Movie Review | Alpha (2026)

Sunday, 6 September 2026

Pengarah: Shiv Rawail  
Penulis Skrip: Uday Chopra, Soumil Shukla, Shridhar Raghavan, Ishita Moitra (Dialog)  
Pelakon: Alia Bhatt, Sharvari, Anil Kapoor, Bobby Deol, Dia Mirza, Hrithik Roshan, Dibyendu Bhattacharya, Pavleen Gujral
Syarikat Produksi: Yash Raj Films
Pengedar: Yash Raj Films, Netflix  
Genre: Aksi / Thriller 
Durasi Tayangan: 140 minit
Tarikh Tayangan: 03 Julai 2026   
Trailer:


Filem bermula dengan latar masa pasca perang Kargil tahun 1999 di mana Kolonel Fateh Singh Lakhawat (Bobby Deol) pujuk Leftenan Kolonel Vikrant Kaul (Anil Kapoor) untuk menjayakan program Alpha. Program yang menggunakan serum khas untuk meningkatkan lagi stamina dan pancaindera setiap askar komando. 


Tiga tahun kemudian, projek Alpha mendapat kelulusan dari pihak atasan. Vikrant kemudiannya mendapat khabar bahawa isterinya, Janaki (Dia Mirza) mengandung setelah lama mencuba. Namun kandungan tersebut bakal mengancam nyawa Janki kerana keadaan jantungnya yang lemah. Tak mahu kehilangan kedua-dua orang yang disayangi, Vikrant guna serum Alpha untuk bayi yang di dalam kandungan Janaki. 


Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Dr. John Verghese (Dibyendu Bhattacharya) maklumkan kesemua askar komando dalam projek Alpha meninggal kerana pendarahan dalaman di bahagian otak akibat serum tersebut. Janki juga mengalami simptom yang sama lantas menyebabkan dia meninggal dunia selepas melahirkan. 

Fateh bertegas ingin mengambil bayi Vikrant kerana sel darahnya mempunyai serum Alpha lantas menjadikan bayi tersebut sebagai aset negara. Fateh tipu Vikrant dan maklumkan bayinya meninggal dunia. Sejak kejadian tersebut bayi perempuan itu diberikan nama Sita (Khushi Hajare) dan dilatih seperti tentera komando dan ditugaskan untuk membunuh ketika menginjak usia 18 tahun. 


Ketika berumur 20 tahun, Sita (Alia Bhatt) mula memberontak dan membunuh pangkalan Alpha kemudiannya memburu Kolonel Vikrant Kaul yang telah dilantik menjadi Ketua Research & Analysis Wing (R&AW) seperti yang diceritakan dalam WAR 2 (2025) selepas kematian Sunil Luthra (Ashutosh Rana). Pemburuan dia berhasil lalu di Kashmir, Sita mengetahui tentang rahsia yang disimpan oleh Fateh yang dianggap seperti bapanya sendiri. 

Instalment ketujuh untuk YRF Spy Universe menggunakan latar masa selepas WAR 2 (2025) dan tampil unik dengan menggunakan konsep women-centric movie. Selain Alia Bhatt sebagai Sita, Sharvari Wagh juga menyerlah sebagai Durga di mana kedua-dua watak diinspirasikan dari dewi dalam kitab Sanskrit. 


Tak ada masalah untuk layan Alpha tanpa melihat filem-filem sebelumnya bila filem Alpha perkenalkan watak ahli baru dalam YRF Spy Universe dan belum pernah muncul dalam mana-mana instalment sebelumnya. 

Filem Alpha diarahkan oleh Shiv Rawail yang mendapat pujian dari juri filem untuk arahannya dalam siri The Railway Men: The Untold Story of Bhopal 1984 (2023) dan menang anugerah Pengarah Baru dari pelbagai acara. 


Personally for me, lepas Siddharth Anand yang bekerja untuk WAR (2019) dan Pathaan (2023), Shiv Rawail adalah pengarah terbaik yang berkhidmat untuk YRF Spy Universe. Kemunculan Mejar Kabir Dhaliwal (Hrithik Roshan) menjadi sweet treats untuk peminat universe sekaligus mengingatkan pada babak ikonik Kabir dalam filem WAR (2019)

Sayangnya, filem Alpha dikecam teruk oleh penonton sebab ramai yang tak suka Alia berlakon watak berumur 20-an sedangkan fizikal dia petite, muka pun tampak muda lagi untuk galas watak Sita. Tak sepatutnya jadi masalah sebab Gen Z yang 20-an pun dah nampak matang dari usia. 


Makin menjadi isu bila pengarah tunjuk darah period padahal tak ada masalah pun. Menyampah bila penonton lelaki sengaja jatuhkan women-centric movies guna alasan yang merepek macam ni. Nampak macam remeh tapi benda-benda macam ni bagi kesan dekat kutipan panggung sekaligus buatkan produser tak yakin nak terbitkan women-centric movie. 

Jangankan dekat India, distributors dekat Malaysia pun tayang sekejap sangat filem Alpha. I tak sempat nak tengok dekat pawagam sebab tak sihat. Bila dah sihat, tayangan dah berkurang banyak, ditayangkan pun di pawagam yang jauh dari rumah. Nasib baik masuk juga dekat Netflix walaupun ambil masa yang sedikit lama dari filem-filem lain. 


Sembang pasal filem Alpha, babak aksi yang dipaparkan mempunyai kekuatan tersendiri. Bila tengok Sita berlawan di pangkalan Alpha, teringat babak aksi Zoya dalam Tiger Zinda Hai (2017). Entah bila nak termakbul harapan untuk tengok filem solo Zoya ataupun bergabung dengan watak-watak ejen wanita dalam universe ni. Selain Zoya, Sita dan Durga, ada Kavya Luthra (Kiara Advani) dan Rubai (Deepika Padukone) yang masih menunggu peluang untuk ditampilkan sebagai wira negara. 


Penceritaan Alpha memang mudah sangat untuk dijangka hala tujunya dan siapa yang bakal menjadi antagonisnya namun Shiv Rawail sajikan penonton dengan babak aksi yang memukau dan bergaya, sesuai dengan signature YRF Spy Universe. Ada beberapa babak yang menggunakan CGI dan visual effects tapi tak lah mengganggu sangat. Sama juga dengan teknik close-up yang berlebihan untuk tonjolkan reaksi dan kuatkan emosi padahal situasi dan atmosfera suasana tu sendiri dah cukup memilukan. 

Kelemahan utama pada Alpha mungkin terletak pada skripnya yang kurang menyengat sebagai filem aksi dan patriotik ditambaj pula dengan yang kurang sentuhan emosi kerana dikarang oleh Uday Chopra dan penulis lelaki yang lain sedangkan filem yang tertumpu pada watak wanita. Tambahan pula konflik yang dimasukkan terarah pada hubungan kekeluargaan tapi sayang tak mampu hidangkan drama yang sepatutnya. 


Duo Sanchit Balhara dan Ankit Balhara sekali lagi bekhidmat untuk YRF selepas filem WAR (2025) dengan menghimpunkan 13 lagu latar dan musik tema. My personal favourite is Massacre sebab energetic dan groovy. Walaupun lirik dia cringe tapi lantaklah. Lagu Haaniya dendangan Vishal Dadlani memberikan tenaga yang setara dengan personaliti Sita dan Durga dalam perjalanan di Kashmir ke Ladakh. Lirik padu dalam menceritakan persahabatan dan menyuntik semangat positif. 



Walaupun ramai yang kritik lakonan Alia Bhatt sebagai Sita tapi I suka tengok badass personality yang ditonjolkan secara natural dan bersahaja. Dia pun dah pernah lakonkan watak macam ni dalam Gully Boy (2019) sebagai Safeena dan Jigra (2024). Dinamik Alia bersama Sharvari menjadi kekuatan Alpha dan tak ada isu tenggelam bila berada dalam skrin yang sama. Senang sangat terbeli bila Sita mula berubah setelah hadirnya Durga. 


I do enjoy watching Alpha walaupun ada kelemahannya yang tersendiri kerana produser sendiri tak mampu keluar dan cari penulis yang bagus. Entah bila YRF nak jadi penggerak dalam industri untuk menghargai bakat dan kreativiti penulis skrip. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.