Dah pergi meraikan peguam baru, dah dapat makan sedap, dah seronok menyembang dalam kereta dalam perjalanan pulang ke office tiba-tiba ditimpa kemalangan. Masa tu kitorang dekat lane tengah kemudian slow down sebab ada kereta Honda lama warna hijau cair masuk secara mengejut dari lane kiri ke lane kedua. Sebelum tu pun dah perasan dia tukar lane tanpa signal.
Sebab dia macam tu kitorang dah slow down sampai 50km/h dah pun. Dah brek mengejut juga sebab tak nak dekat sangat dengan kereta dia. Masa tu Atie dah terkejut sebab Aiesyah brek mengejut tapi Aiesyah tenangkan Atie sebab kereta kitorang jauh lagi dengan kereta depan. I tengok lane kanan memang melekat sebab sampai ke depan. I perasan ada lampu biru dari kereta polis so I tengah fikir dua kemungkinan lah, sama ada road block ataupun kemalangan.
Tak sempat nak toleh depan dah dengar Aiesyah brek mengejut lagi sekali tapi kali ni memang brek habis sebab dengar brek tu dia tekan sampai habis. Baru je semua orang dalam kereta lega tak berlanggar dengan kereta depan, 3 saat kemudian, kereta kitorang kena langgar dengan kereta belakang.
Kuat jugak lah hentaman tu sampai melantun yang dekat dalam. I sakit tengkuk, Atie sakit belakang sebab seat dia tak ada head rest. Kereta Honda lama warna hijau yang berhenti mengejut tu lari tanpa rasa bersalah.
Aiesyah: Wehhh kereta tu lari weh, kereta tu lari!
Ashikin: Takpe, kita pergi tepi dulu, kita pergi tepi. Slow slow.
Masa ni tawakal je lah kereta belakang pergi tepi jugak tapi nak tak nak dia kena follow lah kan sebab kereta dia pun dah barai.
Driver Honda: Kita sama-sama salah!
Kitorang macam ehhhh? Kau dah kenapa nak salahkan kitorang jugak padahal dia yang tak jaga jarak. Dekat belakang dia ada lori tapi sempat sangat nak elak dari berdentum. Kitorang pun sempat elak berdentum dengan kereta depan walaupun dia masuk mengejut lepastu berhenti.
Masa ni Teha dengan Ashikin yang aktif. Teha call IPD untuk minta bantuan dan guidance, Ashikin call HOD untuk maklumkan situasi kitorang. Aiesyah call kakak dia minta dashcam untuk buat police report. I dengan Atie menahan sakit. Sakit tu tak lah teruk sangat tapi mungkin kitorang terkejut terhentak dengan kereta belakang. Panas terik lagi dekat highway masa ni.
Tak lama lepastu ada kereta kancil datang park dekat depan kereta Aiesyah. Dekat belakang kereta dia ada sticker bulan sabit.
😟: Teha, tu PBSM ke?
😅: hahaha bukanlah kak
😟: aikkk habistu kenapa ada sticker bulan sabit?
😅: takkan lah medic kot.
Rupanya dia orang towing. Walkie talkie dia dah bising suruh ambil gambar kereta, gambar ic semua owner kereta. Tapi kitorang refuse guna towing sebab kereta boleh bergerak lagi, signal pun okay. Lepas kitorang ignore brader tu, dia patah balik pergi ke kereta pakai vest medic. I was like, kau ni ape? Lepastu dia datang cakap
'Kalau tak nak guna service towing kitorang takpe, tapi kalau accident lagi kitorang tak cover tau. Pandai-pandai lah urus.'
Kitorang macam haa okay bang. Lepas dia gerak, kitorang sepakat dengan aunty Honda tu untuk pergi ke IPD Kota Damansara. Teha volunteered untuk naik dengan aunty tu since dia tak nak kongsi salinan IC. I pun temankan Teha supaya tak ada apa-apa yang jadi lah. Buatnya dia maki Teha kat dalam tu kan, mana kita nak tahu.
Tapi I tak rasa I function sangat pun sebab tengkuk I makin sakit so kebanyakan masanya I biarkan Teha yang communicate dengan aunty tu. Masa drive pun dia busy on call dengan kenalan dia lepastu menyembang dengan co-driver dia. Bila tersalah jalan dia nak emo dengan kitorang pulak. I syak dia dah penat sebab diorang baru balik dari Cameron lepastu dah nak sampai rumah, kemalangan pulak. Dalam kereta diorang ada jagung dengan strawberry okay tapi bersepah lah sebab accident kan.
Bila dah sampai dekat IPD Kota Damansara, kitorang nampak lelaki India lambai tangan dekat aunty ni.
Teha: Ms, tu kenalan u ke?
Aunty: Tak lah, tu runner yang memang suka melepak dekat IPD. You jangan ingat kitorang sama kaum terus kitorang jadi immediate family.
Lahhhh, bukannya nak racist tapi mana lah kitorang tahu situasinya. Dah dia beria dok on call dengan lelaki masa drive, ingatkan husband dia dah sampai dulu ke apa sebab sebelum tu kitorang salah jalan. Dah sampai dekat IPD, Teha dengan Ashikin masuk dalam ambil borang untuk jumpa sarjan. Masa ni baru tahu kalau kemalangan kena ambil gambar batu berapa dekat tepi highway tu. I tengah sakit masa kemalangan tu memang ambil gambar gitu-gitu je.
Lepas dah isi butiran yang patut, Ashikin, Aiesyah dengan Teha masuk dalam balai untuk buat laporan. I dengan Atie rest dekat dalam kereta sebab sakit. Nasib baik ada neck pillow dalam kereta Aiesyah, kurang lah sikit sakitnya. Masa menunggu tu, satu satu kereta yang accident datang park dekat luar IPD.
'Kalau kita tak accident ni Ana, kita tak tahu pun yang setiap saat ada je orang accident.' - Atie
Haáh betul lah tu tapi kalau boleh tak nak lah accident, sakit wehhhh. Ini belum part repair kereta lagi. Walaupun tu bukan kereta I, murung jugak membayangkan duit yang keluar untuk repair. Kesian dekat Aiesyah lah sebab tak ada transport nak ulang-alik pergi kerja lepas accident ni.
Tak lama lepastu diorang masuk kereta balik sebab sarjan tu suruh semua pergi ke IPD Bukit Jelutong sebab kemalangan kitorang tak ada kecederaan dan IPD Kota Damansara tak cover kemalangan dekat highway.
Susah juga bila kemalangan ni sebab kita ni dah runsing kereta barai lepastu kena pulak pergi IPD sekian sekian untuk siapkan laporan. Kalau cedera, kena pergi klinik / hospital pula. Aiesyah pergi Bukit Jelutong sorang sebab tunang dia dah on the way ke sana, kitorang pula balik ke pejabat dengan Liyana.
Ashikin: By the way korang nak tahu tak?
Semua: Apa???
Ashikin: Tadi masa I call En Fendy, dia cakap takpe u guys settlekan dulu dekat IPD tu jumpa dengan sarjan. Pastu I macam hah? syafiq? En. Fendy kenal ke polis kat KD ni? Then En Fendy kata bukan syafiq, I cakap sarjan.
Aiesyah: Wehhh sarjan yang attend kita tadi tu nama dia syafiq!
Ashikin: Tu lahhhhh!





Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.