BRU: MASIN & MANIS BAWA PEMINAT MENYAKSIKAN FINALE BERSAMA BARISAN PELAKON! | Finale Screening Dan Meet & Greet Di HWC COFFEE Meriahkan Penghujung Perjalanan Siri Tonton Vertical Ini
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2026 - Siri fenomena BRU: Masin & Manis kini menghampiri penghujung selepas mencuri perhatian penonton menerusi format vertikal di Tonton. Bersempena tayangan episod kemuncak, Tonton bersama HWC COFFEE menganjurkan Meet & Greet & Finale Screening di cawangan HWC COFFEE, DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya. Kehadiran bintang utama, Imranul Effendy (Mohsin) dan Ellyza Azizi (Manis), turut menceriakan suasana apabila mereka beramah mesra dengan para peminat yang hadir, sambil menikmati minuman istimewa Salted Series daripada HWC COFFEE.
Kemuncak acara diteruskan dengan Finale Screening, memberi peluang eksklusif kepada para penonton untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan lima episod terakhir siri Tonton Vertical BRU: Masin & Manis bersama barisan pelakon. Setiap babak ditonton dengan penuh debaran, diselang-seli gelak tawa dan emosi ketika penonton mengikuti perjalanan Mohsin dan Manis sehingga ke penghujung cerita. Suasana semakin terasa apabila para penonton turut dapat merasai pengalaman menyaksikan episod finale bersama-sama pelakon yang menghidupkan watak mereka.
Lebih istimewa, kemeriahan diteruskan menerusi sesi permainan interaktif yang menemukan para peminat dan barisan pelakon. Gelak tawa serta sorakan bergema apabila kedua-dua pihak berentap dalam permainan santai seperti Menara Cawan dan Kutip Biji Kopi Ini. Selain menceriakan suasana, aktiviti ini turut memberi peluang kepada para peminat untuk berinteraksi dan bergurau senda dengan lebih dekat bersama pelakon BRU: Masin & Manis.
Acara kemudiannya diserikan dengan sesi fotografi, membolehkan para peminat beramah mesra dan merakam momen istimewa bersama Imranul Effendy dan Ellyza Azizi. Peluang berinteraksi secara langsung bersama pasangan utama siri ini turut menjadikan sesi tersebut antara momen yang dinanti-nantikan para pengunjung.
Membawa penceritaan dari skrin digital ke dunia nyata menerusi kolaborasi bersama HWC COFFEE, penutup siri Tonton Vertical BRU: Masin & Manis ini bukan sahaja meraikan perjalanan kisah Mohsin dan Manis, malah meninggalkan kenangan bermakna buat barisan produksi, pelakon serta para peminat. Pihak produksi dan barisan pelakon turut meluahkan rasa terharu dan menghargai sokongan luar biasa penonton yang setia mengikuti perjalanan siri ini sepanjang tayangannya di Tonton.
Jangan lupa untuk dapatkan minuman Salted Series hasil kolaborasi HWC COFFEE dan Tonton di cawangan HWC COFFEE terdekat anda atau boleh juga membuat pesanan melalui laman web dan aplikasi HWC COFFEE Malaysia.
Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.