Filem aksi tempatan terbaharu, Chelot, terus mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam seluruh negara apabila berjaya meraih kutipan terkini mencecah RM10.7 juta setakat jam 8:00 malam. Lebih membanggakan, karya terbaharu arahan pengarah tersohor Adrian Teh ini berjaya mengekalkan dominasinya sebagai filem nombor satu di Malaysia selama 11 hari berturut-turut, hasil sokongan padu peminat filem tempatan yang tidak putus-putus memenuhi dewan tayangan.
Filem Chelot membawa penonton menyelami kisah suspen seorang pegawai Unit Operasi Khas yang dihimpit masalah kewangan kritikal sehingga terjerat dalam sindiket penyeludupan senjata akibat satu keputusan yang salah. Kini, dia terpaksa bertindak sebagai orang dalam dan mempertaruhkan segala-galanya termasuk kerjaya, keselamatan keluarga serta nyawanya sendiri demi menumpaskan sindiket berbahaya tersebut.
Impak dan kejayaan fenomena filem ini digerakkan oleh persembahan hebat barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theebaan G. Gandingan mantap para pelakon ini berjaya membawa watak dengan begitu berkesan dan menghidupkan setiap babak aksi yang mendebarkan.
Kemeriahan fenomena Chelot turut dirai bersama para peminat menerusi penganjuran peraduan Teka & Menang. Dalam pengumuman terbaharu, saudara Qaihusni telah dinobatkan sebagai pemenang utama peraduan tersebut dan membawa pulang hadiah istimewa berupa GSC One Year Movie Pass untuk menikmati tayangan tiket wayang percuma selama setahun. Sokongan terhadap karya tempatan ini masih diteruskan dan orang ramai dijemput untuk terus meramaikan pawagam berdekatan hari ini. #Chelot

Tenguk thriller dia pun dah best. Pelakon semua mantap2 tu dengan cerita yg best sudah tentu boom panggung
ReplyDeleteThanks for your sharing
ReplyDelete