2 JUTA UNDIAN, DUA MINGGU! “FAN POWER” AMT2026 MAKIN HEBAT! 2X GANDAAN UNDIAN HANYA HARI INI & ESOK!

Friday, 18 September 2026

Sokongan peminat terhadap Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026)  terus mendapat sambutan apabila jumlah undian yang direkodkan kini telah melepasi 2 juta undian, hanya dalam tempoh dua minggu selepas undian rasmi dibuka.

Lebih menarik, peminat kini berpeluang menikmati 2X Gandaan Undian menerusi pakej langganan Tonton yang ditawarkan terhad untuk dua hari sahaja, iaitu 18 dan 19 September 2026.

Menerusi tawaran khas ini, langganan pakej 3 bulan berharga RM28 yang sebelum ini memberikan 2,500 undian, kini menawarkan 5,000 undian. Manakala langganan pakej 12 bulan berharga RM108 pula memberikan 20,000 undian, berbanding jumlah asal sebanyak 10,000 undian.

Jadi, bagi peminat yang mahu memaksimumkan “Fan Power”, inilah masanya untuk menggandakan undian anda. Undian AMT2026 masih dibuka sehingga 8 Oktober 2026. 

Peminat boleh terus mengundi dan menyokong calon pilihan masing-masing menerusi laman undian AMT2026.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pilihan “Terhangat” tahun ini? Jawapannya akan diketahui pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung menerusi TV3 dan strim melalui Tonton.

#AMT2026

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.