam

Monday 16 May 2022

'Alaaaa tak sempat nak beli xxxx tadi'

'Takpa, MATHAF tiap-tiap tahun ada' 

Conversation tu masa kitorang pergi MATHAF tahun 2019 tau. Bila masuk tahun 2020 terus pandemik sampai 2 tahun maka tahun 2022 Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) pun datang balik ke Star Avenue. Memandangkan teringat balik conversation ni bila nampak deretan khemah putih dekat Star Avenue, terus masuk planner untuk pergi. 

Malangnya tak ingat dah makanan apa yang dicari masa tu sebab pending 2 tahun dah. Siapa je ingat kalau dah bertarung dengan pandemik kan? MATHAF tahun ni agak kurang meriah sebab tak banyak pun gerai dibuka. Mungkin sebab MATHAF berlangsung pada bulan Syawal, minggu orang tengah sakan beraya. 


Masa pergi ni dah lewat petang sebab tak ada mood nak makan berat so kitorang pergi MATHAF pukul 6 macam tu untuk mencari makan malam. Bad luck sikit lah sebab masa sampai tu hujan baru turun jadi tak ada tempat makan sangat. Tak tahu kenapa Star Avenue tak buka meja makan dekat ruang tengah tu padahal kosong je. 

Sudahnya tapau je bawa balik sebab ternampak tomyam ketam. Kalau makan dekat MATHAF ni tak boleh makan beria lepastu mesti segan belemoih. Bau asap dengan bau hujan sama naik je. Baik makan dekat rumah untuk ketenangan dan kepuasan maksima. 



Boleh nampak lah harga makanan dekat MATHAF ni dah meningkat dengan jayanya. Kebanyakannya berharga RM10 ke atas. Baby crab 100gram pun RM10. Makanan pun tak banyak pilihan sebab pusing-pusing gerai jual menu yang lebih kurang sama je. Menu baru untuk tahun ni pun Thai Spring Roll dengan Oyster Cheese. Boleh tahan mahal jugak lah oyster cheese dekat sini padahal boleh dapat osyter cheese dekat Restoran Nusantara RM10 je. Saiz pun besar. 








Lepas berjalan 2 pusingan buat keputusan untuk makan apa, maka ini lah hasil tangkapan dekat MATHAF. Tahun ni dah boleh buat pembayaran melalui Touch N Go ataupun QRpay tapi haihhh line slow jadi nak tak nak kena guna cash jugak. 


Ada lagi satu kitorang beli, Matcha Green Tea dengan Teh Ais dekat Baby Bangkok Tea tapi haihhh menyesal betul. Harga satu cup tu RM8 tapi dia guna susu tin so air dia manis yakmat! Tambah dua cawan air masak baru bearable untuk diminum. Dah la air ni tak boleh simpan lama sebab dia jadi sticky cenggini. Entah apa benda lah dia letak sampai jadi macam slime. Bazir RM17 hihu


Macam tahun sebelumnya tomyam yang paling berbaloi dibeli tapi harga dia dah mahal tahun ni sebab harga untuk semangkuk Kueytiaw Tomyam Seafood ni RM15. For me tetap berbaloi sebab seafood dia banyak. Ada ketam, udang galah, sotong dan clams. Sengkak terus perut lepas makan semangkuk tu. 

Thai Spring Roll is a scam. I tak rasa seller keluarkan modal yang banyak sampai dia kena jual RM10 satu set. Dia letak udang seekor je dekat depan tu. Ingatkan dekat bahagian dalam ada lagi rupanya timun dengan lobak merah je. Dah la gulung tak cantik sebab dia sengaja gulung besar untuk nampak banyak isi dekat dalam. Bila makan memang berterabur lah cerita dia. 

Pulut mangga tu so so je lah. Pulut dia warna hijau sedap tapi yang putih tu hmmmm. Kitorang habiskan RM62 dekat MATHAF untuk makanan yang menyedihkan. Kalau ada lagi MATHAF dekat Star Avenue mungkin akan pergi makan tomyam je haha

4 comments

  1. RAsanya hujung tahun 2021 ada pergi MATHAF dekat Strand Mall Damansara. memang harga meroket, tapi nasib baik beli Green Tea masa tu sedap.

    ReplyDelete
  2. What a ınteresting meals , thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  3. alamak-alamak sedapnya semua tuuuuuu...terlioqqqq

    ReplyDelete
  4. Tomyam dia memang nampak best.. Tapi kenapa air tu macam slime.. pelik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.