Pengarah: Michael Showalter
Penulis Skrip: Nick Antosca
Pelakon: Anne Hathaway, Dakota Johnson, Josh Hartnett, Ismael Cruz Córdova, Brady Wagner
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, Eat the Cat, Semi-Formal Productions, Shiny Penny, Somewhere Pictures, Heartbones Entertainment
Pengedar: Amazon MGM Studios (Amerika Syarikat, Kanada), Sony Pictures Releasing International (Antarabangsa)
Genre: Psikologi / Thriller
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 24 September 2026 (Curzon Mayfair), 2 Oktober 2026 (Amerika Syarikat)
Trailer:
Lowen Ashleigh (Dakota Johnson) merupakan seorang penulis buku yang tinggal di New York dan baru sahaja kematian ibunya kerana kanser. Dalam perjalanan ke mesyuarat bersama penerbit buku terkenal, dia menyaksikan kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat. Kerana badan dia dipenuhi dengan darah mangsa, Jeremy Crawford (Josh Hartnett) tolong Lowen bersihkan diri dan salin pakaian di tandas hotel.
Tak sangka pula Lowen kemudiannya bertemu dengan Jeremy dalam mesyuarat bersama Hachette. Editor senior, Amanda Thomas (K.K. Moggie) bersama peguamnya, Barron Stephen tawarkan $75,000 dollar kepada Lowen sekiranya dia berminat untuk menjadi ghost writer kepada Verity Crawford (Anne Hathaway), penulis buku terkenal untuk genre seram psikologi.
Verity mengalami kemalangan hingga menyebabkan dia hilang semangat untuk hidup. Sepanjang masa dia dijaga oleh jururawat bernama Anna (Irina Dvorovenko), bergerak menggunakan kerusi roda dan tidur menggunakan katil hospital.
Lowen menetap di kediaman Crawford di Vermont sepanjang menyiapkan manuskrip kepunyaan Verity. Namun sesuatu yang mengerikan pada autobiografi yang ditulis oleh penulis terkenal tersebut. Imej yang dipamerkan di hadapan kamera ternyata jauh berbeza dengan realiti sebenar. Rasa kasihan dengan Jeremy buatkan Lowen semakin intim dan ingin rampas semua yang dimiliki oleh Verity.
Filem Verity arahan Michael Showalter merupakan adaptasi kepada novel dengan judul sama hasil nukilan Colleen Hover yang diterbitkan pada tahun 2018. Penceritaan dalam novel dan filem ada beberapa perbezaan ketara tapi masih mengekalkan premis juga persoalan yang sama.
Tak jauh beza vibe filem Verity dengan The Housemaid (2025) yang menggunakan genre sama dan juga masukkan pelakon yang terkenal dengan intimate scenes. Kalau The Housemaid ada Sydney Sweeney, Verity pula tampilkan Dakota Johnson yang popular dengan franchise 50 Shades of Grey (2015).
Kedua-dua watak yang dipaparkan juga mempunyai latar belakang dan masalah yang sama, hidup dalam kelas bawah juga terbeban dengan hutang. Jalan keluar yang dirasakan wajar adalah dengan menjadi penyondol. Tak ambil masa yang lama pun untuk si suami jatuh cinta dengan penyondol sebab kedua-dua pun memang tengah mencari pengganti.
Filem Verity gagal menjadi naskhah psikologi thriller yang menarik bila pengarah lebih beri fokus pada genre erotik. Makin melemahkan cerita bila Dakota tenggelam sebagai penyondol. Mungkin sebab dia tak keluar dari kepompong Anastasia. Lakonan yang sama, tona suara yang sama, gaya rambut yang sama dan ekspresi yang sama. Babak saspens dan thriller pun tak menjadi sebab dia tak mampu nak deliver.
Kekuatan Verity terletak pada lakonan Anne Hathaway yang mempunyai dua sisi berbeza. Dia mungkin berjaya tarik minat penonton untuk tahu Verity sebenar di pihak yang mana. Manuskrip atau dalam surat.
Sayangnya olahan pengarah tak mampu hidupkan kekeliruan dan misteri dalam keluarga Crawford. Aura dia yang menggoda pun lebih kuat dari Dakota, screen presence dia pun lebih kuat. Bila Anne dengan Dakota dalam skrin yang sama, memang tenggelam terus Dakota which is not good since she needs to play the innocent antagonist character.
Bila tengok second half, dengan mudahnya nampak Verity di pihak yang mana. Mungkin sebab kita tengok Verity dari apa yang diketahui oleh Lowen sedangkan Lowen dipengaruhi oleh nafsu seksual terhadap Jeremy dan hasrat untuk menjadi penyondol. Dalam bahasa mudah, Lowen adalah parasit masyarakat. Tak mampu berusaha sendiri tapi lebih selesa ambil kehidupan orang lain.
I okay je kalau dia hadir sebagai orang ketiga dan bagi kita banyak alasan yang munasabah untuk selamatkan Josh dan Crew dari Verity tapi dari awal pun dah nampak niat jahat dia. Dari reaksi Anna pun dah jelas yang dia tak suka dengan Lowen.
Baca review yang dah baca novel dan tengok filem Verity, ramai lagi suka dengan novel sebab perasaan dan personaliti Verity diceritakan secara mendalam sampai susah untuk pembaca pilih manuskrip atau surat.
Walaupun filem Verity ni kurang memuaskan tapi okay lah untuk tontonan santai. Plus, ada Brady Wagner yang comel sebagai anak kepada Jeremy dan Verity. Pandai lah casting director cari pelakon kanak-kanak ni sebab muka dia ada iras Anne dengan Josh.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.