Lunch di Thong Bowl, Publika

Tuesday, 15 September 2026


Lepas selesai di long call Laila, kitorang pergi makan dekat Thong Bowl, Publika. Ni pertama kali jejakkan kaki ke Publika. I baru tahu dekat sangat Publika dengan KL High Court. No wonder lah kalau I tanya lawyers atau chambees mesti cakap suka lepak Publika. 


Masa kitorang sampai ni semua meja dah penuh sebab tengah lunch hour kan. Gambar kat atas tu I ambik waktu balik sebab tu nampak kosong. Nasib baik ada satu meja kosong dekat luar. Panas sikit lah tapi ada kipas. Okay lah daripada kempunan. 


Kitorang order guna QR dekat display atas meja. Semua macam nak order teh ais besar gila tu tapi kitorang 5 orang je. Meja belakang yang 8 orang pun tak habis so simpan je lah hasrat tu. Atie dengan Teha order Sliced Beef Noodle with Braised Brisket and Beef Ball tapi kongsi. Minuman pun kongsi jugak sebab Atie ada bawa air kosong dalam tumbler. 

Ashikin order Shredded Chicken and Chicken ball Noodle, I order Creamy Tom Yum Mama Mee dengan Iced Green Tea with Three Bobas. Tiga jenis boba tu ada Kanten boba, Black boba dan mini crunchy boba. 


Panas macam ni I taknak makan daging sebab tu ambil seafood. Tom yum dia nampak pekat dalam gambar and yes, bila makan pun pekat jugak. Hirup kuah dia sebelum pecahkan telur dah seronok sebab pekat, cukup rasa, pedas lepastu bila pecahkan telur makin bertambah sedap sebab creamy. Campur dengan masam limau nipis pergghhhh berbaloi setiap ringgit yang dibayar. 

Masa makan ni masing-masing tak ambil kuah banyak sangat untuk rasa sebab semua kuah pun sedap. Lagipun satu mangkuk tu portion dia besar dan banyak. Teha dengan Atie yang berkongsi tu pun tak habiskan sampai licin pun. Ashikin apatah lagi, separuh dia bagi Teha makan jugak. 



Lepas ni kalau makan Thong Bowl lagi, nak order menu Sliced Beef Noodle with Braised Brisket and Beef Ball pulak sebab sedap masa rasa diorang punya. Isi daging dia lembut walaupun potongan brisket tu besar. I rasa dia slow cooked sebab daging dia mudah relai. 



Iced Green Tea dia pekat tapi I rasa mahal sebab ada boba tiga sekawan tu. Boba dia sedap je tapi mini crunchy boba tu banyak sangat sampai penat nak kunyah. Dah la dia banyak dalam cawan tu so bila air habis, I jadi tak puas sebab sekejap sangat dah habis. Lepas ni nak order tanpa boba pulak. 

Next time kalau nak pergi makan-makan dekat Thong Bowl kena bawak rombongan jemah baru seronok sebab boleh order Mega Signature Milk Tea tanpa membazir. Tapi macam cun jugak kan buat makan-makan company dekat Thong Bowl 😝

1 comment

  1. Haritu Beeha lepak dengan kawan-kawan kat sini jugak and order Mega signature Milk Tea. Puas hati! Share lima orang sampai sendat perut hahah

    Jemput join segmen Beeha, baru nak aktif semula berblogging. :) https://beehaazman19.blogspot.com/2026/09/segmen-mencari-blogger-aktif-2026.html

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.