Movie Review | Cocktail 2 (2026)

Sunday, 23 August 2026

Pengarah: Homi Adajania  
Penulis Skrip: Luv Ranjan, Tarun Jain 
Pelakon: Shahid Kapoor, Kriti Sanon, Rashmika Mandanna, Pulkit Samrat, Tiku Talsania, Suparna Marwah
Syarikat Produksi:  Maddock Films, Luv Films  
Pengedar: Jio Studios, Netflix
Genre: Romantik / Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 19 Jun 2026   
Trailer:


Diya (Rashmika Mandanna) dan Kunal (Shahid Kapoor) bercinta sejak zaman kolej dan meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius dengan tinggal bersama di Delhi. Diya rasa mereka berdua perlu fokus dengan kerjaya sebelum berkahwin dan Kunal tak ada masalah langsung dengan pendirian Diya. Tapi setelah 10 tahun bersama, Diya mula merasakan Kunal cuma setia kerana dia dah terbiasa hidup bersama dan bukan kerana cinta. 

Ketika bercuti di Sicily, Itali, Diya bertemu dengan rakannya bernama Ally (Kriti Sanon) di sana. Diya minta bantuan Ally untuk goda Kunal. Kalau Kunal jatuh hati dengan Ally, Diya tak ada masalah untuk putuskan hubungan mereka. Namun sekiranya Kunal tetap setia, Diya yakin untuk berkahwin dengan Kunal dan bina rumahtangga bersama. 

Sekuel kepada filem Cocktail (2012) yang pernah melonjakkan nama Deepika Padukone dalam industri kini mendapat sentuhan Luv Ranjan sebagai penulis dan Homi Adjania kekal di bangku pengarah. Tak ada kaitan pun Cocktail 2 dengan previous instalment, cuma tajuk saja sama. 

Persamaan mungkin pada watak Ally dan Veronica lah yang free-spirit, cantik, menggoda dan berhati sensitif. Dekat babak dia berbual dengan Diya pun dia dah bagitahu yang dia tak mampu terima rejection tapi dia tetap layan idea Diya sebab dia tak sangka boleh jatuh hati dengan Kunal. Babak dia peluk gelandangan tu pengarah cuba nak tunjuk sisi softie Ally tapi watak dia tak dikupas mendalam macam Veronica dan disebabkan tu juga babak emosi dekat klimaks tak menjadi sangat. 

Bab lakonan, Kriti Sanon cemerlang sebagai Ally dan bukan pertama kali pun dia bawa watak macam ni. Chemistry dia dengan Shahid pun tak perlu dipertikai sebab dah pernah bercinta dalam filem Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya (2024). Mungkin sebab tu juga Maddock Films satukan Shahid dengan Kriti kembali supaya mampu menggugat team Kunal-Diya. 

Sama seperti sebelumnya, Cocktail 2 tampil sebagai filem musim panas yang mengujakan dengan menggunakan kekuatan panorama Sicily dari lensa Santhana Krishnan dan Ravichandran. Wardrobe Ally penuh dengan warna yang terang, boho dan terdedah, sesuai lah dengan watak dia yang playful dan menggoda. Kunal pula selesa dalam persalinan yang santai sementara Diya lebih kepada kasual yang cantik. Dia pergi bercuti pun dekat muzium arkitek, entah macam mana boleh ngam dengan Kunal. 

Pritam menjayakan filem Cocktail 2 dengan himpunan lagu yang menarik, romantik dan bertenaga. Filem Cocktail 2 adalah filem terakhir menampilkan Arijit Singh sebagai penyanyi latar untuk industri Bollywood. Lagu pertama yang dilancarkan adalah Jab Talak tapi kurang gemar sebab vibe dia tak macam berparti sangat bila masuk lirik untuk part Ally dan Diya. 



Bila lagu Tujhko keluar memang ramai lah yang jatuh cinta sebab lagu romantik balada adalah forte Arijit, digabungkan pula dengan Sunidhi Chauhan. Lirik yang puitis juga dari Amitabh Battacharya. Lagu Leher pun works like magic untuk jadi lagu latar bila perasaan Kunal mula terusik dengan Ally. Suka dengan Mashooqa yang energetic and vibrant, sesuai masuk dalam playlist holiday.

Kelemahan Cocktail 2 terletak pada skrip yang tak mampu nak paparkan kisah cinta tiga segi dengan mendalam sedangkan ada konflik yang dah cukup kuat. Chemistry Rashmika dengan Shahid kuat dan meyakinkan sebagai pasangan hidup yang dah selesa dengan satu sama lain tapi watak Diya agak lemah. 

Kenapa Kunal terusik dengan Ally pun tak diceritakan sangat. Takkan lah sebab dia cantik je? Cara dia berfikir pun tak lah menarik sangat pun. Kalau jadi Kunal pun memang akan pilih Diya sebab susah senang sama-sama, lagipun Diya memang wife material. Plot dia lebih kurang sama dengan filem Ranjhaan (2025). Dua kali dah tengok Kriti memalukan diri sendiri dengan kacau pasangan orang. First half memang lah dijemput tapi second half a bit urmmm why?

Jalan cerita Cocktail 2 predictable sebab emosi tak kuat pun untuk penonton rasa berbelah bahagi dan saspens dengan pilihan Kunal di hujung cerita. Babak Kunal dalam kereta dengan ayah dia pun draggy, belum masuk bab dia preach pasal hubungan lagi. Luv Ranjan ni memang suka betul letak babak watak utama bersyarah padahal dia boleh je cipta perbualan yang sihat antara watak utama. 

Apapun, I enjoy je layan Cocktail 2 sebab filem ni masih lagi ada fun moment dia. Shahid in rom-com is awwwdorable. Kalau Maddock Films keluar dari template Cocktail dan cipta filem baru, rasanya Pulkit boleh bring something good to the story. He's cute and hot macam Shahid jugak tapi tersia. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.