Hadiah Blogger Kak Shikin Razali Dah Sampai!

Friday 27 August 2021

Semalam terkejut dapat parcel sebab semua barang yang diborong dekat Shopee dah sampai. Boleh tahan besar jugak parcel dari J&T tu. Bila tengok nama sender baru teringat pasal hadiah ni. Tak sangka betul blogger Kak Shikin nak bagi hadiah besar macam ni. 


Dah lama tak pergi blogwalking sebab tak sempat nak berkunjung tapi bila dah pergi terus jadi top commentator haha sebab entry Kak Shikin banyak pasal arkib suratkhabar lama. Curious bila tengok sejarah negara yang diterbitkan sebab banyak cerita sensasi. Kelebihan untuk Kak Shikin sebagai Pembantu Pustakawan sebab ada material yang blogger lain tak ada. Bukan senang nak dapat bahan rare macam tu. 

Dalam parcel J&T tu ada dua storage box saiz large kot ek, satu warna fav Pana, satu lagi teddy bear printed. Ada collagen eye mask dengan toning mask jugak. Terima kasih sangat sebab hadiahkan barang-barang kegunaan harian. Kebetulan memang nak pergi beli storage untuk simpan baju dekat rak baru. 

Kalau belum ada yang kenal blogger Kak Shikin, boleh terjah blog dia. Mana tahu rezeki awak pulak lepas ni :)

7 comments

  1. Alhamdulillah, selamat sampai.. Terima kasih kerana selalu sokong jurnal akak...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki.. tahniah! =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Kak Farhana. Cantik hadiahnya.

    ReplyDelete
  4. wah bestnya dapat hadiah dari kak shikin. tahniah farhana :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniahhh farhana. Syaa belum bukak parcelnya huhu busyyy tak sempattt

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selamat sampai. Tahniah ana!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.