OFFICIAL TRAILER ‘PEMUJA SYAITAN’ KINI DIPAPARKAN! | RAHSIA KAPSUL MASA, BISIKAN KEGELAPAN DI PULAU TERPENCIL
Misteri yang lama terpadam kini kembali menyapa, apabila Official Trailer filem seram paling dinantikan tahun ini Pemuja Syaitan, arahan pengarah berdedikasi Liyana Jasmay secara rasminya telah dimuat naik dan sedia menghantui media sosial anda.
Menerusi paparan trailer baharu Instagram Mermaid Studios, penonton disajikan dengan visual sinematik yang tebal dengan ketegangan dan atmosfera misteri yang mencengkam emosi. Kisah bermula dengan perhimpunan semula sekumpulan bekas rakan sekolah di sebuah pulau terpencil bagi mengimbau kenangan lama. Namun, suasana nostalgia itu bertukar menjadi mimpi buruk selepas sebuah kapsul masa lama digali semula, lalu membongkar rahsia terlarang yang sekian lama tersimpan.
Paparan trailer tersebut turut memperlihatkan satu demi satu babak mencemaskan, daripada gangguan ghaib yang sukar dijelaskan, pengkhianatan sesama rakan, sehinggalah kepada ketakutan sebenar apabila sisi gelap manusia dan ancaman ilmu hitam mula memburu mereka tanpa henti.
Naskhah penuh suspen psikologi ini menghimpunkan persembahan mantap daripada gandingan julung kali pelakon terkemuka dan berbakat besar Zul Ariffin, Aila Azizul,, Elizabeth Tan dan Nadhir Nasar.
Sinergi mantap mereka turut diperkuatkan lagi dengan watak-watak penting yang dihidupkan oleh Dr Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay, Marsha Biddulph, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Aida Amron, Ellyza Azizi, dan Dhabita Auji.
Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober 2026. Filem ini diedarkan oleh SKOP Productions Sdn Bhd, manakala Primeworks Studios bertindak sebagai Rakan Pemasaran.
Saksikan Official Trailer Pemuja Syaitan di platfom media sosial rasmi Mermaid Studios sekarang, seterusnya bersiap sedia mengumpulkan rakan-rakan serta keluarga untuk merasai sendiri pengalaman sinematik yang mencengkam jiwa ini di pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Oktober 2026.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal membongkar rahsia kegelapan di pulau berkenaan dan kunci tarikh anda di pawagam berdekatan!
#PemujaSyaitan
.jpeg)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.