Pau Ikan Bilis 7Eleven

Selalunya kalau breakfast memang akan pergi ke Family Mart makan sandwich chiken spicy chiki tapi bila dah muak mula la tekak cari benda baru.  Lagipun masa tu dah pukul 10 lebih so nak cari makanan yang tak terlampau kenyang sangat sebab dah dekat dengan waktu lunch. 

Bila turun ke 7E nampak ada pau terus nak beli yang tu tapi ternampak ada flavor baru; flavor ikan bilis. Warna pun comel pulak tu. Bukan sesuatu yang mengejutkan ye kalau Pana makan sebab warna dia cantik. Memang dari kecik macam tu, kalau nak makan something memang akan pilih yang berwarna cantik haha


Pau ikan bilis ni RM 2.50 kalau tak silap tapi kalau pau dekat 7E memang harga RM2 ke atas. Mahal ke ek? Entahlah sebab selalunya makan sebiji pau pun dah kenyang sampai lunch. Pau dia tebal tapi lembut, inti pun banyak. 


Macam pau ikan bilis ni nampak la banyak ikan bilis tu bukan bawang semata. Kalau sambal ikan bilis yang penjual nasi lemak guna tskkkk sikit kemain serupa tak payah letak bilis. Nasi lemak sekarang dah hilang value nasi lemak. Banyak sangat bahan kena buang semata nak dapat harga murah tu. Tibehhh sembang pasal nasi lemak padahal makan pau. 

Walaupun puas hati dengan kuantiti inti pau ni setanding dengan harga dia tapi tak rasa nak repeat dah sebab tak suka dengan rasa sambal dia. Manis sangat sampai melugai bila makan. Cantik tapi tak semestinya sedap haha kbai

6 comments

  1. rupa dan warna makanan yg menarik mmg akn buat kita tertarik nk beli..
    kaler pink mmg cantik.. sape je xtertarik.. haha..

    nasib baik pau sedap! berbaloi dgn hrga.. =)

    ReplyDelete
  2. Cantik warna pau tu. Memang tertarik untuk beli.

    ReplyDelete
  3. 7e apa je murah huhuhu

    Takpe je review jujur. Kita ad ahk sebagai pembeli dan pengguna hiks.

    ReplyDelete
  4. Pandai dia buat pau warna pink, memang dapat tarik perhatian orang untukkk beli hahaha.
    Betul tuu, sekarang nasi lemakkkk dah tak macam dulu. Tak boleh blah kalau yang letak telur tapi kecik namati :')

    ReplyDelete
  5. Wah.. warna pink.. tapi manis.. macam tak kena pula rasa dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.