Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

‘SAYANG SAYANG’ HIMPUNKAN KEPELBAGAIAN MALAYSIA DALAM SEBUAH KISAH TENTANG IDENTITI, KELUARGA DAN KASIH SAYANG | ‘Diiktiraf menerusi lima pencalonan Anugerah Golden Horse ke-63, filem ini menampilkan potret Malaysia melalui gabungan budaya, bahasa dan komuniti yang jarang diketengahkan di layar perak’ 

3 November 2026, Kuala Lumpur – Selepas mencuri perhatian di pentas antarabangsa dan menerima pengiktirafan menerusi lima pencalonan di Anugerah Golden Horse Ke-63, filem kerjasama Malaysia-Taiwan, SAYANG SAYANG, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 November 2026.

Sejak treler rasminya diperkenalkan kepada umum, SAYANG SAYANG menarik perhatian ramai menerusi kekuatan emosi yang dipaparkan, dengan penonton menyatakan bahawa sedutan filem tersebut sudah cukup untuk membuatkan mereka tersentuh. Sambutan positif itu diteruskan semasa tayangan perdana filem ini di Taipei, yang menyaksikan penonton memuji keindahan penceritaan serta mesej universal tentang hubungan sesama manusia.

Diterbitkan oleh More Entertainment Sdn Bhd dan IS Entertainment Co., Ltd, SAYANG SAYANG merupakan sebuah drama fiksyen yang mengangkat tema identiti, kasih sayang, keluarga dan penerimaan komuniti melalui perspektif yang jarang diketengahkan di layar perak. Filem ini diterajui pengarah dan penulis skrip Taiwan, Tang Hsiang-Chu, dengan Yeh Jufeng dan Jin Ong sebagai Penerbit Eksekutif, manakala Nicole Teoh bertindak selaku penerbit.

SAYANG SAYANG turut membuka ruang penerokaan yang mendalam buat pengarah dan seluruh pasukan produksi, terutamanya dalam membentuk dunia yang berteraskan kepelbagaian budaya, bahasa dan kepercayaan. Dengan watak-watak daripada latar Melayu, Cina dan India, setiap elemen dibangunkan dengan penuh halus memastikan representasi yang dipaparkan kekal asli dan menghormati realiti komuniti yang diangkat. 

Filem ini merupakan sebuah pengalaman sinematik yang meraikan keindahan landskap dan kepelbagaian budaya Malaysia. Berlatar belakangkan persisiran Pantai Timur yang luas, filem ini memanfaatkan elemen laut dan alam sebagai bahasa visual yang melengkapi perjalanan emosi setiap watak. Di bawah arahan Tang Hsiang-Chu serta kerjasama kru kreatif dari Malaysia, Taiwan dan India, setiap aspek visual, daripada sinematografi dan tona warna hinggalah ke rekaan bunyi dibangunkan dengan penuh ketelitian untuk menghasilkan sebuah karya yang puitis. 

SAYANG SAYANG menghimpunkan pelakon daripada latar belakang yang bervariasi seperti Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Sasha Tang, Amir Ahnaf, Jo Kukathas, Khir Rahman, Farah Ahmad, Lee Lee-Zen, Ong Ai Leng, Vemanna Appannah, Mia Tan Shu Man dan Tan Li Yang. Gabungan bakat dari pelbagai negara memperkukuhkan lagi kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada penceritaan filem ini.

Manakala, filem ini diiringi lagu tema filem bertajuk ‘Sayang’ nyanyian penyanyi terkenal, Dato' Sri Sheila Majid.

Selain menggunakan dialog Bahasa Melayu, Cina dan Tamil, SAYANG SAYANG turut mempamerkan bahasa isyarat demi membawa penonton menyelami dunia komuniti golongan kelainan upaya. Pendekatan ini menjadikan filem ini antara naskhah tempatan yang memberikan ruang kepada representasi komuniti tersebut di layar perak.

SAYANG SAYANG mengisahkan Nancy, seorang wanita berbangsa India yang pulang ke kampung halamannya di Pantai Timur bersama Ajay, seorang anak kurang pendengaran, dan membuka sebuah sekolah bahasa isyarat. Mina, seorang gadis Melayu pekak pula amat meminati Muay Thai dan berusaha mencari jati dirinya di sebalik tuntutan tradisi. Sementara itu, San San, seorang gadis Cina dengan kekurangan yang sama, begitu mendambakan laut dan terikat dengan kepercayaan keluarganya. 

Tiga anak daripada latar keluarga dan budaya yang berbeza berdepan dengan cabaran kehidupan masing-masing dalam perjalanan mengenali diri dan kepercayaan. 

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 November 2026.

Gunakan #SayangSayang #沙央 di platform media sosial. Bagi mengetahui info terbaharu SAYANG SAYANG, boleh ikuti di semua akaun digital Astro Shaw untuk maklumat lanjut.

Astro Bawakan Dua Konsert Mega Disember Ini, Tiket Kini Dijual | Konsert Sooka (5 Disember) dan Konsert Vaganza (6 Disember) bakal berlangsung di Idea Live Arena

Kuala Lumpur, 3 November 2026 - Astro bakal membawakan dua konsert mega Disember ini menerusi Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026. Kedua-dua konsert akan berlangsung pada jam 8 malam di Idea Live Arena, 3 Damansara, dengan tiket kini dibuka untuk jualan.

Konsert Sooka bakal menampilkan Kudrat Boys, The Lantis, Insomniacks, Bunkface dan Kugiran Masdo dalam sebuah malam penuh kemeriahan dengan persembahan bertenaga dan lagu-lagu popular yang pastinya mengajak peminat untuk turut menyanyi bersama. Para peminat boleh mendapatkan tiket menerusi enam kategori iaitu DISTORT (RM128), ATTACK (RM188), MOSH (RM208), GIG (RM258), SOLO (RM288) dan RIFF (RM388), merangkumi pilihan tempat duduk dan ruang berdiri mengikut kategori masing-masing.

Sementara itu, Konsert Vaganza bakal menghimpunkan barisan artis popular termasuk Datuk Ziana Zain, Dato' Ramli Ms, Tenxi, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Mimi Fly, Odda, Ratu, Ammara dan ALPHA, selain penampilan khas beberapa peserta Gegar Vaganza Fantasia.

Peminat boleh memilih daripada sembilan kategori tiket iaitu GEMPAK (RM188), MANAGER (RM288), SUPERSTAR (RM388), MELETOP (RM488), IMPIAN (RM488), STAGE (RM588), KILA UAN (RM588), HIGH COUNCIL (RM688) dan GEGAR (RM788), yang turut menawarkan pilihan pengalaman berbeza termasuk kategori GEGAR dengan Meet & Greet Soundcheck Experience. Tiket untuk kedua-dua konsert kini boleh didapati menerusi Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/astro/konsert.

Untuk maklumat lanjut, layari gempak.com.

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL RAIH RM12 JUTA DALAM TEMPOH 4 HARI DAN TAYANGAN AWAL!

Monday, 2 November 2026

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL RAIH RM12 JUTA DALAM TEMPOH 4 HARI DAN TAYANGAN AWAL! | Mega Fans Screening berlangsung meriah selama 12 jam dengan penampilan barisan pelakon temui peminat di pawagam sehingga jam 3 pagi

KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER 2026 – Fenomena KUDRAT terus mencetuskan gelombang luar biasa apabila filem KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL berjaya mencatat kutipan sebanyak RM12 juta, merangkumi tayangan awal dan empat hari tayangan rasmi sejak mula menemui penonton pada 29 Oktober lalu. Pencapaian memberangsangkan ini sekali gus menyaksikan KUDRAT 1968 mengungguli carta GSC Top 10 sebagai Filem No. 1 ketika ini, membuktikan kekuatan francais High Council yang terus mendapat sambutan hebat dalam kalangan penonton tempatan.

Kejayaan ini bukan sahaja diterjemahkan menerusi kutipan box office, malah turut diserikan dengan sokongan luar biasa peminat yang terus menghidupkan fenomena KUDRAT di luar layar perak.

Antara yang mencuri tumpuan ialah penganjuran Mega Fans Screening KUDRAT 1968 pada 31 Oktober lalu di GSC IOI City Mall, Putrajaya, yang berlangsung selama 12 jam, bermula jam 3 petang sehingga 3 pagi. Acara istimewa tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran peminat yang tidak melepaskan peluang untuk meraikan filem kegemaran mereka bersama kemunculan barisan pelakon seperti Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Evertts Gomes, Akmal Asyraf, Chech Harith, Zamarul Hisham, Yasmin Hani, Dato Eizlan Yusof, Aleza Shadan, Rusdi Ramli, Umar Shakur, Jebat Zulfar, Muzayyin, Mokhtar Mohsin, Fareez Nawawi, Danish Zamri, Amzar Airil, Merah, Nix Wong serta Pengarah, Zulaikha Zakaria.

Barisan pelakon KUDRAT 1968 tampil menjayakan sesi lawatan pawagam (cinema visit) dari satu dewan ke dewan yang lain sebanyak 33 dewan sehingga jam 3 pagi, sekali gus memberikan pengalaman lebih dekat dan bermakna kepada peminat yang hadir.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sokongan padu daripada peminat sememangnya sangat luar biasa. KUDRAT 1968: High Council berjaya mencatat kutipan RM12 juta menerusi tayangan awal dan empat hari tayangan rasmi, satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan sokongan hebat daripada para peminat.

“Namun, kejayaan ini bukanlah sesuatu yang terhasil dalam sekelip mata. Semuanya bermula sejak Projek: High Council, apabila penonton mula membina hubungan yang kuat dengan cerita dan watak-wataknya. Sejak itu, peminat terus setia mengikuti perjalanan francais ini menerusi siri dan filem, berkongsi teori serta mengajak lebih ramai untuk turut sama menghayati dunia High Council. Pencapaian ini juga merupakan hasil dedikasi pasukan kreatif yang diterajui Zulaikha Zakaria bersama barisan pelakon, serta pasukan pemasaran yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menghidupkan naskhah ini. Kami amat menghargai setiap individu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.”

Menerusi pendekatan penceritaan inovatif ‘One Story, Two Formats’, KUDRAT 1968 menggabungkan empat episod siri premium dengan sebuah filem layar lebar yang membawa penonton menyelami konflik, hubungan dan perebutan kuasa dalam dunia High Council. Diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff, filem ini turut memperkukuh perkembangan naratif dalam Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU).

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena KUDRAT di layar lebar!

Untuk perkembangan terkini, ikuti akaun media sosial rasmi Astro Shaw dan gunakan tanda pagar #KUDRAT1968.

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL TERUS CIPTA FENOMENA, KUTIPAN TERKUMPUL KINI RM6.5 JUTA!

Saturday, 31 October 2026

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL TERUS CIPTA FENOMENA, KUTIPAN TERKUMPUL KINI RM6.5 JUTA! | Lakonan Mantap Enam Teraju Utama Terus Meraih Pujian Dan Mencuri Perhatian!

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2026 – Filem paling hangat diperkatakan, KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL, terus mencetuskan sambutan luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan terkumpul sebanyak RM6.5 juta, merangkumi kutipan tayangan awal serta dua hari tayangan rasmi di pawagam sejak 29 Oktober lalu. Pencapaian membanggakan ini sekali lagi membuktikan kekuatan francais High Council yang terus mendapat tempat di hati penonton tempatan.

Bukan sekadar meraih sambutan di pawagam, KUDRAT 1968 turut menjadi bualan hangat di media sosial, khususnya menerusi lakonan mantap enam teraju utamanya, iaitu Zarif Ghazzi (Abbas), Mierul Aiman (Kuda), Akmal Asyraf (Piji), Dai Fuad (Pa), Evertts Gomes (Ghafar) dan Chech Harith (Mazli). 

Keserasian serta penghayatan karakter yang ditampilkan barisan pelakon ini terus mencuri perhatian, sekali gus mengundang pujian dan pelbagai reaksi dalam kalangan penonton. Sambutan ini turut memperlihatkan potensi besar barisan bakat tempatan yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan tanah air.

Astro Shaw merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penoton Malaysia, khususnya peminat setia KUDRAT, atas sokongan luar biasa yang diberikan sejak pengenalan siri premium sehingga filem ini menemui penonton di pawagam. Sambutan ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada kejayaan filem tersebut, malah membuktikan kemampuan karya tempatan untuk mencetuskan fenomena dan membina komuniti peminat yang kukuh.

Menerusi pendekatan inovatif ‘One Story, Two Formats’, KUDRAT 1968 memperkenalkan pengalaman penceritaan yang menggabungkan empat episod siri premium dengan sebuah filem layar lebar. 
Diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff, filem ini menampilkan barisan pelakon termasuk Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes, Chech Harith dan ramai lagi. 

KUDRAT 1968 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Untuk perkembangan terkini tentang filem, ikuti akaun media sosial Astro Shaw.

FILEM DOKUMENTARI JDT ‘UNTAMED’ PAPAR AKSES EKSKLUSIF KEPADA TUNKU ISMAIL, DEDAH REALITI SOUTHERN TIGERS | JDT+ Dilancarkan Sebagai Platform Penstriman Eksklusif Untuk Dokumentari, Siri Original Dan Kandungan Premium

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2026 – Menduduki ranking No. 1 di Asia Tenggara dan tangga ke-10 di Asia, dengan pencapaian membanggakan sebanyak 35 trofi dalam tempoh 13 tahun, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) terus mengukuhkan dominasinya sebagai antara kuasa besar bola sepak di rantau ini.

Kini, kelab yang mencipta sejarah sebagai pasukan Malaysia pertama menjulang Piala AFC itu melangkah ke gelanggang baharu menerusi pelancaran ‘UNTAMED’, filem dokumentari JDT yang membuka akses eksklusif ke dunia Southern Tigers yang jarang disaksikan umum.

Filem dokumentari ini menampilkan perspektif peribadi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, pemilik JDT, terhadap perjalanan JDT, termasuk visi dan aspirasi Tunku Mahkota Ismail dalam membangunkan JDT sebagai sebuah kelab yang terus mencabar untuk menetapkan penanda aras baharu dalam landskap bola sepak tempatan. Selain itu, menerusi pendedahan eksklusif di sebalik tabir,  penonton dapat menyaksikan realiti di sebalik empayar bola sepak Johor; daripada bilik persalinan dan padang latihan sehinggalah kepada tekanan, kontroversi serta perjuangan yang membentuk DNA juara Southern Tigers.

‘UNTAMED’ HIMPUNKAN FIGURA UTAMA DI SEBALIK KEBANGKITAN SOUTHERN TIGERS

Filem dokumentari berdurasi 76 minit ini menghimpunkan barisan figura penting dalam perjalanan JDT, termasuk pemain, bekas jurulatih, pengurusan tertinggi serta personaliti terkenal yang berkongsi perspektif masing-masing mengenai transformasi, kejayaan dan kontroversi yang mengiringi kebangkitan Southern Tigers.

Antara yang tampil ialah Ketua Pegawai Operasi JDT, Alistair Edwards; Pengarah Kewangan JDT, Dato’ Seri Jaifuddin; Pengurus Projek Khas JDT, Kevin Ramalingam, serta bekas Pengarah Sukan JDT, Martin Prest yang membawa perspektif dari belakang tabir mengenai pembangunan dan pengurusan kelab.

Dari perspektif pemain pula, UNTAMED menampilkan tonggak Southern Tigers seperti Arif Aiman, Bergson da Silva, Matt Davies dan Corbin Ong, di samping bekas pemain Safiq Rahim dan Safee Sali, serta bekas ketua jurulatih Bojan Hodak. Perkongsian mereka membawa penonton lebih dekat dengan pengalaman, tuntutan dan tekanan dalam mempertahankan reputasi JDT di atas padang.

Menariknya, dokumentari ini turut menampilkan Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan; Joe Flizzow, penyanyi rap terkenal negara; serta wartawan sukan Keesh, sekali gus memperluaskan perspektif penceritaan melangkaui warga kelab sendiri.

JDT+ BUKA DIMENSI BAHARU PENGALAMAN SOUTHERN TIGERS

Seiring dengan pelancaran UNTAMED, JDT turut memperkenalkan JDT+, platform penstriman eksklusif milik kelab yang menghimpunkan dokumentari, siri original dan kandungan premium lain yang menarik.

Membawa identiti ‘The Home of JDT Originals’, JDT+ menjadi hab kandungan premium rasmi yang membuka akses kepada kisah-kisah yang belum pernah didedahkan, termasuk rakaman eksklusif di sebalik tabir, perspektif pemain dan jurulatih serta perjalanan kelab di luar aksi 90 minit perlawanan.

UNTAMED menjadi kandungan sulung JDT+, sekali gus menandakan permulaan kepada pembangunan kandungan original yang mengangkat identiti dan perjalanan Southern Tigers melalui penceritaan.

Menyusul selepas UNTAMED ialah OUTBOUND, sebuah siri dokumentari premium original yang merakam perjuangan, cabaran dan perjalanan JDT dalam saingan AFC Champions League Elite dari musim ke musim. Siri ini dijadualkan menemui penonton bermula November 2026, diikuti pelbagai kandungan premium original lain sepanjang musim 2026/27.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia pelancaran UNTAMED dan JDT+ mencerminkan pendekatan kelab yang sentiasa berpandangan jauh dalam membangunkan bola sepak profesional serta memperkukuh kedudukan Southern Tigers sebagai jenama sukan.

“Dalam bola sepak moden, kejayaan sesebuah kelab bukan hanya diukur melalui keputusan selepas 90 minit perlawanan atau jumlah trofi yang dimenangi. Apa yang membezakan kelab berprestasi tinggi ialah struktur organisasi, budaya profesional, konsistensi dan keupayaan untuk terus meningkatkan standard, musim demi musim.

“UNTAMED memberi gambaran tentang apa yang diperlukan untuk membina JDT seperti hari ini, termasuk visi, keputusan penting dan cabaran di sebalik pencapaian kelab. Menerusi JDT+, kami membawa pendekatan yang sama ke luar padang dengan membangunkan platform kandungan premium original milik kelab sendiri. Ini bukan sekadar usaha untuk mendekatkan penyokong dengan Southern Tigers, tetapi sebahagian daripada strategi jangka panjang kami untuk terus mengembangkan JDT sebagai sebuah jenama sukan yang mampu bersaing dan mendapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya.

LANGGANAN JDT+ RM69 BAGI MUSIM 2026/27

Penonton dan peminat boleh menikmati kandungan eksklusif JDT+ menerusi laman web rasmi www.jdtplus.com dengan langganan Season Pass berharga RM69 bagi musim 2026/27.

Menerusi bayaran sekali sahaja untuk musim tersebut, pelanggan mendapat akses kepada kandungan yang ditawarkan di platform JDT+, termasuk dokumentari UNTAMED dan siri original OUTBOUND mengikut jadual tayangan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut dan langganan JDT+, layari www.jdtplus.com, serta ikuti perkembangan terbaru menerusi akaun @watchjdtplus di semua platform media sosial.

BELUM DITAYANGKAN, KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL RAIH RM3 JUTA JUALAN TIKET AWAL!

Wednesday, 28 October 2026

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2026 – Belum pun membuka tirai tayangan rasmi di pawagam, filem KUDRAT 1968: High Council sudah mencipta keterujaan tersendiri apabila berjaya mencatatkan kutipan RM3 juta menerusi jualan tempahan tiket awal.

Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan sambutan luar biasa peminat terhadap filem yang dinanti-nantikan itu, khususnya selepas kejayaan siri premium KUDRAT 1968: High Council yang mencetuskan fenomena dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Menerusi perkongsian di akaun media sosial rasmi Astro Shaw, pihak produksi turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap karya berkenaan.

“Alhamdulillah dan syukur untuk sokongan korang warga KUDRAT yang memang on top! Beli tiket korang sekarang dan jom kita bermanifesto!”

Lebih menarik, keterujaan peminat turut dapat dilihat apabila tiket acara Mega Fans Screening yang dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober ini habis terjual dalam tempoh hanya lima minit.

Fenomena KUDRAT 1968: High Council juga semakin hangat apabila peminat terus rancak berkongsi pelbagai teori, spekulasi dan perdebatan mengenai watak-watak utama, terutamanya Abbas dan Kuda, menjelang tayangan filem tersebut.

Dibintangi Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith, filem arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff ini bakal membawa penonton menyelami konflik yang lebih besar dalam dunia High Council, dengan konflik kuasa, persahabatan dan kesetiaan menjadi taruhan.

Selepas mengikuti perjalanan watak-watak ini menerusi siri premium, kini tiba masanya untuk peminat menyaksikan sendiri bagaimana segala konflik dan persoalan yang dibangkitkan bakal terungkai di layar perak.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan KUDRAT 1968: High Council yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula esok, 29 Oktober 2026.

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAWA PERCATURAN TERAKHIR KE PAWAGAM 29 OKTOBER INI

Monday, 26 October 2026

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAWA PERCATURAN TERAKHIR KE PAWAGAM 29 OKTOBER INI | Fenomena Siri KUDRAT 1968 Cecah 1 Bilion Tontonan Video Digital, Tiket Tayangan Awal Filem Habis Terjual Dalam Lima Minit



KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2026 – KUDRAT 1968: High Council terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara fenomena dunia hiburan terbesar tahun ini. Selepas tayangan empat episod mencetuskan pelbagai spekulasi, perdebatan dan teori dalam kalangan peminat, KUDRAT 1968 kini bersedia melangkah ke layar perak dengan membawa penonton menyaksikan percaturan terakhir yang bakal mengubah sejarah Kudrat, bermula 29 Oktober 2026.

Keterujaan terhadap filem ini semakin memuncak apabila trailer rasmi KUDRAT 1968: High Council meraih lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam, manakala tiket ‘Mega Fans Screening’ pula habis terjual dalam masa hanya lima minit, manakala tiket Hari Manifesto yang memberi peluang kepada peminat untuk merasai acara karpet merah dan tayangan filem bersama barisan pelakon terjual dalam masa kurang satu jam, sekali gus memperlihatkan kekuatan ‘fandom’ menjelang tayangan rasminya. 

Membawa tagline ‘Darah Kita Sama’, filem yang diterajui Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Evertts Gomes ini bakal menyaksikan kemuncak konflik, perubahan yang tidak dijangka dalam persahabatan dan pendirian watak-watak utama, sekali gus mencabar segala tanggapan penonton. 

Sejak menemui penonton pada 11 September lalu menerusi siri premium, KUDRAT 1968 terus mencipta impak apabila mendominasi carta Top 10 kandungan televisyen di Astro dan sooka, selain menduduki tangga pertama Netflix Malaysia selama enam minggu berturut-turut. 

Pengaruh KUDRAT 1968 turut melangkaui platform tayangan dengan mencatatkan 1 billion tontonan video di media sosial, sekali gus berjaya membina kelompok peminat yang aktif mengikuti setiap perkembangan cerita, meneliti petunjuk dan menghubungkan peristiwa dalam dunia High Council. 

Menurut Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, sambutan luar biasa terhadap KUDRAT 1968 membuktikan kekuatan penceritaan tempatan dalam membina hubungan yang mendalam dengan penonton.

“Sejujurnya, kami amat terharu dengan sambutan terhadap KUDRAT 1968. Daripada lebih 9,000 peminat yang membanjiri House of Kudrat, pelbagai teori yang hangat diperkatakan, sehinggalah tiket Mega Fans Screening habis terjual dalam tempoh hanya lima minit. Dan apa yang lebih menggembirakan kami, filem ini belum pun ditayangkan secara rasmi di pawagam, tetapi jualan tiket awal sudah mencecah RM2 juta!”

“Apa yang paling bermakna adalah melihat bagaimana cerita ini bukan sekadar ditonton, tetapi berjaya membawa peminat bersama-sama meraikan dunia High Council. Sambutan ini juga merupakan satu penghargaan besar buat seluruh pasukan kreatif yang diketuai oleh showrunner dan pengarah Zulaikha Zakaria, produksi, pasukan pemasaran dan barisan pelakon yang telah menghidupkan dunia KUDRAT 1968.”

“Menerusi pendekatan ‘Satu Cerita, Dua Format’, kami mahu mencabar kebiasaan dalam cara sesebuah cerita dipersembahkan. Jika siri membina dunia dan hubungan antara watak, filem ini pula membawa penonton menyaksikan sisi berbeza watak yang mereka kenali, dengan skala sinematik lebih besar, konflik lebih intensif dan kejutan yang tidak dijangka. Kami mahu KUDRAT 1968 menjadi satu langkah ke hadapan dalam cara kita membangunkan kandungan tempatan, bukan sahaja dari segi skala produksi, tetapi bagaimana sesebuah cerita boleh berkembang dan memberikan pengalaman berbeza kepada penonton.”

KUDRAT 1968: High Council diterajui oleh showrunner merangkap Pengarah, Zulaikha Zakaria di samping Pengarah Bersama Khairi Asyraff, menampilkan barisan pelakon seperti Zarif Ghazzi sebagai Abbas, Mierul Aiman Fareez Fauzi, Akmal Asyraf sebagai Piji, Dai Fuad sebagai Pa, Evertts Gomes sebagai Ghafar dan Chech Harith sebagai Mazli.

Filem ini turut dibintangi barisan pelakon berpengalaman termasuk Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Johnny Gillet, Fauzi Nawawi, Sharul Kamal, dan Rusdi Ramli, di samping pelakon muda seperti Umar Shakur, Muzayyin Mahyuddin, Jebat Zulfar, Nix Wong, Royce Iqram, Mokhtar Mohsin, Zarul Zaidee, Fareez Fauzi dan penampilan khas Tan Sri Mohamed Nazir Razak, Christy Ng, Bengap Brothers.

Filem ini mempersembahkan penceritaan yang lebih intensif dan sarat konflik, yang memaparkan apabila Abbas kembali ke KUDRAT, sekolah dikepung oleh pihak berkuasa secara mengejut akibat kes kematian pelajar yang cuba disembunyikan. Ketegangan antara pelajar elit dan pelajar biasiswa semakin kuat. 

KUDRAT 1968: High Council diterbitkan oleh Astro Shaw bersama rakan penerbit ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures, HM Entertainment dan Golden Screen Cinemas, manakala produksi dikendalikan oleh PASAL Productions.

Lebih menarik, KUDRAT 1968 turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama jenama fesyen tempatan, Christy Ng, menerusi koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968. Menampilkan beg dan stokin edisi terhad yang diinspirasikan daripada dunia High Council, koleksi ini habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam menerusi platform dalam talian, dan bakal kembali dengan stok terbaru akan datang.

Kempen ini turut dimeriahkan menerusi kolaborasi bersama myBurgerLab yang bakal memperkenalkan burger edisi eksklusif KUDRAT 1968, Burger Ayam Madu Pedas. Boleh dapatkan info lanjut di portal rasmi myBurgerLab, www.myburgerlab.com.

Astro Shaw turut mengalu-alukan sokongan aplikasi ShopeePay selaku rakan kolaborasi Kudrat 1968 dalam memperkukuh perjalanan filem ini kepada para peminat. Kerjasama ini mencerminkan usaha berterusan untuk menghubungkan penonton dengan pengalaman hiburan yang lebih menarik, di samping membuka peluang untuk para peminat mendekati Kudrat 1968 melalui inisiatif khas yang dibawakan bersama aplikasi ShopeePay.

Bagi mendekati peminat di seluruh negara, siri jelajah KUDRAT 1968 bersama barisan pelakon ke beberapa lokasi di Selatan pada 6, 7, 8 November, Utara pada 13, 14, 15 November, Pantai Timur pada 20, 21, 22 November, Lembah Klang setiap minggu. Peminat berpeluang bertemu pelakon kegemaran mereka, selain menyertai pelbagai aktiviti menarik. 

Saksikan percaturan terakhir yang bakal mengubah KUDRAT menerusi KUDRAT 1968: High Council, di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Oktober 2026.

Ikuti perkembangan terkini menerusi akaun media sosial rasmi Astro Shaw dan gunakan tanda pagar #KUDRAT1968.

*****************

Mengenai Astro Shaw selaku penerbit, pelabur dan agensi pengedar dan pemasaran:
Astro Shaw adalah syarikat produksi filem Malaysia yang menghasilkan filem untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw secara aktif mengedarkan filemnya di luar pasaran domestik, menjadikannya dikenali di ruang serantau dan global. Sejak penubuhannya pada tahun 1996, Astro Shaw telah menghasilkan lebih daripada 100 filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Beberapa tajuk terkenal termasuk Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun, dan The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo telah meraih lebih RM100 juta dalam kutipan box office, sementara Sheriff juga mencatatkan sejarah sebagai filem aksi nombor satu negara sepanjang zaman dengan kutipan box office sebanyak RM64 juta.

Astro Shaw turut meluaskan jangkauan kreatifnya melalui Astro Originals, siri drama premium yang mengangkat naratif Malaysia dengan nilai kualiti produksi tinggi dan memberikan impak kepada penonton tempatan serta antarabangsa. Dengan penceritaan berani, Astro Originals telah memperkenalkan siri popular seperti Good Boys Go To Heaven, Project: Anchor SPM, Project: High Council, dan One Cent Thief. Siri-siri ini bukan sahaja mencetuskan perbualan budaya, malah menaikkan penanda aras kandungan Malaysia di platform global.

ShopeePay - Consumer Products Boilerplate
ShopeePay adalah penyedia perkhidmatan pembayaran digital dan kewangan di Asia Tenggara dan Brazil, menawarkan pengguna dan peniaga akses terintegrasi kepada penyelesaian kewangan harian.
Dilancarkan pada tahun 2015, ShopeePay memperkasakan gaya hidup digital dengan membolehkan transaksi tanpa gangguan melalui pelbagai kaedah pembayaran yang disambungkan. Ia juga menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan bernilai tambah melalui kerjasama, termasuk pinjaman, insurans, dan pelaburan. Bagi peniaga, infrastruktur pembayaran ShopeePay membantu memperkemas operasi dan meraih peluang pertumbuhan baru dalam ekonomi digital.
Untuk maklumat lanjut, lawati https://shopeepay.com/.

Dabra melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai juara sulung Borneo Rising pada malam finale, sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi Borneo Rising, sebuah single dan muzik video terbitan Rocketfuel tajaan CelcomDigi, serta kontrak pembangunan dan pemasaran artis bernilai sehingga RM100,000 tajaan Rocketfuel. Dabra turut sekali lagi merangkul anugerah Persembahan Paling Power CelcomDigi.








Malam kemuncak dibuka dengan persembahan istimewa hos Sherry Alhadad dan Zizan Razak, diikuti segmen khas yang meraikan perjalanan empat finalis. Dengan Ajai sebagai juri jemputan, para finalis berentap menerusi dua cabaran utama iaitu persembahan solo dan duet bersama artis jemputan.


Dabra mempersembahkan Abracadabra (Lady Gaga), manakala Petrova menyampaikan Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Joy dengan Biarkanlah (Drama Band) dan Harris menerusi Tak Mungkin Bersama (Judika). Persembahan duet turut menyaksikan Dabra bergandingan dengan Mya K.O.I, Harris bersama Azeva, Petrova bersama Azlan Typewriter dan Joy bersama Naqiu. 


Keputusan akhir menyaksikan Harris di tempat keempat dengan hadiah RM5,000, Joy di tempat ketiga (RM10,000), Petrova sebagai naib juara (RM20,000), manakala Dabra muncul juara dengan hadiah keseluruhan seperti yang diumumkan.


“Saya hari ini mahu tunjuk kepada semua penonton, kami dari Borneo, kami juga ada bakat. Saya berjanji akan terus berkarya, sampai satu Malaysia kenal saya,” ulas Dabra dalam ucapan kemenangannya.


Kemenangan Dabra menutup musim pertama Borneo Rising dengan penuh bermakna, diakhiri persembahan memukau daripada juara sulung yang bertekad membawa nama Borneo ke seluruh Malaysia.

SENARAI LAGU 

Petrova: Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Dabra: Abracadabra - Lady Gaga

Joy: Biarkanlah - Drama Band

Harris: Tak Mungkin Bersama - Judika

Joy & Naqiu: Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella

Dabra & Mya K.O.I: Ku Bersuara - Ernie Zakri

Harris & Azeva: Takdir Tercipta - Adira & Hafiz Suip

Petrova & Azlan Typewriter: Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain

INFO PROGRAM ‘BORNEO RISING’

  • Borneo Rising, program pencarian bakat dengan vokal padu, kerjasama CelcomDigi Berhad, bakal bersiaran selama lapan (8) minggu bermula dari 6 September 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
  • Borneo Rising turut menampilkan RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai Rakan Digital dan ERA, ERA Sabah & ERA Sarawak sebagai Rakan Radio Rasmi.
  • 12 barisan peserta yang bakal berentap di pentas Borneo Rising ialah Dabra dari Likas Sabah, Jecinta dari Miri Sarawak, Petrova dari Papar Sabah, Harris dari Kuching Sarawak, Syukri dari Kinabatangan Sabah, Aadel dari Kuching Sarawak, Afiq dari Sandakan Sabah, Michelle dari Landu Sarawak, Joy dari Sandakan Sabah, Faris dari Kuching Sarawak, Harvard dari Penampang Sabah, dan Rizzani dari Tawau Sabah.

30 Tahun Astro, Satu Sejarah Baharu: Gegar Vaganza 13 Mengangkat Pertemuan Terhebat Juara Program Realiti Pertama Malaysia | “GV-FANTASIA” kembalikan nostalgia Akademi Fantasia dengan nafas baharu

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2026 - Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, program realiti hiburan paling berprestij, Gegar Vaganza (GV), bakal tampil dengan musim paling istimewa dalam sejarah penganjurannya apabila menghimpunkan juara-juara Akademi Fantasia (AF) dari musim pertama hingga musim ke-12 dalam sebuah pertandingan epik yang sarat dengan nostalgia, persaingan sengit dan detik-detik bersejarah buat industri hiburan tanah air. Gegar Vaganza Musim 13 bakal bersiaran secara langsung mulai 8 November, jam 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) serta turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

Buat julung kalinya, Gegar Vaganza Musim 13 (GV13) akan menyatukan juara-juara Akademi Fantasia yang pernah mencetuskan fenomena dan mewarnai perjalanan industri muzik tempatan. Mereka bakal kembali berkongsi satu pentas untuk membuktikan kehebatan vokal, karisma dan ketahanan mereka sebagai antara bintang realiti paling berpengaruh di Malaysia. GV13 turut dimeriahkan dengan Alha Alfa Cosmetics sebagai Rakan Glam Rasmi dan juga Uphamol selaku Penaja Bersama yang sentiasa memberi sokongan berterusan.

Sebagai salah satu acara utama sempena sambutan 30 Tahun Astro, GV13 tampil lebih daripada sekadar pertandingan nyanyian. Ia merupakan sebuah penghargaan kepada legasi Akademi Fantasia, program realiti ikonik yang mencetuskan fenomena luar biasa dan mengubah landskap hiburan Malaysia. Melalui GV13, penonton akan dibawa menyelusuri semula detik-detik kegemilangan yang melahirkan generasi artis realiti pertama negara, yang seterusnya mencipta impak besar serta mewarnai industri hiburan tempatan hingga ke hari ini. GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij ini.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. Dikenali dengan kepetahan, gelagat spontan dan keserasian mereka, ketiga-tiga pengacara ini bakal sekali lagi menceriakan suasana setiap minggu dengan gelagat dan energi tersendiri.

Barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, yang akan memberikan penilaian secara profesional, telus dan berintegriti terhadap setiap persembahan. Lebih menarik, musim ini turut menampilkan juri jemputan khas dalam kalangan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sepanjang pertandingan berlangsung.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, “Sempena ulang tahun ke-30 Astro, kami mahu menghadiahkan sesuatu yang benar-benar bermakna kepada rakyat Malaysia. GV13 menjadi platform yang menyatukan dua jenama ikonik yang dekat di hati penonton, iaitu Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia. Mengembalikan para juara Akademi Fantasia ke pentas ini bukan sekadar membangkitkan nostalgia, tetapi juga meraikan sebuah legasi yang telah mencorakkan industri hiburan tempatan dan melahirkan ramai artis yang terus relevan sehingga hari ini.”

Beliau turut menambah, “Apa yang menjadikan musim ini lebih istimewa adalah tahap persaingan yang luar biasa. Buat pertama kalinya, pentas Gegar Vaganza menghimpunkan para juara yang pernah mencipta sejarah dalam Akademi Fantasia. Gabungan pengalaman, kematangan dan kehebatan vokal mereka bakal menjadikan setiap konsert mingguan penuh dengan kejutan, emosi dan persembahan bertaraf tinggi yang pasti dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”

Menyemarakkan Sambutan Tiga Dekad Astro Dengan Dua Konsert Istimewa
Sebagai pelengkap sambutan tiga dekad Astro, Astro turut membawakan pengalaman hiburan yang lebih besar kepada para peminat menerusi dua konsert istimewa, iaitu Konsert Pesta Sooka Ria, pada 5 November, dan Konsert Pesta Vaganza, pada 6 November bertempat di Idea Live Arena, Damansara.


Kedua-dua konsert ini bakal menampilkan barisan artis ternama tanah air seperti Datuk Ziana Zain, Jaclyn Victor, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Bunkface, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Insomniacks, Hussain, ALPHA, Oddah, Ammara, Ratu, dan ramai lagi selain penampilan khas kumpulan popular dari Indonesia, The Lantis dan Tenxi’s. Runut bunyi konsert pula bakal diarahkan oleh Maestro, Dato’ Ramli MS, yang bakal memberikan pengalaman istimewa sepanjang konsert berlangsung. Tiket telah mula dijual pada 16 Oktober 2026 kepada orang ramai, bermula jam 12.00 tengah hari menerusi platform Ticketmelon. Untuk maklumat lanjut sila layari gempak.com.

Selain meraikan kejayaan masa lalu, GV13 turut mencerminkan komitmen berterusan Astro dalam memperkasakan industri kreatif tempatan menerusi penghasilan kandungan berkualiti tinggi yang mampu menyatukan pelbagai generasi penonton. 

Langgan Pek Entertainment Astro X3 serendah RM39.99/sebulan (RRP: RM59.99/sebulan) dan strim serta-merta tanpa dekoder atau pemasangan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838 untuk melanggan hari ini. 

TRIVIA & PENJURIAN GV13

  • Menambahkan lagi keterujaan musim ini, Gegar Vaganza 13 turut memperkenalkan platform undian peminat yang memberi peluang kepada penonton untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan pertandingan. Dengan sistem undian yang boleh diakses dengan mudah menerusi WhatsApp Chatbot Gegarvaganza, peminat kini dapat menyokong peserta pilihan mereka secara langsung, sekali gus menjadikan pengalaman menonton lebih interaktif dan bermakna.
  • Menghidupkan kembali nostalgia ‘Jari Menjadi Juri’ yang pernah mencetus fenomena, GVUNDI membuka ruang kepada peminat untuk turut mencorakkan perjalanan pertandingan. Dengan sumbangan 10% daripada undian penonton kepada markah keseluruhan peserta, manakala 90% lagi ditentukan oleh barisan juri profesional, setiap undian membawa makna tersendiri dalam menentukan kedudukan mingguan peserta. Lebih daripada sekadar menyokong, peminat kini berpeluang menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan.
  • Program GV13, membawakan Alha Alfa Cosmetics buat pertama kalinya menyertai selaku Rakan Glam Rasmi, dan Uphamol masih menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
  • Untuk pengisian di platform digital, program ‘Checkout GV13’ akan disiarkan di platform media sosial Astro Gempak ketika berlangsungnya program mingguan. 
  • Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
  • ‘GV13’ turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital, serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi disokong oleh ERA & GEGAR. 

PROGRAM GEGAR VAGANZA FANTASIA 
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.  

KAPSUL GEGAR VAGANZA FANTASIA 
Menampilkan persiapan, momen di balik tabir, sesi temu bual serta permainan bersama para peserta setiap minggu sebelum program utama bermula. 

VAZZ VAGANZA FANTASIA
Dihoskan selama 30 minit sejurus selepas program utama untuk menampilkan wawancara dan soal jawab bersama peserta dan juri ‘GV13’.