Dinner di Sopoong CITTA Mall

Saturday 14 October 2023

credit: CITTA Mall website


Dah lama dah Sopoong bertapak dekat CITTA Mall tapi tak pernah tergerak hati nak cuba makan dekat sini. Bila colleague kata sedap lepastu try makan kimchi jigae Syaz beli dekat Sopoong baru confident nak makan. 

Lepak makan malam dengan Husna di Sopoong sebelum sambung kerja dekat office. Sebab stress nak makan sup pedas sebab tu ambil set ramen kimchi. Selain ramen, dia bagi side dishes dan gimbap. Husna ambil set udon dengan nasi goreng kimchi. Pastu I tambah fries sebab craving fries. Untuk air pulak sama-sama dapat iced green tea. 





Meriah betul meja untuk makan masa tu padahal makan berdua dan masing-masing jenis perut kecik. Ya, walaupun lemak I banyak tapi perut tetap kecik. Sebenarnya miscommunication sebab at first I nak ambil sundobu jigae sebab tu Husna ambil set nasi goreng kimchi lepastu entah kenapa tukar ambil set ramen kimchi. Haaa nangis lah nak habiskan semua. 

Ramen Kimchi dekat Soopong sedap, bau wangi kimchi tu semerbak. Makan pula panas-panas, kurang la sikit rasa stress tu. Nothing much pun untuk ramen sebab ramen biasa je. Bahan pun tak banyak. Sama jugak dengan nasi goreng kimchi Husna ada nasi, kimchi, telur dan hirisan seaweed sebagai topping. Udon pun sama, semata mee udon dengan kuah. 

Rasanya makan gimbap lagi meriah sebab ada banyak bahan dekat dalam gulungan tu. Gimbap dia well-seasoned, tak masin sangat, rasa manis kicap sikit dengan manis sayur fresh yang dia guna. Happy bila ada taburan bijan putih untuk setiap potongan gimbap. Pendek kata kitorang memang makan carbs semata lepastu tersandar sebab kenyang sangat. 

Nak cuba lagi makan dekat sini, mungkin makan la kot tapi cari yang set je sebab murah untuk hidangan tak berlauk. 

4 comments

  1. Fuh, terliur pulak nengok! 🤩

    ReplyDelete
  2. dulu nieyl penah try satu restoran korea ni, tapi x ingat la nama kedai dia dkt IOI tu..dia punya menu makanan korea yang mmg dia masak selera orang sana, tak ada ubah sikit pun, masa nieyl try tu terkulat juga ar muka nak habis kan hahaha... klu macam menu yang kak ana tunjuk ni nieyl dah penah makan, sedap kena dengan selera.

    ReplyDelete
  3. anak akak ada ajak mkn sopoong ni tp akak kalo menu korea ni mcm jenis bbq grill or ada ayam korea ok lg...kalo mcm ni rasa mcm tk tertelan hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.