Movie Review | Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023)

Sunday 8 October 2023


Director: Karan Johar 
Writers: Ishita Moitra, Shashank Khaitan, Sumit Roy 
Cast: Dharmendra, Jaya Bachchan, Shabana Azmi, Ranveer Singh, Alia Bhatt
Production Companies: Dharma Productions, Viacom18 Studios
Distributors: Viacom18 Studios, Amazon Prime Videos
Genre: Romantic Comedy
Running Time : 168 minutes
Release Date: 28 July 2023 
Trailer :


Naskhah romantik terbaru dari Karan Johar berkisar kehidupan dua buah keluarga yang jauh berbeza gaya hidup namun bertemu kerana dua kisah cinta. Rocky (Ranveer Singh) merupakan pewaris kepada Dhanlakshmi Sweets yang terkenal di Delhi. Kebanyakan masanya dihabiskan di gym atau parti bersama rakan baiknya, Vicky. 

Walaupun takut dengan ayahnya, Tijori Randhawa (Aamir Bashir) dan neneknya Dhanalakshmi Randhawa (Jaya Bachchan) tapi perangai tetap tak berubah. Satu hari datuk dia, Kanwal Lund (Dharmendra) yang menghidap amnesia berulang kali menyebut nama Jamini. Bila Rocky belek diari Kanwal, nama Jamini Chatterjee muncul dan pencarian tersebut berakhir pada nama Rani Chatterjee (Alia Bhatt), pembaca berita terkenal. 


Rocky jatuh cinta pandang pertama dengan Rani dan menggunakan misi penyatuan Kanwal dan Jamini sebagai jalan untuk luangkan masa bersama Rani. Tapi cinta dia ditolak kerana Rani tak boleh terima lelaki yang ‘unik’ seperti Rocky. Rani graduan universiti luar negara dengan karier hebat sementara Rocky tak pandai berbahasa Inggeris dan menganggur. General knowledge pun hancur. 

Tapi kalau dah namanya cinta, berbeza macam mana sekalipun, akal kata tidak pun hati tetap penasaran. Jadi Rocky dan Rani bertukar keluarga untuk kenal dan belajar selama 3 bulan. Berjaya atau tak kena tengok sendiri lah. 


Kalau sebut pasal Karan Johar memang tak lekang lah nama filem-filem yang jadi pujaan untuk kisah cinta macam K3G, Kuch Kuch Hota Hai, Kal Ho Na Ho, Student of the Year, Ae Dil Hai Mushkil atau Kalank. Sama juga dengan filem Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani, ramai yang ada expectation tinggi. Expectation I dah mati bila tengok trailer filem ni sebab Ranveer Singh dengan Alia Bhatt tak ada chemistry. 

Dari trailer pun dah boleh baca perjalanan kisah cinta Rocky dengan Rani. Sayang lah sebab filem ni tak ada banyak sangat pun yang seronoknya. Idea yang dibawakan tu terlampau berat untuk kisah cinta, even lagi berat dari My Name Is Khan (2010). KJo cuba nak letak dua pemikiran yang berbeza – progresif dengan konservatif dalam satu bumbung yang sama. Boleh tu memang boleh tapi akan ada banyak tolak ansur di mana watak Rani dan Rocky tak mampu bawa dan yakinkan penonton. Kalau chemistry pun tak ada, celah mana nak yakinkan perkara yang lebih besar? 


Ranveer Singh mudah sangat nak lakonkan watak Rocky sebab karakter dia memang macam tu in real life. Tapi jadi masalah bila Alia tak mampu nak catch up energy dia. Tak faham kenapa KJo nak bawa Alia masuk sebagai Rani sedangkan dia tak mampu nak tonjolkan aura seksi yang director nak tu. Annoyed bila setiap kali Rani muncul, ada theme song Queen Bee padahal tak match pun dengan vibe Alia. KJo macam nak recreate Desi Girl, Naina Yeh Jawani Hai Deewani atau Naina K3G tapi gagal teruk. Stress dengar Alia berceramah atau menjerit. 

Bab sinematografi, KJo menang dekat situ sebab dia memang ada dreamy vision untuk semua filem cinta. Tapi Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani tak ada music album yang kuat untuk carry ambience filem tu. I suka lagu Tum Kya Mile sebab lirik puitis dari Amitabh Bhattacharya. Yang lain, semuanya bersifat passable. Habis lagu tu dalam movie, habislah. 



Komedi yang dimasukkan pun hambar, mungkin sebab tak faham reference tapi supporting cast pun tak pandai nak deliver jugak. Patutnya tak payah masukkan pun love angle antara Kanwal dengan Jamini sebab kacau momen Rocky dengan Rani. Bab berceramah pun perlu kurangkan especially part Rocky kena paksa pakai bra. Feminism tu over sangat sampai ada babak Anjali dengan Rocky tenung bra dekat jemuran tanda Rocky dah tak segan dengan bra. Tsskk. 

Banyak juga lah percubaan KJo untuk masukkan nostalgia lama sebagai tribute kepada filem popular dia. Tapi bila tahu perangai Ranveer nak ganti SRK lepastu teringat dalam Koffee With Karan dia paksa Alia pilih fanbase Ranveer-Alia over Varia, terus rasa menyampah. It feels forced and no, Ranveer-Alia is farrrrr from SRK-Kajol. 


Satu je lah nak puji pasal performance Ranveer dalam filem Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani bila dia menari dengan tota Roy Chowdhury untuk lagu Dola Re Dola. Terbaik lah sebab dia perform Kathak untuk lelaki sekaligus pecahkan taboo dan stereotype yang Kathak cuma untuk wanita. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

3 comments

  1. datang singgah sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang terlayan juga movie mcnie..kan..best

    ReplyDelete
  3. karan johar kalau dia punya movie selalunya best best

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.