Movie Review | The Thieves (2012)

Tuesday 31 August 2021

Director : Choi Dong-hoon

Writer : Choi Dong-hoon, Lee Ki-cheol

Cast : Kim Yoon-seok, Lee Jung-jae, Kim Hye-soo, Jun Ji-hyun, Kim Soo-hyun, Simon Yam, Angelica Lee, Oh Dal-su, Yeh Soo-jung

Production Company : Showbox/Mediaplex, Legendary Entertainment International (LEI), CJ E&M Film Financing & Investment Entertainment & Comics

Distributor : Netflix

Genre :  Heist / Drama / Action

Running Time : 136 minutes

Release Date : 25 July 2012

Trailer :


Lepas 8 tahun bawa haluan masing-masing, Popeye (Lee Jung-jae) buat tawaran untuk bergabung dengan Macau Park (Kim Yoon-seok) yang menetap di Hong Kong, China. Awalnya Macau enggan bekerja dengan Pepsee (Kim Hye-soo) gara-gara sejarah lama tapi tak ada yang pakar buka peti besi selain dia. Walaupun team Macau ada Julie (Angelica Lee) tapi mereka perlukan dua orang pakar dalam rancangan kali ni. 

Yenicall (Jun Ji-hyun), Zampano (Kim Soo-hyun) dan Chewing Gum (Kim Hae-sook) adalah team Popeye manakala Chen (Simon Yam), Jonny (Derek Tsang) dan Andrew (Oh Dal-su) pula bergabung dengan Macau Park. Mereka semua dibahagikan watak dan tugas masing-masing dalam rompakan rantai permata Tear of the Sun yang dijaga oleh Tiffany (Yeh Soo-jung). Rantai ni disembunyikan di dalam peti besi yang terletak dalam bilik Tiffany di sebuah kasino mewah di Macau. 

Chen dan Chewing Gum akan menyamar sebagai pasangan suami isteri dari Jepun dan alihkan perhatian Tiffany sepanjang hari di bilik VIP sementara yang lain berpecah ke bilik Tiffany dan kawal bilik keselamatan. Chen, Jonny dan Andrew sangsi dengan Macau Park lalu ubah plan untuk merompak wang tunai Tiffany pada hari kejadian nanti. Yang lain masih lagi stick dengan rancangan asal. 

Walaupun team Popeye dengan Macau Park ni selalu terlibat dengan rompakan emas, barang artifak dan wang tunai tapi kesemua mereka hidup serba miskin atau papa kedana. Hasil rompakan ambil masa bertahun lamanya untuk ditukar sebagai aset. Sama juga keadaannya dengan rantai permata Tear of the Sun ni bila mereka memerlukan fence list untuk dijualkan. Ikutkan rancangan akan dijual kepada Wei Hong (Ki Gook-seo) tapi jarang lah ada yang hidup lepas berjumpa dengan crime lord tersebut. 

Jalan cerita The Thieves ni tak ambil masa yang lama pun untuk sampai ke hari rompakan tersebut dan penulis tak bazirkan masa untuk perkenalkan semua watak yang wujud. Buat apa nak kenal pun sebab berkisarkan kehidupan penyangak dan masing-masing memang pilih jalan tu tanpa rasa bersalah. 

Cuma yang serabutnya bila ada ramai watak ni tak semua pelakon dapat screentime yang banyak dan ada beberapa scene yang nampak too crowded. Ada juga scene yang try hard dan draggy macam scene Andrew yang menggelupur dekat dalam bilik VIP. Nasib baik momentum naik kembali bila pengarah segera kembali ke plot utama. 

Uniknya penceritaan The thieves ni bila elemen saspen hadir pada konflik dalaman antara kesemua watak yang setuju untuk bergabung dalam rompakan ni. Bukan polis atau orang luar yang pecah-belahkan mereka tapi mereka sendiri yang terbiasa dengan kehidupan pencuri sampaikan susah untuk hidup berlandaskan kompas moral asas seperti setia ataupun jujur. Susah nak predict siapa yang akan bergabung dengan siapa atau siapa yang akan khianat siapa. Kepercayaan sebenarnya benda paling bernilai dalam naskhah ni berbanding barang rompakan. 

Visual dan sinematografi dari Choi Young-hwan menambahkan impak pada screenplay dengan props dan set yang realistik. Sama ada panorama mahupun close up shots, scene tersebut jelas meninggalkan impak dengan koreografi action stunt yang kemas, menggoda lantas menaikkan adrenalin. Tak hairanlah kenapa naskhah karya Choi Dong-hoon berjaya di box office sebagai blockbusters pada tahun 2012 dan menempa nama di beberapa buah negara Asia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

2 comments

  1. sekali sekala layan cerita aksi memang seronok dan membuatkan perasaan meluap-luap

    ReplyDelete
  2. pernah tgk movie ni dulu... tapi x ingt dh

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.