Habis je fashion show dekat KL Fashion Week 2026, kitorang pergi food court KLCC untuk makan malam. Ingatkan nak makan ayam gepuk dan minum teh tarik dekat Warung Prima Kunyit tapi dah tutup rupanya. Ganti dengan The Ayam Gepuk Shop.
Tapi okay lah sebab ayam gepuk jugak, dapat lah apa yang kitorang teringin nak makan tu. Masa nak order nampak dekat menu ada pilihan lauk lain jugak. I pilih sotong dengan ikan, Fariha ambil ayam goreng biasa. Kitorang tak pesan minuman pun sebab ada air Vida yang dapat dekat KLFW tu.
Set gepuk dekat sini memang ada nasi putih, sambal gepuk, tauhu, tempe, timun dan kubis goreng. Sambal dia boleh pilih tahap pedas yang mana lepastu boleh pilih nak sambal merah atau sambal hijau.
Dah pasang niat nak repeat dah sebab sotong celup tepung dia sedap tapi bila rasa sambal macam hmmm kenapaaaaa? I rasa dia ada masukkan kacang tanah juga dalam kisaran kacang tu sebab ada bau hapak kacang tanah. Ataupun kacang gajus dia guna dah hapak. Bau hapak pun habis jugak lah makan sebab lapar nyah.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.