MAJALAH 3 MENELUSURI SISI PERIBADI TUN HASMAH DI SEBALIK SOSOK NEGARAWAN

Monday, 5 October 2026

MAJALAH 3 MENELUSURI SISI PERIBADI TUN HASMAH DI SEBALIK SOSOK NEGARAWAN | Dokumentari Khas ‘Tun Dr Siti Hasmah’ Himpunan Perkongsian Insan Terdekat

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2026 - Mengimbau kembali sosok wanita di sebalik seorang negarawan yang meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, masyarakat dan negara, program dokumentari TV3, Majalah 3 bakal menampilkan sebuah dokumentari khas ‘Tun Dr Siti Hasmah’ sebagai penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, yang turut dikenang sebagai seorang “ibu” yang dekat di hati rakyat. 

Dokumentari istimewa berdurasi sejam ini bukan sekadar merakamkan pemergian Allahyarhamah, namun turut membawa penonton mengenali sisi Tun Hasmah yang mungkin tidak pernah dilihat di sebalik kehidupan beliau sebagai isteri kepada mantan Perdana Menteri, tokoh perubatan serta figura yang cukup dikenali di Malaysia.

Lebih menarik, dokumentari ini menghimpunkan perkongsian daripada beberapa individu yang pernah mengenali Allahyarhamah secara dekat, antaranya isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara; Erma Fatima, penerbit dan pengarah terkenal; dan Profesor Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM).

Keperibadian Allahyarhamah yang sentiasa merendah diri serta melayan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan menjadi antara perkara yang diketengahkan. Kisah Siti Masitah Awang Kechik, yang menyediakan kuih-muih tradisional kegemaran Allahyarhamah, menjadi gambaran tingkah laku Allahyarhamah menghargai insan di sekelilingnya dan melayan mereka seperti keluarga sendiri.

Keprihatinan Tun Hasmah turut terserlah menerusi perkongsian Datuk Seri Dr. Wan Azizah mengenai perjalanan beliau sebagai antara perintis dalam bidang perubatan, selain Datuk Rashid Sidek yang mengimbau perhatian Allahyarhamah terhadap kebajikan atlet negara. Turut mencuri perhatian ialah perkongsian Erma Fatima mengenai sisi peribadi pasangan Tun Hasmah dan Tun Dr. Mahathir, termasuk beberapa kisah menarik tentang kehidupan mereka. 

Daripada kenangan sebagai seorang sahabat dan mentor, pengalaman dalam dunia seni dan sukan, sehinggalah kisah kehidupan keluarga, setiap perkongsian memperlihatkan sisi berbeza Tun Hasmah yang mungkin tidak pernah diketahui umum. 

Lebih daripada sekadar merakam perjalanan hidup seorang tokoh, ‘Tun Dr Siti Hasmah’ mengangkat kisah seorang wanita yang menyerlahkan kekuatan melalui keteguhan prinsip, ilmu, kasih sayang serta pengorbanan sepanjang hayat.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Majalah 3 Istimewa: Tun Dr Siti Hasmah, secara eksklusif pada 5 Oktober 2026, jam 9.00 malam di TV3 dan boleh strim melalui Tonton.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.