TV Show Review | The Sixth Sense Season 1 Episode 2

 

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Kwang Hee

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020


Based on keputusan dalam Episod 1, panel yang salah pilih restoran palsu kena datang ke set tanpa kening. Ingatkan main-main tau sebab rosak la imej panel datang tanpa kening rupanya memang betul diorang kena buat. Nasib lah yang datang tanpa kening tu memang tak ada sangat bulu keningnya. Berdekah je tengok bila tak ada bulu kening tapi masa sesi pembahagian team je tak ada keningnya. Panel jemputan untuk minggu ni ialah Kwang Hee so diorang tak la segan sangat kalau takde kening pun. 

Tema untuk variety show The Sixth Sense terbitan tvN kali ni ialah self-made legends! Team The Sixth Sense perlu melawat ketiga-tiga syarikat kepunyaan CEO muda yang berjaya peroleh jualan sebanyak 10 juta setiap tahun. Mencabar jugak lah kali ni sebab semua panel kena bergantung sepenuhnya pada keadaan fizikal syarikat juga fakta dari CEO tu sendiri. Kalau sebelum ni boleh teka melalui rasa makanan tu. 

CEO yang pertama adalah founder syarikat board game yang semakin berkembang di Korea dan juga luar negara. Syok tengok syarikat ni sebab ada banyak board game dekat dalam office. Even ruang tengah dijadikan tempat pekerja discuss tentang progress syarikat dan brainstorming games baru. Dekat cubicles pekerja pun ada banyak games. Sambil bekerja, sambal main games. Kalau stress dengan kerja boleh release stress dekat situ. 

Kwang Hee cakap syarikat ni asli sebab dia tengok ada shredded paper dalam bin tapi panel yang lain cakap team production boleh je create benda tu sebab props team memang teliti. So Min pula rasa tempat tu genuine sebab ada water drips dari air-cond dekat meja staff. Macam susah je props team nak create benda macam tu sebab air-cond akan leaking bila 6 bulan tak service. 

Na-Ra : The production crew would make the dust.

Kwang Hee : The dust?!! Will they go that far?!

Panel : We are serious. They even fake the smell.

Kwang Hee : No way!

Panel : They even made a new dish.

Kwang Hee : If the place is fake then everything is fake?!!

Panel : Everything is fake. Everything!

CEO kedua pula ialah syarikat pizza yang mempunyai 78 buah cawangan di Korea dan 8 buah cawangan di luar negara termasuklah negara Singapura dan India. CEO Jae-won ni adalah graduan marketing dan pernah bekerja di syarikat advertising sebelum buka bisnes sendiri. Selalunya saiz pizza adalah besar dan mahal tapi dia berinovasi dengan produk pizza yang lebih kecil dan harga murah. 

Semua panel rasa syarikat pizza ni fake sebab CEO Jae-won siap jemput diorang join virtual meeting dengan CEO dari negara lain dan tak nampak perbezaan waktu antara 3 negara. Jae-sok je rasa genuine sebab cara CEO buat pizza memang ada skills tersendiri. Lagipun bab teroi perbezaan waktu tu tak lah strong sangat sebab Korea, India dengan Singapura masih satu benua. Lain lah kalau benua Eropah memang jauh lah jaraknya. Na-Ra pula syak syarikat tu fake sebab ada part kena tutup untuk construction so dia rasa team production tak sempat nak siapkan tempat tu sepenuhnya. 

CEO ketiga dan terakhir ialah owner kepada syarikat fesyen yang baru sahaja mencecah 10 juta dollar jualan. Target market adalah lelaki dan hot selling product ialah  clutch bag yang CEO Joon-ho terinpirasi masa dia pergi travel ke UK. Bukan setakat panel dapat melawat tempat kerja dan warehouse syarikat tersebut malah dapat melawat rumah CEO yang terletak jauh dari situ. 

Panel memang impressed dengan skills dan knowledge CEO Joon-ho tapi Na-Ra syak syarikat tu palsu sebab kawan dia bekerja dekat situ. Kawan dia pula adalah part-time actor jadi besar kemungkinan team production ambil dia berlakon untuk The Sixth Sense. Kwang Hee pula rasa interior syarikat tu macam syarikat pinjaman wang berlesen. 

Susah jugak nak teka yang mana satu palsu sebab tak dapat banyak hint dan semua pun nampak macam palsu haha. My guess masa ni syarikat kedua yang jual pizza tu. Yang mana satu jawapannya kena tengok lah kreativiti team production The Sixth Sense ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. stress betul bab nak teka yang mana satu betul tapi memang salute dengan team production gigih create tempat yang fake tu. pana kena tengok yang last episode yang ada Cha Tae Hyun..haha

    ReplyDelete
  2. Aayyyyy ada kwang hee. Ommoo boleh bayang muka terkejut dia time dia cakap The dust?!! Will they go that far?! hahahahaa

    ReplyDelete
  3. Crack gila sorang sorang dalam show ni hahaha, kesian jae sukkk nak melayan perangai sorang sorang. Tak boleh nak tahan gelak bila tengok tak ada kening tuuuu, itulah mujur kwang hee je yang jadi guest, tak adalah malu sangat kann hahaha.

    ReplyDelete
  4. macam lawak je sixth sense ni. Adooo~ tapi tu laa. sis nak ketawa ketawa ni belom ada mood lagi. Haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.