Sarapan Pagi di Oriental Kopi, Bangunan Sultan Abdul Samad

Sunday, 27 September 2026


Cuti Merdeka dimulakan dengan sarapan pagi di Bangunan Sultan Abdul Samad seawal jam 9 pagi. Plan asalnya nak pergi lagi awal sebab tak nak beratur tapi sebab semalamnya sampai rumah pun lambat dari Ipoh jadi masing-masing pun tidur balik lepas Subuh. 

Ini kali kedua I makan dekat sini lepas lunch dengan rakan-rakan pejabat lepas balik dari long call Aiesyah. Sebelum ni tak dapat makan dekat tingkat atas tapi kali ni I berjaya hshshs

Flooring dia cantik. Ambil gambar tanda hadir

Kitorang order mi kari, nasi ayam gepuk, nasi lemak dengan kari ayam. Sebelum ni I dah pernah minum Teh Ais Cincau so kali ni tukar kepada Kopi Putih Ais Cincau. Fariha ambil Iced white Coffee, adik lelaki I ambil Hot White Coffee. 

😐: Hampa pagi pagi dah minum ayaq ais?
😀: Aikkk mana ada, kat rumah tadi lepas mangkit tidoq aku minum ayaq suam dah


Tadaaaa ni semua makanan untuk makan pagi. Segan aih nak kata ni sarapan. Kitorang boleh makan berat pagi Merdeka tu sebab masa balik dari Ipoh tak makan apa pun. Minum air kelapa je untuk hilangkan panas badan. Beli air kelapa dah ada isi dia so tu je lah yang kitorang makan. 


Lepas rasa Nasi Lemak Oriental Kopi, I dah faham kenapa ramai yang sanggup beratur untuk makan dekat sini. Nasi lemak dia wangi santan, disokong dengan wangi daun pisang. Kalau nasi dia berbungkus, mungkin lagi semerbak bau dia. Sambal nasi lemak ni kena dengan tekak sebab tak manis tapi pedas. I tak suka sambal ada banyak bawang. 

Telur pula guna poached eggs, gedik goyang, bila pecahkan dapat tekstur creamy. Tapi tak semua orang suka. I okay je asalkan telur ayam. Telur mata kerbau, telur rebus masak, telur dadar, telur bistik semua lah I suka. Telur pindang dengan telur tembelang je tolak tepi. 


Kari ayam dia banyak, mungkin sebab dia bagi isi jugak lepastu kentang besar gedabak. Kalau ambil set ni memang jenuh nak habiskan. Kari dia jenis kari kopitiam yang masak jenis tak pecah minyak, tak macam kari dekat mamak. I mungkin akan order atau tak order dah menu Nasi Lemak dengan Kari Ayam sebab kari dia tak syok, ikan bilis dia pun keras. 


Sebelum ni I dah order Teh Ais Cincau and I fully locked in so this time nak try pulak Iced White Coffee dengan Cincau tapi a bit disappointed sebab rasa dia tak ngam. Lepas ni I memang minum Teh Ais Cincau je lah bila datang Oriental Kopi. 

Teh Ais dekat Oriental Kopi, Ali Muthu Ah Hock dengan Old Town memang selera I sebab teh dia guna susu segar. Bila minum tak terasa sangat bersusu tapi terasa pekat teh. Adik lelaki I tak suka sebab dia suka yang jenis bersusu krim susu tin tu. 


I nak rasa Mi Kari Oriental Kopi tapi sebaik saja gambar ni diambil, mi kari dia dah habis. I patut rasa dulu mi kari ni sebelum bagi adik lelaki I makan. Dia kata lebih kurang je macam dekat Kin Loong Valley tu tapi yang ni kureng sikit. Okay, noted. 


Ayam Gepuk Oriental Kopi sedappppp! Super love poached eggs makan dengan sambal ayam gepuk. Bayam goreng dia lagi sedap dari kubis goreng. Tak suka cara dia goreng tempe je sebab tak crispy bila dia potong tebal macam tu. Sambal dia tak pedas sangat so bila breakfast dengan Ayam Gepuk pun tak ada masalah. 



Lepas makan memang happy sebab semua yang I nak I dapat walaupun spoil sikit itu ini but that's okay. Lepas habis makan kitorang menikmati ketenangan Hari Merdeka di Dataran Merdeka. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.