Movie Review | The Thieves (2012)

Tuesday 31 August 2021

Director : Choi Dong-hoon

Writer : Choi Dong-hoon, Lee Ki-cheol

Cast : Kim Yoon-seok, Lee Jung-jae, Kim Hye-soo, Jun Ji-hyun, Kim Soo-hyun, Simon Yam, Angelica Lee, Oh Dal-su, Yeh Soo-jung

Production Company : Showbox/Mediaplex, Legendary Entertainment International (LEI), CJ E&M Film Financing & Investment Entertainment & Comics

Distributor : Netflix

Genre :  Heist / Drama / Action

Running Time : 136 minutes

Release Date : 25 July 2012

Trailer :


Lepas 8 tahun bawa haluan masing-masing, Popeye (Lee Jung-jae) buat tawaran untuk bergabung dengan Macau Park (Kim Yoon-seok) yang menetap di Hong Kong, China. Awalnya Macau enggan bekerja dengan Pepsee (Kim Hye-soo) gara-gara sejarah lama tapi tak ada yang pakar buka peti besi selain dia. Walaupun team Macau ada Julie (Angelica Lee) tapi mereka perlukan dua orang pakar dalam rancangan kali ni. 

Yenicall (Jun Ji-hyun), Zampano (Kim Soo-hyun) dan Chewing Gum (Kim Hae-sook) adalah team Popeye manakala Chen (Simon Yam), Jonny (Derek Tsang) dan Andrew (Oh Dal-su) pula bergabung dengan Macau Park. Mereka semua dibahagikan watak dan tugas masing-masing dalam rompakan rantai permata Tear of the Sun yang dijaga oleh Tiffany (Yeh Soo-jung). Rantai ni disembunyikan di dalam peti besi yang terletak dalam bilik Tiffany di sebuah kasino mewah di Macau. 

Chen dan Chewing Gum akan menyamar sebagai pasangan suami isteri dari Jepun dan alihkan perhatian Tiffany sepanjang hari di bilik VIP sementara yang lain berpecah ke bilik Tiffany dan kawal bilik keselamatan. Chen, Jonny dan Andrew sangsi dengan Macau Park lalu ubah plan untuk merompak wang tunai Tiffany pada hari kejadian nanti. Yang lain masih lagi stick dengan rancangan asal. 

Walaupun team Popeye dengan Macau Park ni selalu terlibat dengan rompakan emas, barang artifak dan wang tunai tapi kesemua mereka hidup serba miskin atau papa kedana. Hasil rompakan ambil masa bertahun lamanya untuk ditukar sebagai aset. Sama juga keadaannya dengan rantai permata Tear of the Sun ni bila mereka memerlukan fence list untuk dijualkan. Ikutkan rancangan akan dijual kepada Wei Hong (Ki Gook-seo) tapi jarang lah ada yang hidup lepas berjumpa dengan crime lord tersebut. 

Jalan cerita The Thieves ni tak ambil masa yang lama pun untuk sampai ke hari rompakan tersebut dan penulis tak bazirkan masa untuk perkenalkan semua watak yang wujud. Buat apa nak kenal pun sebab berkisarkan kehidupan penyangak dan masing-masing memang pilih jalan tu tanpa rasa bersalah. 

Cuma yang serabutnya bila ada ramai watak ni tak semua pelakon dapat screentime yang banyak dan ada beberapa scene yang nampak too crowded. Ada juga scene yang try hard dan draggy macam scene Andrew yang menggelupur dekat dalam bilik VIP. Nasib baik momentum naik kembali bila pengarah segera kembali ke plot utama. 

Uniknya penceritaan The thieves ni bila elemen saspen hadir pada konflik dalaman antara kesemua watak yang setuju untuk bergabung dalam rompakan ni. Bukan polis atau orang luar yang pecah-belahkan mereka tapi mereka sendiri yang terbiasa dengan kehidupan pencuri sampaikan susah untuk hidup berlandaskan kompas moral asas seperti setia ataupun jujur. Susah nak predict siapa yang akan bergabung dengan siapa atau siapa yang akan khianat siapa. Kepercayaan sebenarnya benda paling bernilai dalam naskhah ni berbanding barang rompakan. 

Visual dan sinematografi dari Choi Young-hwan menambahkan impak pada screenplay dengan props dan set yang realistik. Sama ada panorama mahupun close up shots, scene tersebut jelas meninggalkan impak dengan koreografi action stunt yang kemas, menggoda lantas menaikkan adrenalin. Tak hairanlah kenapa naskhah karya Choi Dong-hoon berjaya di box office sebagai blockbusters pada tahun 2012 dan menempa nama di beberapa buah negara Asia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

Movie Review | John Tucker Must Die

Director : Betty Thomas

Writer : Jeff Lowell

Cast : Jesse Metcalfe, Brittany Snow, Ashanti, Sophia Bush, Arielle Kebbel, Jenny McCarthy

Production Company : Landscape Productions, Dune Entertainment, Major Studio Partners, John US Productions

Distributor : 20th Century Fox

Genre : Teen / Romantic / Comedy

Running Time : 89 minutes

Release Date : 28 July 2006

Trailer :


Bila ada Netflix ni yang syoknya bila ada access movie legend genre teen rom-com macam John Tucker Must Die ni. Bukan senang nak cari movie lama dengan good quality. Nak high quality tu macam impossible haha. Since movie arahan Betty Thomas ni berlatarkan high school dan diterbitkan pada tahun 2006 jadi kita guna konsep Netflix and chill je lah. 

Kate Spencer (Brittany Snow) adalah the invisible girl dekat high school yang penuh dengan hot girls dan sentiasa mencari perhatian watak utama cerita ni, John Tucker (Jesse Metcalfe). Kate membesar dalam persekitaran yang tak sihat bila mak dia, Lori Spencer (Jenny McCarthy) selalu bawa lelaki yang berpotensi untuk jadi ayah balik ke rumah. Boleh kata setiap hari adalah lelaki yang berbeza sampai dia rasa tak perlu pun untuk tahu siapa nama yang bertandang. 

Masa Kate bekerja separuh masa di sebuah restoran, dia selalu ternampak John Tucker datang dengan perempuan yang berbeza. Dari bersangka baik terhadap John berubah kepada perspektif buruk dan rahsia tersebut hanya diketahui oleh dia seorang. Modus operandi John mudah bila dia date dengan perempuan dengan berbeza geng atau kelab dan bagi alasan dia perlu rahsiakan hubungan cinta sebab nak fokus dengan basketball. 

‘Okay, let me guess. Does he always use pet names like "Baby" and "Sweetheart?" Yeah, it's not out of affection, it's so he won't mix up your names. And he's all about an unspoken bond or something special, but never about a relationship. And the whole arrangement was your idea, so you feel guilty that he cheated.’ – Kate Spencer

Rahsia John Tucker terbongkar bila guru P.E jatuh sakit dan beberapa kelas terpaksa digabungkan disebabkan kekurangan manpower. Kate kumpul Heather Montgomery (Ashanti), Beth McIntyre (Sophia Bush) dan Carrie Schaeffer (Arielle Kebbel) untuk rancang supaya imej John Tucker sebagai pelajar popular tercalar. Malangnya plan mereka sentiasa gagal sampai diorang come up dengan plan untuk hantar Kate untuk patahkan hati John. 

‘It's always all about me. John! John! John!’ - John Tucker

Jalan cerita classic cult ni kelakar dengan first half terarah kepada watak John Tucker yang bercinta dan second half terarah kepada strategi keempat watak perempuan untuk jatuhkan dia. Kelemahan pada movie ni mungkin pada watak John Tucker tu sendiri sebab less charming? I tak tahu macam mana hot girl macam Ashanti boleh digambarkan angau dengan kata-kata manis watak John Tucker. Chad Michael Murray, Ryan Phillippe, Channing Tatum nampak lebih meyakinkan dalam watak tu. Mungkin bajet rendah kot masa tu.  

Anyway I suka dengan watak Scott Tucker (Penn Badgley) yang jatuh cinta dengan Kate dan jauh berbeza karakter dengan abang dia. I wish he had more scenes in this movie sebab watak dia related dengan watak Kate. At some point skrip nampak lemah dan longgar bila penulis atau pengarah keliru dengan watak  Scott. Nak dijadikan watak penting ataupun cameo sahaja? 

Music soundtrack dalam movie ni kinda cool sebab ada lagu Promiscuous – Nelly Furtado. One of my fav song from that era. Wardrobe, makeup, props are eye candy for the visual spectrum. Tak sangka set bilik tidur Kate dengan pantai tu hasil visual effects je sebab nampak real. 

All in all, sesantai mana movie teen rom-com ni sesantai tu juga lah lakonan kesemua barisan pelakon yang ada. Scene kesemua watak utama atas stage baling cake tu agak canggung tanpa hulu tuju tapi pengarah nak end it in fun way so they did. I have fun watching so it's okay. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 5.8/10

Movie Review | Pizza 3D (2014)

Director : Akshay Akkineni

Writer : Karthik Subbaraj, Akshay Akkineni

Cast : Akshay Oberoi, Parvathy Omanakuttan, Arunoday Singh, Dipannita Sharma, Sonali Sachdev

Production Company : Getaway Films, UTV Spotboy

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Horror

Running Time : 107 minutes

Release Date : 18 July 2014

Trailer :


Movie Tamil berjudul Pizza adalah movie debut arahan Karthik Subbaraj pada tahun 2012 kemudiannya dibawa ke industry Bollywood untuk official remake dibawah arahan Akshay Akkineni. Mengisahkan tentang pizza delivery guy, Kunal Malkholkar (Akshay Oberoi) yang resah akan diganggu oleh hantu ketika bekerja gara-gara isterinya Nikita (Parvathy Omanakuttan) adalah penulis cerita seram. 

‘Kunal, every fear has its moment. And your moment is waiting.’ – Nikita


Walaupun Kunal tak percaya dengan hantu tapi dekorasi rumah, cerita seram yang Nikita tonton setiap hari dan cerita-cerita seram yang diceritakan buatkan dia jadi lemah semangat. Makin bertambah cuak bila Nikita bagitahu setiap orang akan mengalami pengalaman seram tersebut sekali dalam seumur hidup. Lepas dia nampak isteri boss dia (Sonali Sachdev) dirasuk oleh roh Anjali, dia mula kusut kenapa perempuan tersebut pandang tajam bila ditanya apa yang Anjali mahu. 

Bila dia ceritakan pada rakan sekerja yang lain, mereka tak ambil pusing sangat sebab dah lama Mr. Kapoor (Rajesh Sharma) sorokkan hal ni. Boss dan isteri dia dah lama cari jalan untuk dapatkan anak tapi bila dah mengandung, roh Anjali pula selalu mengganggu. Semua kuil yang ada sudah pergi untuk minta bantuan halau roh tersebut. 

Satu hari Kunal dapat pesanan special pizza untuk dihantar ke banglo besar. Sesampai di sana dia menunggu tuan rumah yang sarat mengandung (Dipannita Sharma) ambil duit di bilik. Ralit menonton lagu ‘Run D.K Bose’ sampai dia tak perasan tuan rumah tersebut bertukar menjadi hantu. Nak lari keluar rumah tak dapat, nak minta bantuan pula tak ada siapa dapat dengar suara dia. Macam mana Kunal nak keluar dari rumah berpuaka tersebut kena layan movie seram ni dekat Netflix lah. 

Dah lama nak tengok movie ni sebab susah nak cari bila production house Getaway Films dan UTV Spotboy tak buat marketing beria dekat negara luar. Excited teruk bila tengok ada ditayangkan dekat Netflix. Jalan cerita dia unik dan segar sebab belum pernah ada cerita bila delivery guy terpaksa hantar order dekat rumah berhantu. Selalunya nampak orang cari entiti ni tapi dalam cerita ni entity tersebut yang memanggil. 

Siapa yang lemah semangat memang tak boleh layan movie Pizza 3D ni sebab gangguan dia berterusan sampai watak Kunal tu dah jadi murung. Lakonan dia pun memainkan peranan sebab ekspresi muka dia on point. Macam scene Kunal jumpa dengan isteri boss dia yang dirasuk ataupun scene dia cuba pecahkan tingkap kaca dengan kayu baseball tapi patah dan hancur. Saspen gila sepanjang Kunal ada di rumah banglo tu. 

Props team buat yang terbaik dengan menghidupkan 3 latar tempat utama iaitu rumah Kunal, kedai pizza dan rumah banglo yang berhantu. Transition dan lighting juga membantu menambahkan mood seram pada beberapa scene. Makeup untuk watak-watak hantu tak keterlaluan dan nampak realistik, sesuai dengan keadaan mereka sama ada dirasuk ataupun dibunuh. 

Music score digubah oleh komposer Mikey McCleary, kacukan New Zealand dan India so sebab tu lah ada beberapa track yang menggunakan genre rock dan rancak. Lagu Theher Ja diadun dengan genre jazz dan mempunyai elemen seram setiap kali dimainkan sebagai ringtone handphone tuan rumah banglo berhantu. 


Pizza 3D adalah naskhah yang sarat dengan elemen seram dan jalan cerita yang menarik ditambah pula bila muncul plot twist mengejutkan di hujung cerita. Recommended to watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Movie Review | Sweet Girl (2021)

Director : Brian Andrew Mendoza

Writer : Philip Eisner, Gregg Hurwitz

Cast : Jason Momoa, Isabela Merced, Manuel Garcia-Rulfo, Adria Arjona, Raza Jaffrey, Justin Bartha, Lex Scott Davis, Michael Raymond-James, Amy Brenneman

Production Company : ASAP Entertainment, Pride of Gypsies

Distributor : Netflix

Genre : Action / Thriller

Running Time : 110 minutes

Release Date : 20 August 2021 (United States)

Trailer :


Bagai rendah gunung tinggi harapan Ray Cooper (Jason Momoa) bila BioPrime jumpa ubat baru untuk merawat kanser yang dah bertahun dihidap oleh isterinya, Amanda Cooper (Adria Arjona). Malangnya beberapa hari sebelum tiba hari dijanjikan, doktor bawa berita sedih bila CEO BioPrime, Simon Keeley (Justin Bartha) tunda pembuatan ubat tersebut. 

‘If my wife dies, it is your death sentence. I will hunt you down and kill you with my bare hands.’ – Ray Cooper

Tak lama lepas isteri dia meninggal, Ray Cooper setuju untuk berjumpa dengan wartawan Martin Bennet (Nelson Franklin) dari VICE untuk bertukar maklumat tentang kegiatan haram BioPrime. Belum sempat yakinkan Ray, hitman datang untuk bunuh Martin supaya rahsia hitam BioPrime tak didedahkan pada pihak media. Selepas kejadian tersebut bermulalah pemburuan Ray Cooper terhadap orang atasan BioPrime. 

Dalam diam anak tunggalnya, Rachel Cooper (Isabela Merced) cuba minta bantuan dari pegawai FBI, Sarah Meeker (Lex Scott Davis) melalui burner phone supaya keadaan tak menjadi lebih teruk. 

Jalan cerita Sweet Girl agak perlahan dan konsep balas dendam yang predictable dan template tipikal seperti naskhah dengan tema yang sama. Bahagian yang menarik cuma pada plot twist di hujung cerita, sesuai dengan tajuk movie arahan Brian Andrew Mendoza yang mendapat tayangan rasmi di bawah Netflix Originals. 

Rasanya ni pertama kali tengok Jason Momoa berlakon sebagai watak utama tapi tak lah meninggalkan impak sepanjang 100 minit Sweet Girl ditayangkan. Lakonan Isabela Merced lebih menyerlah dan cemerlang dalam screentime baik solo mahupun berkongsi dengan watak lain. Tak hairan juga kalau dia yang mencuri tumpuan sebab dia peneraju utama movie Dora The Explorer (2020). 

Expectation untuk movie Sweet Girl di bawah syarikat produksi ASAP Entertainment dan Pride of Gypsies agak tinggi juga sebab action thriller dengan Jason Momoa sebagai lead cast pastinya mengharapkan stunt choreography yang unik, sharp dan menarik. Malangnya hambar dan tak diketengahkan sepenuhnya walhal watak Ray dan Rachel jaguh dalam sukan boxing. 

Sehambar itu juga lah lakonan Jason yang cuma terikat pada skrip hasil penulisan Philip Eisner dan Gregg Hurwitz. Try hard juga pada emotional scene especially babak di mana Amanda meninggal kerana kanser. At some point macam merepek juga watak Ray Cooper bergantung harap pada ubat yang belum lagi wujud untuk sembuhkan isteri dia. Kalau Amanda dapat ubat tu pun, belum tentu dia akan sihat sepenuhnya. Kanser kot bukannya penyakit genetik pada sel darah merah atau tulang sum-sum yang boleh hilang melalui pembedahan. Dude, get a grip. 

Nevertheless suka dengan lakonan hitman Amo Santos (Manuel Garcia-Rulfo) yang kekal tenang berjumpa dengan pihak lawan. Sayang betul fight scene antara Rachel dan Amo pendek sangat. Kelemahan cerita ni bila latar masa dan tempat menampakkan lagi kebodohan pada plot cerita. It seems too easy for this family duo to reach their target. Tak wujud elemen saspen atau thrill pun. Diorang nak jumpa CEO BioPrime, diorang dapat. Nak jumpa Shah, diorang dapat. Nak jumpa Senator, diorang dapat. Security hilang macam tu je dan muncul bila mereka perlu muncul which is at the end of the conversation. 

Sweet Girl mungkin lebih menarik kalau berpegang pada genre utama dia dengan plot cerita yang lebih realistik. Sayang bila movie yang dibarisi pelakon bagus dengan bakat lakonannya tersia gara-gara skrip cerita yang lemah. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

Starbucks | Choco Truffle Nitro Cold Brew

Monday 30 August 2021

Memandangkan hari ni hari terakhir En. Kai dekat Ram Reza & Muhammad, so dia nak bagi nafkah bulanan Starbucks yang terakhir untuk office. Disebabkan dah bosan minum Soy Hazelnut Latte je, saja la belek Twitter Starbucks MY kot kot lah ada flavor baru boleh try. Orang nak belanja kan, kena lah ambil yang semenggah. 


Bagai orang mengantuk disorong bantal, ternampak la poster Choco Truffle Nitro Cold Brew, minuman baru dari Starbucks. Admin claim boleh hilangkan Monday Blues. Ngam sangatlah dengan hari yang lemau hadap kerja urgent daripada pagi membawak ke petang. Poster dia pun not bad lah tempting dibuatnya bila tengok. 


I order yang ni lah cerita dia tanpa sebarang keraguan langsung! Memang confident habis lah boleh hilangkan Monday Blues nanti. Bila dah sampai Ms Fisa cakap air Starbucks I takde Nitro tapi Adobe je. Tak tahu lah korang boleh catch up ke tak lawak ni sebab PDF software kitorang guna Nitro bukannya Adobe Reader. 

Function Nitro dalam minuman baru dari Starbucks ni bila dia boleh wujudkan kesan dramatik dengan gas nitro berasap kemain. sebelum minum. Tapi dalam gambar tu tak berasap pun but looks like condensed milk instead. Dah lah tak ada nitro, drinks ni nampak macam air kudis pulak tu. 


Kembang tekak nak minum sebab I senang meremang bila nampak bentuk ni. Dah serupa blisters lepas tangan melecur kena air panas pun ye jugak. Nasib baik rupa dia macam blisters tau. Kalau dia berlubang, confirm trigger I punya Trypophobia. Tapi tengok yang ni pun I dah sakit kepala dah. 

Rupa dah tak berkenan, rasa pun kenot go. Rasa dia pahit lepastu bau macam kacip fatimah. Memang turn off habis lah. Boleh kata harini adalah hari yang tersangatlah malang. Sekian. 

Lomo Card iKON Function Teruk

Dah lama nak beli lomo card iKON ni sebab murah je, satu box ni dalam 5 hengget lebih je. Lagi murah bila ada Shopee Sale, harga satu box jatuh ke RM3. Sayang lah kalau beli satu box je sebab harga postage lagi mahal dari harga barang. Lagipun Shopee sekarang kan dah kedekut, voucher keluar teramatlah terhad dan tak perlu letak harapan tinggi lah untuk redeem. Jadi kita beli 3 kotak sebab seller tu pun memang jual 3 je :')


Awalnya memang taknak beli sebab tak tahu nak letak mana pun. Tapi bila tengok ada magnet button dengan board kosong, baik isi dengan gambar cantik yang menaikkan semangat. Antara beli 3 kotak lomo card ni dengan print sendiri gambar diorang guna glossy paper, rasanya laaaaaaagi murah beli lomo card sebab material dia keras. Warna pun terang nak dibandingkan dengan print atas glossy paper. Lagipun gambar iKON ni nak letak dekat luar tanpa kaca ataupun plastic cover. Kalau guna glossy paper, alamatnya sebulan dua mula lah pudar.  


Kotak lomo card ni tak besar mana pun dan gambar 30 keping dekat dalam kotak ni pun ada yang repetitive. Agak mengecewakan jugak lah sebab iKON ada baaaaaaanyak gambar. But that's okay sebab I boleh guna dua gambar dekat dua tempat berbeza tapi dengan semangat yang sama gittewww. 


Ni lomo card yang I letak dekat meja laptop di rumah. Asal boleh je guna satu clip untuk lekat semua gambar. Kalau gambar ni pudar nanti boleh lah replace dengan 70 keping lomo card lagi dekat dalam storage tu. By the way thank you seller sebab wrap dengan baik dan hantar dengan kadar yang segera. I harap lomo card dia habis dijual sebab iKON dah tamat kontrak dengan YG Entertainment tahun depan :')

Pengalaman Turunkan Berat Dengan Trufitz

Sunday 29 August 2021

Siapa yang tak kenal Trufitz, produk supplement daripada pelakon terkenal, Fazura kan? Disebabkan selalu nampak IGstory Fazura minum Trufitz ataupun promo sales untuk produk ni, kita pun jadi terjebak sekali lah nak cuba. Betul ke 7-Day Formation seperti yang product ni claim? 


Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan produk makanan tambahan yang diluluskan oleh KKM dan mula mendapat perhatian sejak tahun 2017 ni. Trufitz ialah jus gabungan buah strawberry dan buah markisa dengan morosil yang bertujuan untuk menyingkirkan lemak secara detox. 

5 bahan utama yang terdapat dalam Trufitz adalah : 

i. Green Coffee - membantu meningkatkan metabolisme tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat. 

ii. L-Carnitine - melancarkan peredaran darah dan bagus untuk kesihatan jantung. 

iii. Raspberry Ketone - Meningkatkan penghasilan hormon adinopectin yang membantu membakar lemak dengan lebih cepat. 

iv. Beet Root - Melancarkan sistem pencernaan

v. Hoodia - Membantu untuk mengawal selera makan supaya kenyang lebih lama daripada biasa.


Diperbuat dalam bentuk juice on-the-go di mana boleh diminum tanpa perlu bancuh atau kaedah penyediaan yang lain. Buka je penutup sachet dan minum jus yang berkuantiti sebanyak 35ml sebelum makan, satu hari sekali. Boleh diambil sama ada belah pagi ataupun petang. 

Dalam satu box berwarna pink pastel ni ada 7 sachet yang dijual dengan harga RM59.00 tapi disebabkan beli masa TruDolly buat promo sales, dapat lah beli satu kotak dengan harga RM39.00 je tak termasuk kos penghantaran. 

Jadi berbalik kepada persoalan di atas tadi, betul ke Trufitz ni boleh membantu mengurangkan berat badan dalam masa 7 hari? Jawapannya betul sebab lepas minum jus Trufitz ni rasa kenyang dan minum lebih banyak air dari biasa. Bab membuang atau detox tu pun betul sebab fiber yang ada pada jus buah-buahan tu. 

Tapi turun berat tu tak lah sebanyak macam dalam testimoni yang diiklankan sebab guna pun 7 hari je kan jadi turun dalam 2kg hingga 3kg je pun. Kalau tak minum satu kotak Trufitz ni pun boleh je turun 2kg tu dengan syarat makan fiber dan minum air putih/masak/mineral/kosong 3 liter sehari. RM59.00 agak mahal jugak lah untuk dijadikan rutin harian. 

Mungkin ada yang boleh turun lebih banyak dari pengalaman I sebab jaga makan dan workout. Hasil dia ikut pada cara pemakanan dan lifestyle masing-masing lah. For me, I tak akan repeat dah sebab mahal satu hal, rasa buah markisa tu pun a bit manis dekat tekak. Tekstur jus Trufitz ni cair dan tak sticky, sesuai lah dengan konsep on-the-go tu. Anyway a good product from TruDolly dan Fazura.

Drama Review | Taxi Driver (2021)

Director : Park Joon-Woo

Writer : Oh Sang-Ho (ep.1-10), Lee Ji-Hyun (ep.11-16)

Cast :  Lee Je-hoon, Esom, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin

Production Company : Studio S (SBS), Creative Leaders Group Eight

Distributor : SBS

Genre : Crime / Thriller

Running Episodes : 16 episodes

Release Date : 9 April 2021 – 29 May 2021

Trailer : 


Diadaptasikan dari webtoon berjudul The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae-jin, drama genre crime thriller ni mengisahkan tentang Rainbow Taxi yang menawarkan khidmat balas dendam kepada mangsa jenayah yang ditapis dan dipilih oleh organisasi tersebut. Kesemua ahli yang bekerja di dalam organisasi tersebut adalah mangsa kepada beberapa jenayah yang berlaku di bandar Seoul. 

Pemandu teksi, Kim Do-ki (Lee Je-hoon)menjadi mangsa kepada kekejaman pembunuh bersiri yang membunuh emaknya secara rambang. Selepas tamat military training, Mr. Kim join Rainbow Taxi di samping membantu CEO Jang Sung-chul (Kim Eui-sung) mengendalikan The Blue Bird Foundation. 

Modus operandi mereka mudah selaps mendapat panggilan daripada mangsa, masing-masing akan buat strategi untuk jatuhkan penjenayah terlibat. Selepas klien berpuas hati mereka akan bawa kesemua penjenayah tersebut kepada Godmother Baek Sung-mi (Cha Ji-yeon) untuk dipenjarakan di tempat khas. CEO Jang akan buat eksperimen untuk lihat perubahan mereka sama ada akan bertaubat dengan kesalahan ataupun masih lagi dengan perangai yang sama. 

Dalam masa yang sama Prosecutor Kang Ha-na (Esom) yang menyiasat kehilangan pembunuh bersiri Cho Do-chul (Cho Hyun-woo) mula syak Mr. Kim dan CEO Jang sebab beberapa bukti terarah kepada persamaan aktiviti mereka berdua. Pendirian dia juga berbeza dengan mereka berdua mengenai balas dendam dan sistem perundangan Korea Selatan. 

Menyampah sangat tengok watak Kang Ha-na tu sebab jelas sangat lah sistem perundangan negara tu lemah dengan beberapa loopholes. Semua pun tahu negara Korea Selatan tinggi dengan amalan rasuah jadi kenapa watak Kang Ha-na nak berpegang teguh dengan sistem tersebut? Dia sendiri pun marah bila berjumpa dengan banduan yang hidup selesa dalam penjara hasil duit cukai yang dibayar oleh rakyat Korea. 

Boleh nampak kenapa drama ni ada dua penulis untuk episod-episod awal dan episod hujung bila ada perbalahan mengenai jalan cerita. Flow cerita memang berubah sangat dan jadi lemah bila pihak polis dan pendakwaraya terikat dengan protokol dan pengarah biarkan watak Mr. Kim menonjol sangat. Jalan cerita yang predictable bila watak Kang Ha-na mula faham kenapa Raibow Taxi wujud bila dia mengalami kejadian yang sama. Lebih menarik kalau dinamik Kang Ha-na sama cemerlang dengan Mr. Kim ataupun lebih licik dengan ilmu perundangan dia. Malangnya elemen tu tak ada dan berharap sepenuhnya dengan Mr. Kim. 

Geram je tengok bila Kang Ha-na tahu banduan yang dipaksa mengaku oleh polis supaya dapat tutup kes dengan cepat. Lepas 20 tahun tersalah hukum sampai banduan tu hilang keluarga dan maruah, permohonan maaf je yang pihak pendakwaraya boleh buat terhadap dia. Dalam drama ni mungkin happy ending tapi sedih tengok footage sebenar banduan tersebut dekat hujung Episod 15. 

Kecewa juga bila watak Godmother Baek digarap lemah sedangkan dia ada potential untuk jadi antagonis yang licik dengan dua orang sidekick. Tak dikembangkan pula macam mana CEO Jang boleh bersetuju untuk bekerjasama dengan Godmother Baek sedangkan ada backstory tentang macam mana dia mulakan bisnes haram dia. 

Walaupun aspek tu antara kelemahan drama Taxi Driver terbitan Studio S namun kesemua jenayah yang diketengahkan adalah jenayah sebenar yang berlaku di Korea Selatan. Tak mustahil juga kes-kes jenayah yang serupa berlaku di negara-negara lain. 

Hideout Rainbow Taxi yang terletak di basement rumah CEO Jang adalah set sebenar tanpa bantuan CGI sebab director nak tempat tu nampak real. Visual yang digunakan juga cemerlang dengan teknik self-camera dalam babak Mr. Kim berlawan dengan anak buah Godmother Baek. Tona warna kebanyakannya disetkan ala vintage dengan warna hangat. Sama juga dengan music score dengan musik bertemakan trend 80-an. 


Tengok pada ending, ada potential drama ni akan muncul dengan Season 2 tapi kalau penulis Lee Ji-Hyun yang karang cerita, susah nak tarik minat untuk tengok. Kalau biarkan sahaja habis pun okay jugak sebab plot Taxi Driver pun dah mula longgar melainkan ada jenayah menarik untuk dipertontonkan. Suka dengan lakonan Lee Je-hoon dan Ahn Go-eun (Pyo Ye-jin) dengan ekspresi dan lontaran lakonan yang bagus sesuai dengan situasi watak mereka berdua. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

Movie Review | Drive (2019)

Director : Tarun Mansukhani

Writer : Tarun Mansukhani

Cast : Sushant Singh Rajput, Jacqueline Fernandez, Vikramjeet Virk, Sapna Pabbi, Vibha Chibber, Boman Irani, Pankaj Tripathi, Kaustubh Kumar

Production Company : Dharma Productions

Distributor : Netflix

Genre : Action / Thriller

Running Time : 119 minutes

Release Date : 1 November 2019

Trailer :


Ambil masa yang lama juga untuk layan movie Drive ni sebab tayangan movie ni ambil masa yang sangat lama sampaikan pelakon utama, Sushant Singh Rajput perli Karan Johar bila nak release dalam sebuah interview. Sepatutnya ditayangkan di pawagam kemudiannya bertukar method ke OTT platform iaitu Netflix. 

Sungguhpun movie Drive ni adalah terbitan Dharma Production dan ditayangkan di bawah Netflix Originals, malangnya visual adalah kelemahan utama sampai hilang mood nak layan. Susah nak percaya Netflix boleh terima movie seperti Drive untuk ditayangkan.Bila tengok keseluruhan movie boleh nampak ni adalah cara Karan Johar balas dendam kepada Sushant. 

Tak faham macam mana Karan Johar ataupun team production boleh berpuas hati dengan final edit movie Drive ni sedangkan pihak tourism negara Israel berbesar hati jalinkan hubungan diplomatik dengan negara India melalui movie Drive. Bayangkan audience negara Israel layan movie ni sebab it is one of the project involved and turn out to be the worst version of Fast & Furious franchise?  

Pembantu Setiausaha Perdana Menteri, Irrfan (Boman Irani) dihantar ke Jabatan Perakaunan untuk bantu Vibha Singh (Vibha Chibber) menjejak sekumpulan pencuri yang diketuai oleh Tara (Jacqueline Fernandez) dan pembantunya Bikki (Vikramjeet Virk) juga Naina (Sapna Pabbi). Tak susah pun nak locate mereka bertiga ni sebab selalu melepak di kawasan street racing di bandar tersebut. 

Yang susahnya bila nak buktikan mereka bertiga memang terlibat dalam kes-kes rompakan yang berlaku dan bakal berlaku. Jadi Irrfan hantar undercover police, Arjun untuk siasat kegiatan mereka dan kumpul bukti kukuh. Vibha dan pembantu dia, Hamid (Pankaj Triptahi) dah cuak sebab mereka adalah target seterusnya. Tak ada siapa yang tahu selain mereka berdua yang semua duit haram hasil peras ugut dari businessman disimpan di ruang rahsia dalam bangunan tersebut. 

Bangunan tersebut dikawal dengan ketat dan sesiapa yang mencurigakan akan ditembak serta-merta oleh pengawal keselamatan di sana. Nak masuk memang perlukan perancangan yang rapi dan bantuan dari IT personnel, Raj Naik (Kaustubh Kumar). 

Flow penceritaan Drive ni tak ada pun yang unik ataupun fresh sebab dah banyak movie bertemakan rompakan dipaparkan baik dari Bollywood mahupun Hollywood. Ada beberapa twist yang menarik supaya momentum cerita tak terus merudum dan membosankan. 

Sepanjang 110 minit movie ni berjalan, keliru juga dengan genre dia sebab tak rasa thriller atau saspen pun tapi lebih kepada komedi. Plot dia pun tak disusun dengan baik sebab ada beberapa scene yang random je muncul dan hilang macam tu sahaja tanpa penjelasan yang bagus. Nasib baik peneraju utama movie ni ialah Sushant, kalau ambil Ayush Sharma rasanya movie ni elok masuk tong sampah je. 

Selain dari Sushant, music album Drive not bad lah sebab lagu Makhna yang shoot dekat Israel tu best. Dalam music video tu nampak lah diorang semua have fun sebab director pun dah bagitahu ikut suka diorang lah nak have fun macam mana. Lagu Prem Pujari also one of my favorite song jugak dengan choreography dan set yang cantik. Music score dari Qaran je kurang memberi impak dan sometimes out of place. 

No wonder lah Sushant tak pernah promote movie ni bila Karan Johar finally decide untuk tayang dekat Netflix. Siapa tak sakit jiwa tengok end product macam ni? Wasted. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.6/10

Movie Review | Ada Hantu (2021)

Saturday 28 August 2021

Pengarah : Hairul Azreen

Penulis Skrip :  Adrian Teh, Amar Amir

Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Henley Hii, Theebaan, Sophia Albarakbah, Dafi

Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures 

Pengedar :  Disney+ Hotstar 

Genre : Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 13 Ogos 2021

Trailer :


Bermula dengan reaction video Alif (Zahiril Adzim) yang mendapat kecaman dari ramai haters sampai dia ambil keputusan untuk pergi ke tempat berhantu walaupun dia tak percaya dengan kewujudan makhluk alam ghaib. 

Alif sebenarnya tak kisah pun dengan haters channel dia sebab kebanyakannya yang menyampah ni lah yang subscribe dan sedekah views untuk Youtube videos dia. Shasha (Elvina Chua) yang cadangkan dia buat content untuk bidas kecaman netizen sementara Bariah (Shiqin Kamal) pula cadangkan mereka bermalam di rumah banglo yang berhantu di kampung dia, Kampung Teluk Panglima Perang. 

Sebelum sampai ke rumah tu pun dah ada insiden bila Talha (Hairul Azreen) hampir terlanggar seekor kucing hitam tapi bila mereka semua turun cari, tak ada langsung kesan kucing tersebut. Sebelum masuk ke rumah banglo tersebut, Jimmy (Nafiez Zaidi) cuba scan aura positif dengan berbekalkan ilmu fengshui yang dipelajari. Entah ye entah tidak sampai Alif naik meluat dengan perangai dia. 

Rumah banglo tersebut adalah milik jeneral askar Jepun yang kejam tapi sayang pada isteri yang cantik dan pandai bermain piano. Setiap malam dia akan dengar isteri dia main piano sehinggalah pada malam terakhir sebelum mereka berdua melakukan kamikaze. Sejak dari hari itu, rumah tersebut mempunyai banyak kejadian aneh dan misteri sehinggakan tak ada yang berani tinggal di situ. 

Movie sulung arahan pelakon terkenal Hairul Azreen ni menggunakan template seram komedi di mana pendekatannya lebih santai dan menghiburkan. Kalau ada yang concern dengan lakonan Hairul, boleh nampak dia dah improve banyak lepas movie Wira (2019) dan Pasal Kau (2020)

Kalau ada yang concern dengan arahan dia, pun rasanya tak ada masalah sebab naskhah santai ni walaupun tipikal tapi banyak plot twist yang menghiburkan. Lagipun movie ni adalah hasil penulisan Adrian Teh jadi tak perlulah risau dengan kualitinya. Boleh kata I dah jadi peminat karya Adrian Teh. Kagum lah dengan dia bila dia boleh polish daripada seorang pelakon kayu seperti Hairul menjadi bagus dan tampil sebagai pengarah. Mungkin lepas ni ada movie aksi pula sebab tu strong point Hairul dalam industri. 

Berbalik kepada naskhah Ada Hantu terbitan ACT 2 Pictures ni mempunyai barisan pelakon yang bagus terutamanya Zahiril Adzim sebagai watak utama. Lakonan Shiqin Kamal pun bagus dan nampak selesa dengan watak Bariah cuma keliru dengan karakter dia yang mempersoalkan tindak-tanduk Alif sejak sampai di rumah tersebut sedangkan motif utama ke situ adalah untuk buat video. Pelik jugak tengok diorang berlima ni sebab main redah je semua benda. 

Masa first half tak lah banyak sangat komedi sebab diorang baru nak explore tempat tu tapi bila masuk second half tak larat nak gelak dengan cerita masing-masing. Terdiam bila tengok kejadian cadar kempis tu sebab real betul. Sekali dengan kita jadi terkesima bila tengok babak tu. Polis yang datang untuk siasat pun terdiam. Teringat-ingat lagi scene Alif dok sengih tu. 

Visual dari Danny Lala paparkan keindahan panorama kawasan tersebut dengan baik. Scene waktu malam pun tak terlampau gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Suka tengok scene dekat tangga sebab lighting dekat situ cantik sangat. Tapi kalau nak pergi vacation dekat rumah tu memang tak lah sebab jauh dari pekan. Kalau orang kata ada hantu pun memang percaya. 

Walaupun movie Ada Hantu ni pada awalnya dikritik sebab poster yang cincai tapi jalan cerita dia menghiburkan dan sesuai ditonton bersama keluarga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10