Celebrate Birthday di Izzat Steamboat & Grill

Monday 30 October 2023


Bulan September untuk family agak special sikit lah sebab ramai yang lahir pada bulan ni. My birth date pada minggu pertama, adik bongsu di pertengahan bulan sementara arwah ayah dulu pada hujung bulan. Dulu selalu celebrate bertiga, now berdua je. 

Bila tanya Farah dia nak celebrate dekat mana, dia kata nak makan steamboat. Berkerut dahi jugak lah bila dengar dia jawab macam tu sebab sebelum ni, bila bawak pergi steamboat dia tak makan. Worst case, dia tidur je sementara tunggu kitorang habis makan. Kali ni dia yang request. Mungkin sebab dah besar kot, selera tekak pun dah berubah. 

Google dekat area Sungai Besar, dah tak ada restoran steamboat. Terpaksa luaskan radius pencarian tu dan terjumpa  Izzat Steamboat & Grill di Teluk Intan. Okay lah lepak makan dekat sini sebab dekat je dengan rumah, dalam setengah jam macam tu. 


Nak cari pun mudah je restoran Izzat Steamboat & Grill ni. Waze je terus keluar. Restoran ni dekat tingkat bawah Anson Hotel Teluk Intan. Masa kitorang sampai tu around lunch hour tapi tak ramai pun orang so senang la dapat parking. Sejam lepas tu baru start ramai tapi parking space still cukup untuk tampung. 

Restoran Izzat Steamboat & Grill ni baru saja dibuka bulan Ogos lepas jadi restoran dia masih baru dan cantik. Interior restoran ni moden, ala-ala Korea sebab ada penyedut asap tu so tak ada lah baju melekat bau grill. Lantai je lah licin sikit. Silap pulak pakai selipar cap ayam masa tu. 

Kaunter penyusunan makanan pun cantik je teratur. Seronok ye tengok kaunter sos dia sebab ada pelbagai jenis sos. Jarang steamboat ada mustard dengan wasabi tapi dekat sini ada. 





Memandangkan datang masa lunch hour, I pergi ambil Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Minang dekat kaunter Ready-to-Eat sebab tak pernah lagi rasa masakan tu. Kalau pergi sini dan ada menu ni, wajib try sebab sedap. Nasi Hujan Panas pun wangi dan cantik kejadiannya. 




Harga untuk satu kepala, RM40 jadi boleh faham lah kenapa tak banyak seafood dekat restoran Izzat Steamboat & Grill ni. Seafood yang ada pun frozen teruk. Sotong is a big no lah sebab tawar. Lama pulak tu nak tunggu dia defrost sebab ais tebal kemain. Kerang pun dah kecut isinya. I ambil kepah putih je lah tapi tak makan banyak sangat sebab tak fresh. Ingatkan steamboat dekat Teluk Intan ada stok seafood fresh lah sebab dekat dengan laut. Udang gah pun tak ada :')

Nasib baik ada juga daging dan kambing diperap dalam pelbagai rempah. Kitorang suka makan Chief Signature Beef, Teriyaki Lamb dengan BBQ Beef. Tak banyak pun pilihan tapi boleh lah buat ghaso-ghaso. Tengok dekat akaun Instagram restoran ni, menu dia sentiasa bertukar dan bertambah so mungkin lepas ni makin banyak pilihan. 




Dekat sini meja boleh pilih sendiri nak yang mana dan kitorang buat pilihan yang tidak bijak sebab ada 6 mulut tapi pergi ambil meja yang cuma ada satu je grill. Terpaksa lah tunggu lama untuk daging tu masak. Banyak kali jugak lah staff restoran tu tolong tukarkan paper untuk kitorang. Kalau ambil dua, boleh bergilir dan lebih banyak ruang untuk grill. 



Tak makan banyak pun dekat sini sebab tak banyak pilihan tapi penuhkan perut dengan semua makanan yang dia hidang. Bubur Pulut Hitam ni sedap sebab pekat. Rasa manis berlemak tapi tak mampu nak makan banyak sebab perut dah kenyang. 



Sebab kitorang lama dekat situ, owner pun datang tegur padahal dah nak angkat punggung dah sebab semua dah kenyang. Lepas habis conversation, habiskan mana yang patut pastu balik. Bila dalam kereta Farah tanya kenapa tak ada daging yang boleh gulung-gulung tu. Demmmm, dia nak makan Suki-ya rupanya. 

4 comments

  1. wahhh..meriahnya.. banyak pilihan, puas makan kan...

    ReplyDelete
  2. Susun atur restoran nampak moden cantik, tapi sayang eh seafood kurang sikit

    ReplyDelete
  3. susun atur cantik tapi kalau food yang dia offer tak cantik pun mcm tak berbaloi datang steambot.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.