Brownies Kedut Strawberry Untuk Birthday Umi!

Monday 9 August 2021

Tahun ni sedih betul bila Raya Aidilfitri tak dapat balik, Raya Aidiladha pun sama, bila dah dapat 2 dos pun tak dapat balik celebrate birthday my mom. Selagi tak habis fasa 1 yang entah bila akan bertukar status ke fasa 2, memang terperuk je lah dekat Subang ni. 

Memandangkan tak dapat nak celebrate, saja la belek dekat Instagram kot kot ada yang jual bunga dekat area Sabak Bernam sebab dekat situ sendu. Cari punya cari memang tak jumpa langsung. Ada lah tapi dah tak aktif sejak lockdown. Terjumpa pulak yang buat brownies dengan kek. Boleh lah daripada takde sebab brownies dia cantik. 


Nak order dengan akak ni mudahhhhhhh sangat. DM je nak yang mana lepastu bank in then siap lepastu dia hantar. Set brownies ni harga standard lah RM60 lepastu wording tu RM3. Delivery charge tak ada sebab rumah dia dekat je dengan rumah mak. Baik betul akak ni walaupun dia kena sidai kejap depan rumah sebab family I tidur tengahari tu. Memasing lemau dah tak boleh nak keluar rumah sebab diorang ni bukan jenis duduk rumah sangat. Weekend je merata pergi. Cehhh cakap orang, I pun sama hahaha lemau dah wei kat rumah ni. Dapat sijil dua dos pun bukan boleh pergi mana. 

I puas hati lah dapat set Brownies Kedut Strawberry ni sama macam dalam Instagram Daponoma tu sebab ada je kes yang indah khabar dari rupa kan? Yang ni memang sama sebijik, rasa pun sedap. Rasanya best seller dekat IG Daponoma ni kek pisang moist, brownies kedut dengan cheese tart sebab tengok tempahan dia kebanyakannya 3 set ni je. Nasib baik I tak order apa-apa set yang berkaitan dengan cheese sebab kawan my mom bagi cheesecake. 


Lepasni kalau nak celebrate birthday ke raya ke buat majlis ke memang nak order dekat Daponoma ni je sebab dekat satu hal, service bagus satu hal. Sedap tu tak payah cakap lah, dah memang terbukti dah. Jangan suruh I buat sendiri sebab I pemalas. Dah la tangan tak berseni, mulut pun banyak bunyi merungut itu ini. Baik beli je, at least boleh support business kecil akak ni. Penduduk dekat Sabak Bernam dengan Sungai Besar dah la tak ramai. Haha tibehhhh


Happy bila my mom puji brownies sedap sebab ni je lah mampu bagi. Nak balik merentas daerah tak mampu. Nasib baik adik-adik semua ada dekat rumah so takde lah my mom sedih sangat. Nikmat lah siapa yang duduk dengan parents tu boleh nampak depan mata. 

11 comments

  1. Sedapnya brownies 🥺🥺 tetiba teringin haha

    ReplyDelete
  2. sekarang semua celebrate mcm ni kan. covid ni menghalang kita buat apa apa yg biasa kita buat. tp dia buat kita menghargai semua org :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya brownies dia.. kalau service seller bagus memang orang akan repeat lagi beli kek dia :)

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat sedap. Saya dah lama tak makan kek gini. Area sini takda yang jual ikut dengan tekak hihi

    ReplyDelete
  5. Lawanyaa presentation brownies tuuu

    Selamat ulang tahun kelahiran umi farhana. Semoga umi sentiasa dibawah lindungan Allah. Semoga virus Covid 19 & virus2 bahaya lain diangkat Allah dari bumi dan Malayisa terutamanya. Semoga Farhana boleh bersatu semula dengan keluarga tercinta.

    Stay strong farhana

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday kepada umi Ana! Semoga sihat selalu dan dilimpahkan rezeki yang berterusan!

    Terliur pulakk tengok brownies tuu, dah lama tak makannn sebab brownies yang selalu dibeli tu dah tak jual dah. Sedihhh jugaklah.

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun kelahiran buat Umi Farhana..
    brownies tu ohsem dan nampak sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
  8. tengok gambar pun tahu sedap rasa dia..

    ReplyDelete
  9. suka sy tgk hiasan brownies tu tampak kemas je...btw semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki buat umi farhana

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.