Celebrate Birthday di Izzat Steamboat & Grill

Monday 30 October 2023


Bulan September untuk family agak special sikit lah sebab ramai yang lahir pada bulan ni. My birth date pada minggu pertama, adik bongsu di pertengahan bulan sementara arwah ayah dulu pada hujung bulan. Dulu selalu celebrate bertiga, now berdua je. 

Bila tanya Farah dia nak celebrate dekat mana, dia kata nak makan steamboat. Berkerut dahi jugak lah bila dengar dia jawab macam tu sebab sebelum ni, bila bawak pergi steamboat dia tak makan. Worst case, dia tidur je sementara tunggu kitorang habis makan. Kali ni dia yang request. Mungkin sebab dah besar kot, selera tekak pun dah berubah. 

Google dekat area Sungai Besar, dah tak ada restoran steamboat. Terpaksa luaskan radius pencarian tu dan terjumpa  Izzat Steamboat & Grill di Teluk Intan. Okay lah lepak makan dekat sini sebab dekat je dengan rumah, dalam setengah jam macam tu. 


Nak cari pun mudah je restoran Izzat Steamboat & Grill ni. Waze je terus keluar. Restoran ni dekat tingkat bawah Anson Hotel Teluk Intan. Masa kitorang sampai tu around lunch hour tapi tak ramai pun orang so senang la dapat parking. Sejam lepas tu baru start ramai tapi parking space still cukup untuk tampung. 

Restoran Izzat Steamboat & Grill ni baru saja dibuka bulan Ogos lepas jadi restoran dia masih baru dan cantik. Interior restoran ni moden, ala-ala Korea sebab ada penyedut asap tu so tak ada lah baju melekat bau grill. Lantai je lah licin sikit. Silap pulak pakai selipar cap ayam masa tu. 

Kaunter penyusunan makanan pun cantik je teratur. Seronok ye tengok kaunter sos dia sebab ada pelbagai jenis sos. Jarang steamboat ada mustard dengan wasabi tapi dekat sini ada. 





Memandangkan datang masa lunch hour, I pergi ambil Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Minang dekat kaunter Ready-to-Eat sebab tak pernah lagi rasa masakan tu. Kalau pergi sini dan ada menu ni, wajib try sebab sedap. Nasi Hujan Panas pun wangi dan cantik kejadiannya. 




Harga untuk satu kepala, RM40 jadi boleh faham lah kenapa tak banyak seafood dekat restoran Izzat Steamboat & Grill ni. Seafood yang ada pun frozen teruk. Sotong is a big no lah sebab tawar. Lama pulak tu nak tunggu dia defrost sebab ais tebal kemain. Kerang pun dah kecut isinya. I ambil kepah putih je lah tapi tak makan banyak sangat sebab tak fresh. Ingatkan steamboat dekat Teluk Intan ada stok seafood fresh lah sebab dekat dengan laut. Udang gah pun tak ada :')

Nasib baik ada juga daging dan kambing diperap dalam pelbagai rempah. Kitorang suka makan Chief Signature Beef, Teriyaki Lamb dengan BBQ Beef. Tak banyak pun pilihan tapi boleh lah buat ghaso-ghaso. Tengok dekat akaun Instagram restoran ni, menu dia sentiasa bertukar dan bertambah so mungkin lepas ni makin banyak pilihan. 




Dekat sini meja boleh pilih sendiri nak yang mana dan kitorang buat pilihan yang tidak bijak sebab ada 6 mulut tapi pergi ambil meja yang cuma ada satu je grill. Terpaksa lah tunggu lama untuk daging tu masak. Banyak kali jugak lah staff restoran tu tolong tukarkan paper untuk kitorang. Kalau ambil dua, boleh bergilir dan lebih banyak ruang untuk grill. 



Tak makan banyak pun dekat sini sebab tak banyak pilihan tapi penuhkan perut dengan semua makanan yang dia hidang. Bubur Pulut Hitam ni sedap sebab pekat. Rasa manis berlemak tapi tak mampu nak makan banyak sebab perut dah kenyang. 



Sebab kitorang lama dekat situ, owner pun datang tegur padahal dah nak angkat punggung dah sebab semua dah kenyang. Lepas habis conversation, habiskan mana yang patut pastu balik. Bila dalam kereta Farah tanya kenapa tak ada daging yang boleh gulung-gulung tu. Demmmm, dia nak makan Suki-ya rupanya. 

 Penerbit Astro Shaw mengumumkan akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem ‘Gemencheh Boys’ ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin bermula  30 Oktober 2023

Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Inisiatif sumbangan ini adalah tanda solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza.”  

‘Gemencheh’ Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 26 Oktober lalu.

‘Gemencheh Boy’s adalah sebuah kisah enam budak ‘jahanam’ sewaktu zaman persekolahan. Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah tetapi  di kalangan penduduk kampung. Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman berusaha membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah, sekaligus mengubah kehidupan mereka. 

Ikuti perkembangan terbaharu dan info lanjut mengenai inisiatif ini di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Sarapan Pagi di Restoran Rumah Kampung Subang Bestari

Sunday 29 October 2023

Sejak Majlis Perbandaran Shah Alam rancak menyaman semua kereta yang park di kawasan kedai makan utama, rasa dah malas nak makan dekat restoran Lestari Maju. Of course, I malas nak bayar parking setiap pagi.

Jadi sebelum orang majlis datang saman kereta yang park di kawasan lain, I enjoy dulu makan sarapan pagi di restoran Rumah Kampung. Masa awal buka dulu, Rumah Kampung ada sediakan sarapan pagi tapi sekejap saja dan focus pada makan tengahari. Entah kenapa buka balik untuk sarapan pagi, mungkin ramai yang menyeru kot.

Menu untuk sarapan pagi tak banyak pun. Ada Nasi Lemak lauk sambal hijau paru, ayam goreng, telur mata, sambal kerang dan sambal sotong. Ada Bihun Goreng dan Nasi Goreng. Roti Canai, Roti Boom, Roti Titab dan Lempeng Kelapa. Walaupun menu dia sikit tapi not bad lah rasa dia.

Kalau nak breakfast heavy, I always go with Nasi Lemak and Sambal Hijau Paru. Suka sambal nasi lemak dia sebab pekat, pedas dan tak manis sangat. Cuma tak berapa gemar tang ikan bilis lah sebab dia guna ikan bilis jenis tebal dan tawar tu. Sekarang ni memang susah nak jumpa nasi lemak dengan sambal ikan bilis yang halus dan manis masin tu. Nak kata mahal tak lah juga sebab boleh dapat harga RM19 sekilo tapi kena pandai cari lah. But who am I to complaint kan? Nak sedap, masak sendiri lah, ye dak?

So far pernah makan nasi lemak dengan bihun goreng lah. Not bad untuk breakfast. Not great but not that bad. Harga pun harga standard Lembah Klang. Rasa macam nak try makan roti canai ataupun lempeng kelapa pulak lepas ni. Bab pembayaran, boleh buat pembayaran tunai ataupun QR code dekat sini.  

Dekat sini decoration dia klasik sesuai lah dengan nama restoran, Rumah Kampung. Makan dekat dalam lah seronok sebab boleh tengok props yang owner letak dekat dinding dan sudut tepi restoran. Owner pun rajin jugak menyembang dengan pelanggan yang datang tapi mostly dia ramah dengan orang tua lah. Maybe muka I pepagi pun non-approachable kot tsskkk T.T

Yang tak syok makan dekat sini satu je lah, kaunter makanan tu ada brader yang tolong cedokkan dan service dia quite slow. Kalau masa tu ada 4 orang yang order menu dekat situ, jenuh nak tunggu. Itu belum masuk part dia lupa dah apa yang kita order. Mungkin konsep restoran ni santai lah kot, kalau nak service laju, pergi Mekdi seberang sana. 

Item wajib ada untuk sambutan ulang tahun ke-25 Ram Reza & Muhammad ialah kek and I'm in charge for this task. Awalnya nak tempah kek dekat kawasan PJ atau KL sebab ada beberapa trusted bakery dalam senarai tapi jadi masalah dekat isu penyimpanan kek. Nak ambil sehari awal tak ada masalah tapi takut bila kek berubah rupa. Quite a long distance for something fragile. 

Makanya I pilih untuk tempah kek di sekitar Tadom Hill Resort supaya rasa kek tu fresh dan sedap pada hari kejadian. Tapi macam mana nak cari kek yang sedap or at least, bearable to eat? Masalah logistik tetap ada cumanya jarak yang lebih pendek. 

Belek Instagram dan Twitter, ada nampak Paeshah Bakery tapi ragu-ragu juga nak buat tempahan sebab tak tahu. Roger kawan-kawan yang menetap di kawasan Dengkil pun tak jumpa bakery yang ambil tempahan. Kedai kek pun Secret Recipe. Tak boleh lah nak beli kek dekat situ walaupun dah tahu sedap sebab ada specific design yang kitorang dah buat bersempena event ni. Sudahnya gamble lah order dengan Paeshah Bakery. 

Kak Faizah ni membantu sangat I buat pilihan masa tu. Boleh nampak lah dia ada banyak pengalaman handle customer sebab dia kecilkan pilihan tu ikut bajet dan jenis acara. Ye lah, masa scroll akaun Instagram dia, kita akan tengok bermacam jenis kek dan design. Bila dah rambang mata, semua benda akan pop out all at once sampai tak mampu nak berfikir. Sampai ambil sample wedding cake sebab design cantik.

Bila buat dekat tempat orang, haruslah pilih kek yang mudah untuk dibawa dalam majlis. Sebab tu design yang paling selamat adalah kek satu tingkat. Kak Faizah suggest untuk ambil kek berbentuk segi empat tepat supaya mudah untuk dipotong. Lepas tu I share design yang macam mana kitorang nak buat. 

Dah dapat design, Kak Faizah bagi quotation dan pilihan perisa kek. Ada 6 perisa kek premium yang tersedia di Paeshah Bakery - Chocolate Nutella, Red Velvet Cheese, Vanilla Cheese, Pandan Cheese, Butter Royal dan Pandan Gula Melaka. Bab perisa kek ni, option paling selamat haruslah kek coklat sebab ada yang tak makan cheese. 

Untuk saiz pula ada 3 pilihan;

- 5 inci (half KG): RM89.00

- 6 inci (+ - 1KG): RM169

- 8 inci (+ - 2KG): RM249

Untuk saiz 8 inci ni pula ada dua pilihan sama ada, 8x8 (RM249.00) atau 8x14 (RM299.00). 

Pretty sure Kak Faizah sabar dan tabah melayan semua pertanyaan I sebab I tak ada experience order kek besar sebab tu I tanya 8x14 tu macam mana? 14 tu lebar ke tinggi? Siap ukur pakai pembaris 14 inci tu tinggi mana T.T

Lepas dah yakin ukuran tu cukup untuk jadi dessert semua orang, I isi borang tempahan untuk rujukan Paeshah Bakery:- Nama, Alamat, No. Telefon, Perisa Kek, Tema, Ucapan Birthday, Tarikh Penghantaran dan Masa Penghantaran. 

Dalam borang tu I request untuk kek fondant supaya tak cair sepanjang penghantaran dan semasa majlis berlangsung sebab tak tahu apa akan jadi pada hari kejadian. Kadang kita rancang macam ni, sudahnya jadi sebaliknya. Selesai submit borang tempahan, I minta Ain bayar deposit RM200 dari harga penuh yang dikira termasuk kos penghantaran. 

Sehari sebelum kejadian tu, Kak Faizah bagi update untuk penghantaran sebab dia guna Lalamove untuk hantar kek. Masa tu cuak jugak lah sebab takut driver tu clumsy. Kalau dia drive langgar lubang ke, buat kona tajam ke, tak memasal dapat kek cacat. Mati-mati ingat Kak Faizah tu yang akan hantar sendiri sebab mostly owner akan buat delivery supaya kek kekal cantik dan sampai ke tangan customer dengan selamat. Mungkin sebab jarak resort dengan rumah dia agak jauh kot. Nak pula hari Ahad, sibuk dengan hal personal lah kot. 

Lega sangat bila kek sampai dengan selamat walaupun decoration tak sama sikit dengan yang diminta. Patutnya props crown tu adalah bintang but that's okay lah sebab tak ada yang pertikaikan masa event tu. Ada salah faham juga bab balance payment sebab I tak tahu pun kena buat bayaran on the same day the cake delivered. Masa tu cuba la jugak pujuk untuk buat payment pada esok harinya sebab satu, kek tu dibayar guna duit company, second, sebab line dekat situ teruk. I bayar je lah sebab malas nak panjangkan isu walaupun ada kesulitan di situ. 

Anyway, kek tu sedap! Semua orang pun happy makan masa event dan hari esoknya sebab ada balance banyak jugak. Berbaloi lah perjalanan berliku untuk order kek sehingga ke hujungnya. Pengalaman jugak lah untuk task yang nampak mudah tapi jenuh juga nak melaksanakan. 

RRM 25 TAHUN, TADOM HILL

Bulan lepas dok sembang busy itu ini, one of the event ialah Sambutan Ulangtahun Ke-25 Ram Reza & Muhammad di Tadom Hill. Plan asalnya nak buat trip tapi disebabkan banyak tempat dah fully book tambah pula tiket flight mahal, jadi kita pilih yang dekat je. Dari Ara Damansara, lebih kurang 40 minit nak pergi ke Tadom Hill ni. 


Tak susah pun nak berurusan dengan pihak Tadom Hill, staff pun membantu banyak dari segi penginapan dan makan. Sebelum pergi tu dah share itinerary, yang mana perlukan khidmat staff sana untuk slot in itu ini. Nak manage untuk one day trip pun banyak benda juga nak kena buat. Menyesal jugak lah tak pilih dinner atau kenduri. Tapi dah terlajak cadang dan undi, kita proceed je sampai jadi. 

Jam 8 pagi semua committee dah sampai untuk siapkan door gift dan atur bahagian pendaftaran sebelum warga RRM yang lain sampai ke Tadom Hill. Dah siap arrange semua terus bergambar sebelum make-up committee cair. 








Pukul 9 pagi dah ramai yang datang untuk pendaftaran kemudian berkumpul untuk bergambar di Hakka Village. Uniknya Hakka Village yang diperbuat dari buluh hanya cuma ada satu sahaja di Malaysia. Mungkin akan datang ada pihak lain yang nak buat untuk kekalkan warisan budaya ni supaya tak lapuk dek zaman.  

Kawasan Tadom Hill agak luas dan hampir kesemua bangunan yang ada dekat sini diperbuat dari buluh. Jadi tak hairan lah kalau di kiri dan kanan ada banyak pokok buluh. Nak ambil gambar dengan cuaca panas terik dan ada kanak-kanak ni memang mencabar sebab masa untuk bertenang tu terhad. Gambar ni staff Tadom Hill yang ambil sebab katanya iconic spot di resort tu. Rasanya dia guna teknik panorama sebab nampak dia ambil dari bawah ke atas. Nampak kurang cantik sikit sebab patutnya kitorang ke depan sikit lagi but that's okay lah, turns out nice lah.


team RRM Penang


Selesai bergambar di Hakka dan bahagian tengah Tadom Hill, semua bergerak ke Lakeside Cafe untuk sarapan pagi. Menu bihun Singapore dengan kuih dah memang termasuk dalam pakej Family Day. Seronok tengok team company lain main flying fox dan rakit sambil makan. 

Lepas spend masa setengah jam dekat situ, bersambung pula dengan Ucapan Perasmian dari Managing Partner - Datuk Nor Hisham dan bacaan doa.  Sepatutnya ucapan tu tak lama pun tapi disebabkan team RRM Kuala Terengganu belum sampai ke Tadom Hill jadi ada sharing session sementara tunggu semua datang untuk join next activity. 


Aktiviti-aktiviti Family Day di Tadom Hill ni semuanya disusun oleh staff Tadom Hill Resort jadi tak ada pun yang tahu apa game yang akan dimainkan pada hari kejadian. Game simple tapi sebab semua pun bekerjasama dan semangat untuk menang, aktiviti tu jadi fun. 

Masa semua team main game dekat sini, I dengan Ain tengah serabut ubah arrangement sebab clash dengan team building company lain. Bila team sana lambat, bagi kesan dekat team RRM untuk guna tempat yang sepatutnya kitorang dapat. Dah tak memasal RRM kena berpindah banyak tempat supaya tak bertembung dan aktiviti jadi tertunda. 

Terlambat sikit dari plan asal tu kita faham lah because it's happens tapi yang tak syoknya, bila dah kacau masa orang lain lepastu tak ada common sense untuk cari ruang lain untuk selesaikan matter diorang. Dah nampak kitorang minta supaya ruang tu dikosongkan cepat, ada pulak dok makan sambil tunggu bas diorang datang. Patutnya makan lah dekat tempat lain sebab masa diorang dah habis dah dekat ruang tu. Dah lah kitorang dah kejar masa, terpaksa pulak bersihkan ruang tu sebab team sebelum tu makan bersepah dan tak kemas meja. Kalau budak sekolah, faham lah jugak tapi orang dewasa haihhh T.T

Selesai dua game untuk sesi pertama, ada tayangan video RRM 25 Tahun dan sesi Cabutan Bertuah. Hadiah cabutan bertuah ditaja oleh:

1) Idaman Pharma/Halalgel- Puan Sharifah
2) Hamodal-En Zam, En Kabir, En Meiraj and Puan Rita
3) SimplySiti - Dato Sri Khalid, Dato Sri Siti Nurhaliza dan En Azuddin.
4) Brighstars - Datin Rafidah dan Puan Marissa Zarr
5) Sedania - Dato Firoz dan En Zahani
6) Dato' Nasri Nasrun
7) D'Aquarian - Dato' Wan Muhammad Zin
8 ) Yayasan Ihsan Rakyat - Datuk Hajjah Rozzanamoon


Tak lengkap lah sambutan ulangtahun tanpa sesi potong kek oleh barisan rakan kongsi Tetuan Ram Reza & Muhammad. Memandangkan order kek di tempat orang, tak berani lah nak ambil kek bertingkek-tingkek. Kita ambil yang simple tapi sedap. 


Lepas sesi potong kek, semua dijemput makan tengahari di Lakeside Cafe, tempat sama makan breakfast pagi tadi. Sebelum book Tadom Hill untuk buat Family Day, Datuk Hisham dah buat special request nak ada kambing dalam menu. Belek menu dekat Tadom Hill ada lamb grill, mudah sangat kerja kitorang bila apa yang dicari tu ada. Kenyang makan menu tengahari, I minta staff dekat cafe tu simpankan kek dalam chiller sebab ada banyak lagi. 

Sebelum semua berkumpul untuk aktiviti air, Ain agihkan nombor bilik masing-masing untuk berehat dan solat Zohor. Yang ada anak tu boleh bagi anak-anak berehat sekejap sebelum join aktiviti sukaneka. Kunci bilik kena ambil di kaunter pendaftaran di bahagian hadapan resort. 

Tepat jam 2, semua perlu berkumpul di kawasan lapang di antara dewan dan tasik. Sebelum masuk dalam air, kena la warm-up dulu untuk elakkan kejang otot. Sesi warm-up selama 20 minit diketuai oleh supervisor di Tadom Hill kemudian diteruskan dengan taklimat keselamatan dan pemakaian jaket keselamatan. Kebiasaannya jaket keselamatan cuma sarungkan pada badan dan klip di bahagian tengah tapi jaket keselamatan di Tadom Hill ada extra strap dari belakang badan ke bahagian depan for extra safety. 















Ada dua aktiviti air selama 2 jam. Pertamanya, warm-up session dalam air untuk sesuaikan diri dalam kawasan tasik dan hilangkan rasa panik dan takut. Aktiviti kedua pula adalah pertandingan rakit di mana setiap kumpulan perlu berlumba mendayung rakit hingga ke garisan penamat. Memandangkan ada kumpulan yang sedikit ahlinya untuk mendayung rakit, terpaksa lah satu kumpulan berpecah untuk seimbangkan jumlah. 



















Antara sebab kenapa jumlah kumpulan lawan rakit tak cukup ialah kerana sukaneka kanak-kanak ni. Apart from me being a photographer lah. Dah kalau semua masuk air, siapa nak menjaga the kids kan? Nampak je tak ramai tapi semput nak kepung semua. Dekat tangan memasing ada water gun, lagi sakan lah masing-masing tembak sana-sini. 








Me: Ayash, nak ambil gambar boleh tak? 
Ayash: Bolehhhh
*snap his cute face*
Ayash: Nak tengokkkk! Comel tak Ayashhh?!

Aktiviti air dengan sukaneka kanak-kanak berjalan serentak dan habis pun lebih kurang waktu yang sama. Ikutkan plan asal nak buat sukaneka kanak-kanak dulu tapi disebabkan plan awal dah berterabur dekat belah pagi makanya terpaksa lah ubah dan potong masa untuk aktiviti belah petang. Selesai kesemua aktiviti, bagi masa untuk juri kira markah kemudian bersambung lah ke upacara terakhir, Sesi Pemberian Hadiah. 

Sebelum Family Day lagi Kumpulan 3 dah target untuk jadi pemenang tapi biasa lah tu, kemenangan berpihak pada kumpulan lain. 



Sebelum Family Day berakhir, ada masa sikit lagi untuk free and easy activity. Yang perempuan dengan kanak-kanak sambung main dekat tasik. Ada yang berehat dekat dalam bilik. Yang lelaki main volley ball di kawasan berpasir di sebelah Hakka Village. Semangat lah dua team main volley ball sebab team yang menang akan dapat ganjaran wang tunai dari Datuk Hisham. 



Since I tak dapat join aktiviti air sebab jadi photographer terjun, sebelum balik tu spent time dengan Atie, Syaz, Sheera dan Yun main dekat water slide. Suara masing-masing menjerit tak payah cakap lah, satu Tadom Hill boleh dengar gamaknya. Awal-awal tu cuak sebab water slide dia curam tapi lepas slide sekali rasa gian pula nak slide lagi. Plus, kitorang turun slide berteman. Kalau turun sorang-sorang, tak berganjak punggung dekat situ. Melekat je dekat bahagian atas slide. 

Tak lama pun dapat main sebab guard dekat situ minta supaya kosongkan tasik bila hujan dan mula turun. Lepas pulangkan jaket keselamatan, kitorang rushing balik ke bilik untuk mandi dan solat Asar lepastu berkemas untuk check out. Syukur lah lepas habis bersiap tu hujan dah berhenti jadi semua orang pulang dengan selamat. 

Sambutan ulangtahun ke 25 ni mungkin nampak ringkas lah berbanding sambutan sebelum ni but I'm glad we all had fun that day. Mungkin ada yang terkurang dari pihak committee tapi itu lah yang termampu dalam kekangan masa dan tenaga. Untuk next year, Datuk dah janji nak buat company trip ke Terengganu sebab Ms Hanim personally request di hujung event, so yuppp looking forward for that!