Jalan-Jalan Ipoh | Kin Loong Valley

Thursday, 10 September 2026


Hari Ahad masa cuti Merdeka kitorang randomly decide nak pergi Ipoh balik hari sebab tak pernah pergi lagi walaupun kampung dekat Perak. Bila orang sembang pasal Ipoh, I macam blur sebab tak pernah pergi. Pukul 4.30 pagi kitorang gerak, solat subuh dekat R&R tapi terpaksa stop lama sebab ramai orang dekat semua tempat. 

Alhamdulillah sampai juga dekat Kin Loong Valley jam 8 pagi. Masa ni tak banyak kereta lagi tapi dekat bahagian luar restoran dah penuh jadi terpaksa duduk di dalam atau di bahagian tepi. Kitorang pilih dekat tepi sebab nak tengok view gua. 



Kin Loong Valley yang terkenal dengan White Coffee jadi wajib lah order kan? I ambik iced white coffee, Fariha ambil hot white coffee, adik lelaki I ambil iced teh tarik. Untuk makanan kitorang order toast, kaya toast dan mi kari. Lepas isi borang menu, kena pergi beratur dekat kaunter untuk buat bayaran dan hantar tempahan ke dapur. Panjang juga lah barisannya tapi nasib baik dia buka kaunter untuk yang nak bayar secara tunai. 

Lama juga lah nak tunggu semua makanan sampai sebab ramai orang. Sementara tunggu tu pergi jalan-jalan dekat mazzenine floor dia buat khas untuk tengok panorama dari atas. 

Toast dia dibakar lama untuk dapatkan rangup tu tapi I rasa macam makan biskut mayat dengan telur rebus. Mi kari dia sedap, pakai mi halus. White Coffee dia pekat dan rasa berlemak dari margerine. Beza kopi biasa dengan kopi putih ni, biji kopi dibakar dengan margerine supaya bau wangi dan rasa berlemak. Masa tengah minum tu rasa dia familiar sangat dengan Old Town White Coffee cuma yang ni lagi kaw dan wangi. 

Lepas habis makan kitorang jalan-jalan di sekitar Kin Loong Valley ni. Selain kedai makan, ada galeri, kedai serbaneka, reruai cenderamata, mainan arked, taman, surau dan tandas. Dekat bahagian tepi tu tak sempat nak pergi sebab lepas kitorang selesai makan dah penuh orang dekat situ. Galeri pun penuh, kiranya semua tempat penuh. 

Nak beli satu pek kopi dekat sini tapi takut yang instant ni rasa sama dengan Old Town jadi kami berlalu pergi ke checkpoint kedua. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.