Blog Performance Oktober 2026

Sunday, 1 November 2026

 

Macam tak percaya dah masuk bulan kedua terakhir untuk tahun 2026. Macam tak percaya juga goal untu blog ni dah tercapai dengan jayanya. Mungkin dua bulan terakhir ni akan lebih santai supaya ada ruang mengarang goal untuk tahun baru nanti. 

1. PV


Untuk bulan Oktober ni tak letak harapan tinggi nak dapat pageview macam bulan September pun sebab yang tu kes jarang-jarang berlaku. Bersyukur je views tak jatuh sebab terjejas gara-gara perubahan baru Blogger. Kira tinggi jugak lah nak mencecah 300k tu kan sebab biasanya 100k lebih sebulan. 

Lepas dah berjaya cecah 11 juta ni mesti lah nak bergerak ke 12 juta all time views tapi rasanya tahun depan akan dapat angka tu. Buat masa sekarang nak fokus update semua gambar dan draft yang tertunggak. 

2. Posts


Tak sure lah Popular Post ada masalah ke apa sebab dekat Google Search Console berbeza pula data dia. Dekat dalam ni entri paling tinggi untuk bulan Oktober pun 600 views je sedangkan dekat platform Google dah mencecah ribu. Dah dua bulan views untuk Popular Post ni rendah tapi kalau tengok harian punya kemain rancak. 

I baru perasan entri tentang long call kerap ada dekat Popular Post padahal sejak I kerja dekat RRM, selalu je update pasal long call. Mungkin ada cerita yang menarik jadi rujukan orang lain kot. 

3. Bilangan Entri

Bulan Oktober tak dapat cecah 80 entri macam bulan September sebab Google Photos dah penuh sampai email tak masuk. Nak update review dengan entri lain pula tak sempat sebab pertengahan bulan Oktober dah start fokus dengan audit dan lodgement lain. Blogwalking pun dah mula berkurang. So untuk bulan November harapnya boleh lah update 30 review yang tertunggak tu. 

Have a nice November everyone. Take care juga di musim hujan dan banjir ni. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung dan tinggalkan komen. Insya-allah akan dibalas kunjungannya. Terima kasih juga kepada silent reader dan pengunjung baru 🌷🌴






Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.