Iced Matcha Coconut, Kopi Saigon Subang Bestari

Thursday, 6 August 2026

Balik dari PBAKL 2026 dan makan-makan di Nabe, kitorang singgah Kopi Saigon sebab nak hilangkan craving Nurin. Maklumlah dah seminggu masuk hospital tak boleh minum air ikut tekak, kena minum air mineral je dari celik mata sampai tutup mata. 

I tak ingat dia order apa tapi I order Iced Matcha Coconut sebab seronok pulak minum Matcha dengan Susu Kelapa? Susu Kelapa ke dalam Bahasa Melayu? Sebab kalau susu kelapa kan dia jadi santan? Rasanya pernah terbaca dulu yang susu kelapa jauh berbeza kepekatan dia berbanding santan dan krim. 


Lepas minum Not Pistachio Matcha Cloud Latte dekat ZUS, nak try juga Iced Matcha guna coconut milk dekat Kpi Saigon ni sebab sebelum ni Iced Matcha Latte dia sedap. Tapi dekat Kopi Saigon tak ada provide coconut milk. Dia cuma ada Iced Matcha Coconut Latte sahaja. I macam hah? maksudnya? 

Rupanya dia prepare je Iced Matcha Latte macam biasa kemudian tambah coconut flakes sebagai topping. Nampak tak bahagian atas dalam gambar tu? Flakes dia halus je so bila minum tak tersedak tapi for sure akan melekat dekat bibir atau tekak. Jadi malas sikit bila kena kunyah. 

Macam biasa lah, Kopi Saigon Subest ni perform bila bancuh air. Iced Matcha dia pekat, puas hati lah ambil large cuma I takkan order dah Iced Matcha Coconut Latte ni sebab tak berapa gemar dengan flakes. Hopefully nanti Kopi Saigon akan ada pilihan guna susu kelapa. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.