KUALA LUMPUR, 16 November 2026 – Fenomena KUDRAT 1968: High Council berterusan apabila filem terbitan Astro Shaw ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM20 juta setakat ini, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap francais High Council.
Sejak ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Oktober lalu, KUDRAT 1968: High Council terus menjadi antara filem yang hangat diperkatakan, didorong oleh kekuatan penceritaan, barisan pelakon berbakat serta sokongan padu peminat yang dikenali sebagai KUDRATICS.
Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, "Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan pencapaian RM20 juta ini. Apa yang lebih bermakna buat kami adalah melihat bagaimana dunia High Council terus berkembang dalam Astro Shaw Cinematic Universe dan mendapat sokongan yang begitu kuat daripada penonton, khususnya KUDRATICS yang sentiasa bersama kami sejak awal.
"Kami juga sangat terharu melihat sambutan peminat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan, termasuk House of KUDRAT 2.0 serta siri jelajah bertemu peminat di Selatan dan Utara tanah air yang baru sahaja berlangsung hujung minggu lalu. Kehadiran ribuan peminat yang sanggup datang dari jauh untuk bertemu barisan pelakon benar-benar memberikan semangat kepada kami untuk terus mendekati mereka.
Dan perjalanan ini belum berakhir, Kami merancang untuk meneruskan jelajah ke Pantai Timur dan insya-Allah, Borneo pula selepas ini. Banyak lagi inisiatif menarik sedang dirancang khas buat KUDRATICS sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada fenomena KUDRAT 1968.”
Dibintangi Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith, filem arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff ini bakal membawa penonton menyelami konflik yang lebih besar dalam dunia High Council, dengan konflik kuasa, persahabatan dan kesetiaan menjadi taruhan.
KUDRAT 1968: High Council diterbitkan oleh Astro Shaw bersama rakan penerbit ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures, HM Entertainment dan Golden Screen Cinemas, manakala produksi dikendalikan oleh PASAL Productions.
Untuk perkembangan terkini, ikuti akaun media sosial rasmi Astro Shaw dan gunakan tanda pagar #KUDRAT1968.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.