TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 55: Coffee Prince ☕️

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (25:15 minutes for episode 55)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Istimewa untuk Episod 55 bila Treasure buat V-live mengejut untuk umumkan 300 orang Treasure Maker yang terpilih akan dijemput ke Treasure Café. Di café tersebut Treasure akan masak beberapa menu terpilih, jadi pelayan dan juga barista. Café yang dipilih memang cantik sangat dengan bertemakan taman bunga, sesuai lah dengan konsep Coffee Prince yang dreamy dan filmy. 

Treasure mulakan perbincangan menu makanan dan minuman pilihan untuk acara Treasure Café nanti. Aktif betul Jeongwoo bagi nama yang kreatif sesuai dengan tema Treasure atau Treasure Map. Hyunsuk pula personally request untuk Mashiho masukkan slogan famous dia, Kijoringgg~! dalam menu Treasure Café sebab ramai fans suka dengan slogan dari Treasure Map Season 1 Episode 11 tu. 


Lepas selesai berbincang dan capai kata sepakat untuk semua menu makanan, minuman dan juga pencuci mulut, Treasure bahagikan kumpulan untuk belajar dengan barista di café tersebut sebelum Treasure ambil alih sepenuhnya untuk acara Treasure Café nanti. Doyoung, Junghwan, Jeongwoo dengan Haruto cipta topping decoration ikut kreativiti masing-masing. 

Doyoung : Junghwan, what concept are you going for?
Junghwan : I watched zombie movie yesterday, so like that. 
Doyoung : …….


Penat nak gelak tengok episod ni sebab masing-masing masuk air. Muka Yoshi bila Jihoon tanya bila lagi nak buat kerja part-time padahal dia dah pernah kerja dekat Handsome Gimbap dalam Treasure Map Season 1 Episode 25 dulu. 

Kalau scroll Tiktok banyak jugak lah jumpa video dari Episod 55 ni bila OP buat video perbezaan antara disuap oleh mak dengan disuap oleh bapak. Kalau eomma Hyunsuk suap anak, hati-hati sangat supaya anak tak melecur ataupun tercekik. Bila Paji yang suap baby cow, habis disumbatnya masuk dalam mulut. Kesian anak menjerit panas. Lepastu puas hati dengan usaha dia jaga anak. 



Lepas habis sesi belajar memasak di café, Treasure bahagikan kepada dua kumpulan untuk pilih dan jemput Treasure Maker ke acara Treasure Café pada 25 Jun 2021 melalui panggilan telefon. Comel sangat Jeongwoo nervous bila bercakap dengan Treasure Maker padahal dia yang confident sangat nak mula dulu. 

‘I hike every morning for love of Treasure. It’s been frustrating unable to sing at karaokes, so this has been my only escape.’ – Treasure Maker


Kecoh betul peminat Jihoon, sama macam bias diorang jugak. Happy teruk bila diorang terpilih untuk pergi ke Treasure Café. Kebanyakan nombor Treasure Maker yang Treasure call guna lagu Treasure dan lagu tema Truz sebagai caller ringtone. Happy lah Treasure sebab jumpa legit fans. Comel je Yoshi cari fans dia untuk jemput ke acara Treasure Café. 

Junkyu : Ma’am you’re invited to Treasure Café
Jihoon : What do you mean by ma’am? She’s younger than us.


Sementara team hyungs banyak terharu dengan Treasure Makers, team maknaes pula sakan buat prank call. Doyoung nak buat prank tapi lost sampai member yang lain kena masuk line supaya fans tak lari. Banyak kali maknae line buat reaction test nak tengok Treasure Maker menjerit tahap mana bila diorang greet. 

‘This is what I felt after first time calling so many fans. They’re starting to become more like us. Love makes you resemble each other.’ – Kim Junkyu

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.