Lepas tengok Spiderman: Brand New Day semua pun dah start rewatch semua filem Marvel sebelum filem Avengers: Doomsday tayang Disember 2026 nanti. Filem pertama Marvel Studios adalah Iron Man (2008) arahan Jon Favreau bersama barisan penulis Mark Fergus, Hawk Ostby, Art Marcum dan Matt Holloway.
Filem bermula dengan babak Tony Stark (Robert Downey Jr.) bersama rakan baiknya dalam tentera, James “Rhodey” Rhodes (Terrence Howard) pergi ke kawasan gurun untuk lancarkan misil terbaru iaitu Jericho. Dalam perjalan pulang, dia diserang oleh sekumpulan pengganas bernama The Ten Rings yang berada di sempadan Afghanistan.
Kecederaan dia parah namun Ho Yinsen (Shaun Toub) berjaya selamatkan Tony dengan masukkan implant elekromagnetik untuk mengelakkan serpihan tajam terkena jantungnya. Implant tersebut perlu disambung bersama bateri kereta sebagai sumber tenaga.
Tak lama kemudian Raza (Faran Tahir) minta Tony bina sebuah misil yang lebih hebat dari yang dilancarkan jika Tony ingin bebas. Tony minta kumpulan pengganas tersebut sediakan semua bahan yang dia perlukan. Tanpa pengetahuan mereka, Tony berjaya cipta sebuah sut besi yang akan bantu dia keluar dari markas berbahaya tersebut.
Sebaik saja pulang ke Amerika, Tony umumkan Stark Industries akan berhenti hasilkan senjata api. Keputusan mengejut tersebut tidak diterima baik oleh rakan kongsi dia, Obadiah Stane (Jeff Bridges) kerana syarikat mereka memperoleh keuntungan yang tinggi dari penghasilan senjata api. Tony sibukkan diri dengan mencipta sut besi yang lebih baik dengan penggunaan AI bernama Jarvis (Paul Bettany).
Lakonan Robert Downey Jr sebagai Tony Stark yang bijak dengan sains dan teknologi, mulut lancang, kaki perempuan dan egois menghidupkan lengkungan karakter yang awalnya dirasakan menjengkelkan kemudian tampil sebagai watak yang lebih prihatin terhadap masyarakat, lebih matang bila berfikir tentang tindakan bersama akibat dari perbuatan dia.
Dekat awal filem boleh nampak banyak watak yang terkesan dengan perangai negatif Tony walaupun Rhodey dan Pepper Potts (Gwyneth Paltrow) sentiasa ada di sisi Tony untuk uruskan apa yang patut. Tak pasti lah macam mana dua watak ni bertahan, mungkin sebab masing-masing ada kelebihan yang mereka dapat.
Menonton kembali filem Iron Man pada tahun 2026 pun tetap terasa kekuatan filem terletak pada keunikan Tony mencipta dunia yang menggunakan teknologi secara maksima menerusi lensa sinematografi Matthew Libatique. Visual Iron Man terlihat raw dan asli tanpa penggunaan CGI yang terlalu banyak.
Semua kostum yang digunakan termasuk lah sut besi memang dibina sendiri oleh props team. Jadi tak hairan lah kalau ramai peminat komik seronok layan filem Iron Man. Dari komik kepada live action dan cuma Iron Man, superhero Marvel yang belum diadaptasikan kepada live action.
Comel juga tengok Dummy yang selalu menyibuk dengan Tony. Kalau orang lain bela haiwan peliharaan, Tony pula cipta robot sebagai pets. Walaupun ‘pets’ dia tak berkomunikasi tapi dari pergerakan pun dah boleh dibaca.
Babak aksi dimasukkan untuk melengkapkan genre superhero walaupun watak antagonis mudah diteka siapa orangnya dan apa motif utamanya. Filem Iron Man masih lagi berdurasi kurang dari 2 jam zaman ni jadi penceritaan dia pun bergerak pantas.
p/s: Lepas tengok balik Iron Man baru tahu meme lemah Tony Stark tu dari filem ni 😂
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.