Movie Review | Mat Bond Malaya (2021)

Sunday 22 August 2021

Pengarah :  Nabil Ahmad

Penulis Skrip :  Nabil Ahmad

Pelakon :  Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar, Amyza Aznan,  Farid Halus, Aloy Paradoks, Mamat Khalid, Michael Ang, Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman, Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura

Syarikat Produksi : N/A

Pengedar :  Astro Shaw, Astro First (saluran  480)

Genre :  Sci-fi / Aksi / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 20 Julai 2021

Trailer :


Selepas telemovie The Hantus, Nabil Ahmad buat kemunculan sulung sebagai pengarah dengan movie Mat Bond Malaya. Movie ni dijadikan tribute kepada Mat Bond (1967) tapi dengan template yang lebih santai dan genre sains fikyen yang mempunyai zombie. Jelak sebenarnya bila asyik dihidangkan zombie tambah pula tak jauh pun jarak masa dengan terbitan movie Zombitopia (2021) di Disney+ Hotstar. 

Walaupun tajuk movie Mat Bond Malaya tapi watak utama, Mat (Naqiu) hanyalah seorang budak suruhan di pejabat organisasi SPY dan menjadi pembantu seumur hidup kepada G (Farid Halus). Mat jatuh cinta dengan Bondi (Elizabeth Tan), antara ejen terhebat di organisasi tersebut. 

Malangnya selepas misi menjejaki dua orang ejen sebelumnya di sebuah kepulauan kepunyaan Dr. Ebel (Azri Iskandar), Bondi pulang semula kemudiannya bawa virus zombie jongang. Dekat sini dah menyampah dah sebab Nabil tak berubah suka body shaming walhal dah belajar ilmu agama. Apa kelebihan zombie jongang selain unsur komedi? Tiada. 

Cerita tentang Mat ni berubah mengikut idea dan perbincangan Nabil bersama pengarah-pengarah ternama dalam industri seperti Michael Ang, Aziz M. Osman, Ghaz Abu Bakar dan Mamat Khalid. Sambil dia ceritakan idea dia, sambil cerita Mat berjalan. Walaupun jalan cerita lemah tapi teruja tengok banyak cameo seperti Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura. TokRam pun ada cameo sebab Nabil pujuk dia berlakon sekali. 

Visual yang digunakan menggunakan tona warna vintage sebagai homage kepada filem Mat Bond sebelumnya. Tak banyak VFX digunakan dalam filem bertemakan ejen perisik negara sebab kebanyakan lokasi bertempat di bangunan SPY tersebut. Ada satu sahaja babak bila Mat kejar Dr. Ebel tapi menyedihkan sangat visual effects dia. Baik guna kereta je lah. Bab makeup effects tahap cerita zombie tempatan yang tipikal lah ataupun mungkin sengaja buat zomba ala Zombi Kampung Pisang sebab ada Mamat Khalid. 

Lakonan Naqiu boleh tahan lah dengan naskhah santai dan komedi macam Mat Bond Malaya terbitan Astro Shaw ni. Chemistry dia dengan Lizzy pun nampak both of them selesa bekerja bersama. Kemunculan Amyza Aznan sebagai mak dengan Farid Halus sebagai sidekick banyak membantu watak Mat dalam cerita ni. 

Walaupun tak suka jenis komedi yang dihidangkan oleh Nabil Ahmad tapi ada beberapa babak yang mencuit hati macam babak Mat dengan G menyamar sebagai lukisan dan sofa. Babak Mat berlari dengan latar lagu Episod Cinta- Boboy tu drama sangat. 

Lakonan Azri Ahmad sebagai Dr. Ebel agak try hard dan buang masa terutamanya pada babak dia bersama anak-anak buah berusaha keras untuk buka pintu bangunan. Untuk apa? Kekeliruan ni sama dengan kekeliruan Dr. Rahman dalam Zombitopia mencipta dinosaur. Product placement pun muncul siap dengan banner. Bila entah industri kita nak belajar letak product placement secara kreatif. Bukan kita tak tahu kegunaan Panadol Uphamol untuk apa. 

Filem ni guna bajet sebanyak RM10 juta dari FINAS tapi sayang lah hasilnya tak lah begitu berkualiti walaupun ada cameo dari Ghaz Abu Bakar. Rasanya movie macam ni elok jadi telemovie daripada keluar tayangan di pawagam ataupun saluran berbayar seperti Astro First. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10

2 comments

  1. banyak kali juga nampak trailer kat tv tapi tak rasa nak tengok pun..hehe

    ReplyDelete
  2. saya sangat suka film ini tapi tidak tahu tempat nontonnya hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.