Lirik Lagu Takkan Pernah - Hussain

Monday, 24 August 2026


Masa tengok Big Stage x Rocketfuel, dah aim Adam Nazmie akan jadi juara tapi rezeki lebih memihak kepada Hussain sebab fan base dia lagi besar jadi undian paling tinggi antara semua peserta. Hussain antara peserta favorite jugak cuma dia tak sekreatif duo Adam Nazmi tapi boleh faham lah sebab Nazmie belajar dekat ASWARA dan duo juga dah banyak pengalaman dalam pertandingan. 



Lagu Takkan Pernah gubahan dan lirik dari Ahmed Faez bersama Johan John menggunakan genre balada yang sesuai dengan tona suara Hussain. Tapi terus-terang cakap, lagu ni tak berapa syok sebab pendek dan repetitive. Dekat bahagian verse awal pun suara Hussain terlampau perlahan. Chorus kedua yang dekat dengan bridge je I suka. 

Lagu ni OST material, tak hairanlah nanti bila Astro ada drama baru terus je grab lagu ni. 

LIRIK LAGU TAKKAN PERNAH
Penyanyi: Hussain
Komposer: Ahmed Faez, Johan John
Lirik: Ahmed Faez, Johan John
Studio: Rocketfuel Entertainment

Takkan pernah ku mungkiri
Takkan pernah ku mungkir janji
Bukankah kau tahu isi hatiku
Kau kata kau kenaliku

[Chorus]
Ini cintaku cinta sampai mati
Genggam janjiku semat dalam hati
Tiada lewa dariku dalam meyakini
Cinta suciku

Takkan pernah ku khianati
Cinta kamu yang ku miliki
Walau jauh walau kelahi
Takkan bisa diusir pergi

[Chorus]
Ini cintaku cinta sampai mati
Genggam janjiku semat dalam hati
Tiada lewa dariku dalam meyakini
Cinta cinta cinta

Takkan pernah menduakan diri kamu

[Chorus]
Ini cintaku cinta sampai mati
Genggam janjiku semat dalam hati
Tiada lewa dariku dalam meyakini
Cinta cinta cinta suciku

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.