Pengarah: Anggy Umbara
Penulis Skrip: Anggy Umbara, Dewi Fita, Aditya Santana
Pelakon: Meriam Bellina, Raihaanun, Omar Daniel, Sitha Marino, Jeremie Moeremans, Fairuz A Rafiq, Karlina Inawati, Kevin Faulky
Syarikat Produksi: VMS Studio, Umbara Brothers Film
Pengedar: 10 Star Cinemas, Vidio
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2026
Trailer:
Setelah kematian bapanya, Damar (Omar Daniel) menggalas beban yang semakin bertambah setelah ibunya perlu menjaga kesihatan supaya tidak terkena strok. Adiknya, Danan (Jeremie Moeremans) masih lagi belajar di sem akhir jadi yuran semesternya perlu dibiayai oleh keluarga. Sementara adik perempuannya, Bella (Sitha Marino) menyimpan duit untuk dapatkan visa bekerja di Australia bersama rakannya.
Semua perbelanjaan keluarga diletakkan pada Damar hingga dia terpaksa pujuk isterinya, Intan (Raihaanun) untuk tangguhkan sementara rancangan mereka untuk menyewa di luar. Intan faham tapi rakannya, Sisi (Fairuz A. Fariq) mula nasihatkan supaya jangan berlembut dengan keluarga mertua takut diambil kesempatan.
Ternyata betul apa yang dikata Sisi kerana tak lama setelah pembantu-pembantu rumah diberhentikan, Intan yang menguruskan rumah. Sudah lah dia yang mengemas, memasak dan membersihkan tapi Bella dan Danan tak pernah membantu. Damar sentiasa tiada di rumah jadi kebanyakan masa semua rasa tak enak dipendamkan saja. Ibu mertua dia (Meriam Bellina) juga sering menyindir dan berkasar dengan Intan.
Adik Intan pujuk untuk berehat di rumah keluarga kerana Intan nampak semakin kusut dan penat tapi Intan masih ingin membantu suaminya. Dia yakin Damar masih ingat dengan janji dia untuk bawa Intan keluar tinggal di rumah lain. Namun janji tinggal janji dan duit simpanan mereka habis digunakan oleh keluarga Damar.
Filem Keluarga Suami Adalah Hama diadaptasikan dari filem pendek arahan Aditya Santana yang mengangkat beban generasi sandwich seperti Intan dan Damar. Tak lari jauh filem ni dengan beban yang ditanggung oleh watak utama dalam filem Home Sweet Loan (2024) juga 1 Kakak 7 Ponakan (2025) cuma diperdalamkan lagi bila watak utama sudah berkahwin.
Setiap babak buatkan konflik semakin tegang dan perasaan benci bertambah. Kalau babak sebelumnya sudah ada jalan penyelesainnya oleh Damar, nanti akan muncul lagi masalah baru. Tak sempat lega dari sakit tadi, penulis masukkan lagi perasaan sedih dan penat. Kita yang tengok pun penat apatah lagi Intan yang hadap setiap hari.
Benda yang orang perempuan takut akan terjadi selepas berkahwin digambarkan dengan tepat dalam filem Keluarga Suami Adalah Hama. Makin kejam bila dua watak wanita yang dimasukkan lah yang paling teruk menindas Intan. Pedih betul bila Bella cakap dia tak nak jadi macam Intan sedangkan dia yang letak Intan dalam posisi tu.
Patutnya dia yang jaga mak dia sakit dekat rumah. Kalau tak pandai memasak pun, tolong sediakan bahan. Semua masalah ni jadi sebab mak Damar manjakan sangat anak-anak sampai hilang adab dan hormat dekat orang. Patutnya Damar tampar sekali Bella tu biar ada akal. Baran betul tengok babak Danan ceramahkan abang dia pasal mentaliti makan gaji. Typical Gen Z.
Sinematografi Keluarga Suami Adalah Hama tak lah menyerlah dan ada kalanya terlihat seperti drama TV yang biasa. Music album juga menghimpunkan lagu-lagu yang mempunyai lirik tentang kehidupan setelah dewasa. Rentak dia pop sedangkan mood filem dah mula kelam dan menyesakkan dada.
Walaupun mempunyai penceritaan yang kuat pada konfliknya dan dramanya tapi penyelesaian keluarga Damar agak bernasib baik lah. Mungkin sebab filem kan padahal penulis boleh sangat kuatkan lagi babak drama antara Intan dan Damar. Tak patut langsung final scene dekat café, babak tu nampak tenang dan tak puas sedangkan kita pun rasa nak ronyoh je Damar.
Jarang nak suka dengan filem sutradara Anggy Umbara macam Jin & Jun (2023), Gundik (2025) dan lain-lain tapi Keluarga Suami Adalah Hama tampil sebagai naskhah yang bagus dan beremosi. I wish Anggy Umbara hasilkan lebih banyak filem dengan tema macam ni sebab dia sendiri dah berkahwin dan faham posisi Damar macam mana. I suka ending setiap watak dalam keluarga Damar, thanks Anggy.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.