Movie Review | Jangan Buang Ibu (2026)

Sunday, 29 November 2026


Pengarah: Hadrah Daeng Ratu
Penulis Skrip: Widya Arifianti, Hadrah Daeng Ratu
Pelakon: Nirina Zubir, Refal Hady, Amanda Manopo, Saputra Kori, Basmalah Gralind, Dwi Sasono, Fadly Faisal, Erika Carlina, Saskia Chadwick, Nunung, Ingrid Widjanarko, Mpok Atiek, Dewi Pakis, Diaz Ardiawan, Mira Desiana
Syarikat Produksi: Leo Pictures   
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 119 minit
Tarikh Tayangan: 25 Jun 2026   
Trailer:


‘1 ibu bisa mengurus 3 anak, tetapi 3 anak tidak bisa mengurus 1 ibu.’ - Ristina

Filem Jangan Buang Ibu diadaptasikan dari novel Jangan Buang Ibu, Nak karya nukilan Wahyu Derapriyangga yang diterbitkan pada tahun 2014. Dari tajuk pun dah boleh dijangka perjalanan ceritanya banyak berkisar tentang si ibu (Nirina Zubir). 


Kisah Ristiana membesarkan anak-anaknya diceritakan bersilih ganti antara masa sekarang dengan masa lalu kerana watak utama bercerita kepada cucunya, Marsha (Basmalah Gralind). Bila naskhah menggunakan genre drama, dah faham lah akan ada banyak kisah yang menyentuh hati seperti Ristiana yang dapat tahu Ridho (Dwi Sasono) curang ketika dia mengandungkan anak bongsu. 

Tak ada rasa bersalah langsung suami dia minta untuk mengalah sebab kena sara isteri lagi seorang yang sedang hamil. Dalam sekelip mata mereka bertiga perlu cari rumah baru dan ikhtiar untuk mencari pendapatan untuk menyara empat orang. 


Kalau ikutkan, babak-babak awal memang sedih tapi banyak keputusan Ristiana yang buatkan I rasa dia patut akur dengan keputusan anak-anak terutamanya Tama (Refal Hady). Sekiranya filem Jangan Buang Ibu dibikin pada tahun 90-an, mungkin sentimen yang dimasukkan akan terasa mencengkam. Malangnya, pengarah cuma bergantung kepada emosi semata untuk menjual naskhah bertemakan si ibu. 


Tak sepatutnya pengarah fokus dengan stigma meletakkan orang tua di rumah orang tua yang lengkap dengan fasiliti dan jagaan penuh dari team medik adalah kerana anak tidak sayang pada ibu. Berulang kali Tama bagitahu yang dia tak mampu jaga Ristina di rumah bila dia sibuk dengan kerja sampai pulang lewat malam. Sama juga dengan isteri dan anaknya yang masih lagi bersekolah. 


Anak kedua Ristina, Dewi (Amanda Manopo) pula ada ruang di rumah tapi dia pun dah tak menang tangan jaga anak yang kecil dan juga ibu mertua yang menghidap strok. Anak ketiga, Tria (Saputra Kori) pula bekerja di kilang dan perlu beri perhatian pada isteri yang tengah sarat mengandung. Logiknya, keputusan Tama adalah tepat dengan meletakkan ibu dia di rumah orang tua dan ditanggung sepenuhnya oleh Tama. 


Mungkin pengarah sengaja letakkan Tama sebagai watak antagonis dalam filem Jangan Buang Ibu tapi perjalanan Tama sebagai anak sulung juga tak seharusnya dipandang enteng. Kalau bukan sebab Ristina yang biarkan bekas suami tidur bermalam, rumah mereka tak akan digadai. Kalau bukan sebab Ristina terlebih manjakan Tria, duit dia tak akan dicuri oleh anak sendiri. Bak kata Dewi, kalau Ristina kesian dengan Tria sebab dia tak dapat merasa kasih sayang ayah, Tama dan Dewi pun tak merasa. 


Boleh faham sangat kenapa Tama berasa canggung dengan Ristina dan tak letakkan ibu dia sebagai fokus utama selepas mempunyai keluarga sendiri. Mungkin ramai yang sedih sebab personaliti dan karakter si ibu lemah lembut dan banyak beralah tapi yang banyak menjaga keluarga adalah Tama. 

Sama seperti ketika muda, keputusan yang dilakukan oleh Ristina menjerat diri dia sendiri bila dia tak mahu buat rawatan susulan padahal kawan dia dah tegur ada yang tak kena. Prostetik yang digunakan untuk buatkan Nirina Zubir kelihatan tua agak tebal sampaikan dia tak mampu tonjolkan ekspresi setepat perasaan yang dirasai. 


Penulis masukkan babak Dewi tantrum bila nak berkahwin sebab ayah dia tak ada untuk jadi wali tapi benda tu macam merepek. Tak sepatutnya pun jadi isu besar sebab dia ada Tama dan Tria sebagai wali. Mungkin dia tengah cold feet tapi kalau jadi Tama masa tu, dah kena lempang. Balik kerja penat-penat, nak kena hadap tantrum adik pulak. 


Walaupun banyak kelemahannya, pujian harus diberikan pada Nirina Zubir sebagai Ristina muda dan Jared Ali sebagai Tama kecil. Hubungan ibu dan anak pada separuh masa pertama Jangan Buang Ibu terlihat menjadi dan saling mendukung. Ruang yang kecil dan tempat yang serba kekurangan pun terasa cukup bila hidup bersama yang tersayang. Malangnya, tak lama kemudian Tama kerap dikecewakan sampai dia tak mampu lagi sorok perasaan tu.


‘Menurut orang tuaku, keluarga itu artinya keluar dari raga.Jadi, waktu anak kita lahir, anak kita itu keluar dari raga ibunya. Waktu anak kita menikah, itu artinya, keluar dari rumah keluarganya. Tapi rumah ibu ini akan sentiasa terbuka.’ - Ristina 

Tak pasti novel Jangan Buang Ibu, Nak sama dengan penceritaan dalam filem atau tidak sebab I tak baca karya asal tapi Hadrah Daeng Ratu gagal buatkan I merasa sedih dengan pengorbanan yang dicanang kepada Marsha. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.