Shah Alam, 7 September 2026 – Selepas mendapat sambutan menerusi musim pertama, Purina Felix Cat Fashion Week kembali tahun ini, dengan pentas yang lebih bergaya, lebih mencuit hati dan pastinya lebih banyak gelagat si bulus yang menghiburkan!
Membawakan tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda,” musim kedua menyaksikan 20 pasangan pemilik dan kucing kesayangan mereka mara ke peringkat Separuh Akhir selepas melalui sesi uji bakat secara dalam talian. Kini, kesemua pasangan bersaing untuk merebut tempat dalam kelompok 6 Terbaik sebelum meneruskan saingan ke pentas akhir bagi memburu gelaran Juara Purina Felix Cat Fashion Week.
Di pentas Separuh Akhir setiap meow-del tampil bergaya bersama pemilik masing-masing menerusi tema, pakaian dan aksesori yang mencerminkan karakter tersendiri. Dengan penyertaan daripada pelbagai baka seperti British Shorthair, American Longhair, Domestic Shorthair, Persian Mix, Maine Coon, Himalayan Persian, Tuxedo, Ragdoll, Semi Flat Face serta kucing kampung, memang banyak ragam dan gaya yang mencuri perhatian di pentas!
Daripada gaya comel dan santai hingga elegan, unik dan mencuit hati, setiap pasangan hadir dengan cara tersendiri untuk memikat perhatian juri. Bukan sekadar soal siapa paling bergaya, keserasian antara kucing dan pemilik, personaliti, kreativiti serta cara pemilik menyerlahkan keistimewaan si bulus turut menjadi antara aspek yang dinilai.
Bagi menentukan enam pasangan terbaik yang bakal mara ke pentas akhir, peserta diadili oleh tiga juri berpengalaman iaitu Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), doktor veterinar dengan kepakaran dalam penjagaan haiwan peliharaan kecil dan eksotik; Yuen Wai, wakil daripada The Federation International Feline (FIFe); dan Mark Adam, penyanyi, pelakon serta pencinta kucing.
Bagi Dr. Ima, kreativiti peserta perlu disertai dengan pemahaman terhadap keperluan dan keselesaan kucing, “Saya suka melihat kreativiti setiap peserta, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu pastikan kucing berada dalam keadaan selesa dan tidak tertekan. Gaya yang cantik akan menjadi lebih bermakna apabila pemilik benar-benar memahami keperluan kucing mereka,” katanya.
Yuen Wai pula bukan sahaja menilai chemistry antara kucing dan pemilik, malah turut memberi perhatian kepada aspek persiapan dan perapian kucing sepanjang sesi Separuh Akhir, “Bagi saya, bukan pakaian sahaja yang penting. Saya suka melihat chemistry antara kucing dan pemilik. Perapian kucing juga mencerminkan kasih sayang dan penjagaan pemilik. Kucing yang rapi dan yakin biasanya menunjukkan kucing dijaga dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Mark Adam menekankan keunikan personaliti setiap kucing serta hubungan mereka bersama pemilik. “Setiap kucing mempunyai personaliti yang berbeza. Ada yang sangat yakin, ada yang pemalu dan ada juga yang sangat aktif. Jadi, apa yang menarik ialah bagaimana pemilik dapat mengenali karakter mereka dan menunjukkannya melalui persembahan,” jelasnya.
Siapakah yang bakal menjadi Top 6 pilihan juri? Saksikan perjalanan mereka ke pentas akhir menerusi platform digital terlebih dahulu sebelum menemui penonton di kaca televisyen, seperti berikut:
Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.
Siapakah pula yang bakal dinobatkan sebagai Juara kali ini? Jangan lepaskan peluang menyaksikan perjalanan dan ragam para meow-del dalam merebut takhta super meow-del musim ini!
Senarai Top 20:
- Zandra Evans & Jannah
- Iffah Zahirah & Labu
- Norazizah Binti Abu Kasim & Lolalisa Braveheart
- Aiman Syazani & Seri Embun
- Muhammad Azeem Abd Aziz & Hugo
- Aidil Jalil & Sashimi Aryan Braveheart
- Noorlida Binti Abdul Rahman & Baim
- Kanmani A/P Adimoolom & Tony
- Siti Nur Sollehhah Mokhtar & Chiro
- Marliana Binti Mohd Zulkifli & Sabo D Alfonso
- Syazreen Irwina & Micco Al Farsy
- Nazzatul Farahidayah Mohd Nazziri & Rosemary Tomato
- Shaikh Mansoor & Leve Palestina
- Nurul Anis Aniza & Violet
- Fara Juliana & Mochi
- Liyana Roseli & Atan
- Nurliyana Zahari & YenYen
- Nur Diyana Ruslan & Abu Tausi
- Ahmad Fazwan & Athithy Amora
- Tuan Mochtar & Smol
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Purina Felix Cat Fashion Week, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok @TV3Malaysia.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.