Pengarah: Matthew Vaughn
Penulis Skrip: Ashley Edward Miller, Zack Stentz, Jane Goldman
Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Rose Byrne, January Jones, Oliver Platt, Kevin Bacon
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions, Dune Entertainment, Ingenious Film Partners
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 132 minit
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2011 (Ziegfeld Theatre), 01 Jun 2011 (United Kingdom), 03 Jun 2011 (United States)
Trailer:
Sebelum layan Avengers: Doomsday kena layan dunia X-Men juga dan beberapa watak X-Men pun pernah muncul dalam filem Marvel sebelum ni. Terbaru ialah watak Jean Grey dalam Spider-Man: Brand New Day (2026), Beast pernah muncul di The Marvels (2023) dan Wolverine secara eksklusif dalam Deadpool & Wolverine (2024). Lain-lain mungkin I tak ingat atau tak perasan. Semua filem X-Men ni dah pernah tengok tapi masa zaman sekolah so banyak watak dan kuasa mutan dah tak ingat, hence the rewatch.
Filem bermula dengan babak di kem Nazi, di Auschwitz di mana pegawai Klaus Schmidt menyaksikan pergelutan tentera dengan Erik Lehnsherr (Bill Milner) hingga mampu mengawal pergerakan besi. Schmidt (Kevin Bacon) minta Erik gerakkan wang syiling di atas meja namun dia enggan hingga menyebabkan ibunya dibunuh. Kerana marah, kuasa dia berganda lalu Erik menjadi senjata Schmidt sejak kejadian tersebut.
Dalam masa yang sama, di Westchester County, New York, telepath bernama Charles Xavier (Laurence Belcher) bertemu dengan Raven (Morgan Lily) yang mempunyai kuasa berubah bentuk. Charles jemput Raven tinggal di situ sebagai adik perempuannya. Mereka membesar bersama sehingga lah pada tahun 1962, Charles Xavier (James McAvoy) dan Raven (Jennifer Lawrence) bertemu dengan Erik (Michael Fassbender) dalam sebuah misi.
Pegawai CIA, Moira MacTaggert (Rose Byrne) mengekori Kolonel Hendry (Glenn Morshower) di Hellfire Club lalu mendapat tahu kewujudan Emma Frost (January Jones) yang boleh berubah menjadi Kristal dan mempunyai kuasa telepati. Emma bersama Azazel (Jason Flemyng), makhluk teleporter dan Riptide (Álex González) yang mampu menghasilkan putting beliung. Mereka bertiga bekerja dengan Schmidt atau dikenali sebagai Sebastian Shaw.
Gerun dengan apa yang dilihat, Ejen Moira dan ejen CIA minta Charles Xavier juga Raven untuk bekerja dalam Division X. Di sana, mereka bertemu dengan Hank McCoy (Nicholas Hoult), saintis bijak yang mencipta Cerebro untuk menjejak mutan lain sebelum mencari strategi menghalang Schmidt dan pasukannya yang ingin menghapuskan manusia dan cipta dunia untuk mutan.
Filem X-Men: The First Class merupakan prekuel kepada X-Men (2000) di mana pengarah Matthew Vaughn menceritakan bagaimana Charles Xavier atau Profesor X pernah menjadi sahabat akrab dengan Erik / Magneto dan bagaimana terbentuknya X-Men.
Konflik yang dimasukkan dalam filem X-Men: The First Class sebenarnya ringkas bila Division X ingin menghalang keinginan Sebastian namun pendekatan yang dipilih antara Erik dan Charles berbeza. Konflik antara mutan pula bertembung dengan Cuban Missile Crisis yang berlaku pada tahun 1962 di mana Presiden John F. Kennedy ingin menghalang tentera Soviet dari melancarkan perang nuklear.
Mood filem X-Men: The First Class agak tegang dan serius gara-gara konflik negara yang dimasukkan kerana hampir menyebabkan Perang Dunia Ketiga. Berbeza dengan filem superhero yang lain, yang hanya mengetengahkan konflik peribadi semata.
Lakonan James McAvoy sebagai Prof Charles Xavier tinggalkan impak yang kuat since the first time I’ve watched this movie. For me, he’s the best Prof Charles. Mungkin juga sebab dapat tengok pelbagai emosi yang dipamerkan sebelum dia menjadi seorang yang tenang dan mendiamkan diri dalam filem X-Men yang mendatang.
Dinamik James bersama Michael mencipta dinamik yang kuat lantas meyakinkan persahabatan mereka berdua sejak Division X. Dialog yang dimasukkan dari barisan penulis menguatkan lagi watak juga mengukuhkan penceritaan yang dihidangkan untuk dunia yang dikongsi bersama manusia dan mutan.
Professor Charles Xavier: Erik, you said yourself we're the better men. This is the time to prove it. There are thousands of men on those ships. Good, honest, innocent men! They're just following orders.
Erik Lehnsherr: I've been at the mercy of men just following orders. Never again.
Jennifer Lawrence sebagai Mystique juga meninggalkan impak dan menguatkan juga emosi sebagai mutan yang tak mempunyai rupa manusia. Tak pasti dia pinjam fizikal siapa tapi Jennifer tonjolkan sisi naif Raven yang keliru dan perlukan kasih sayang lelaki. Dia harapkan lebih dari Charles, cuba menggoda Hank tapi terkesan dengan kata-kata Erik. Walaupun Charles hebat sebagai telepath tapi dia tak pandai pun berbual secara sihat tanpa perlu masuk ke minda orang lain.
'You want society to accept you, but you can't even accept yourself.' - Erik Lehnsherr
Sinematografi dari John Mathieson buatkan dunia mutan nampak mengagumkan. Seronok tengok Mystique bertukar bentuk walaupun seram tengok bila dia bertukar ke bentuk asal. Penggunaan props, wardrobe dan gaya hidup juga mengikut latar masa 60-an dan latar masyarakat yang baru sahaja ingin pulih pasca perang. Diskriminasi terhadap wanita juga masih lagi menebal dan dipaparkan oleh Ejen Moira. Walaupun Ejen Moira diperlekehkan di hujung cerita tapi I pun mengekek juga bila dia cuma ingat satu part sahaja. It's real yet funny.
Dalam filem X-Men: First Class je ada watak Riptide, Azazel, Angel (Zoe Kravitz), Banshee dan Havok (Lucas Till). Watak Havok lah hilang terus dalam dunia X-Men bila adik dia, Cyclops muncul. Sedih sebenarnya tak boleh tengok Lucas dah lepas muncul sebagai crush Hannah dalam Hannah Montana: The Movie (2009). Dari softie jadi alpha dalam filem X-Men: First Class ni.
Lucas juga yang muncul dalam MV You Belong with Me - Taylor Swift. Dalam filem ni memang kumpul ramai Hollywood stars, sebab tu juga seronok tengok balik.
Masa nampak watak antagonis Klaus Schmidt pada tahun 40-an, ingatkan orang yang sama dengan Johaan Schmidt dalam filem Captain America: The First Avengers (2011) sebab sama kejam dan tentera Nazi. Keliru awal tu sebab dua-dua pakai Schmidt je rupanya bukan. Dua watak yang berbeza, selain dari nama, seorang lagi manusia dan seorang lagi mutan.
Hadiah dari KGB Rusia kepada Schmidt dalam filem ni lah yang jadi topi ikonik Magneto dalam semua kemunculan di franchise X-Men.
Hopefully Marvel Entertainment akan buat web siri untuk dunia X-Men pulak sebab tak puas tengok semua mutan dalam X-Men.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.