AINA ABDUL PERTARUH ‘BLUEST SKY’ BAWA HARAPAN MALAYSIA KE PERSADA DUNIA, OPTIMIS TAWAN EUROVISION ASIA 2026

Thursday, 8 October 2026

LAKAR SEJARAH BAHARU, AINA ABDUL PERTARUH ‘BLUEST SKY’ | BAWA HARAPAN MALAYSIA KE PERSADA DUNIA, OPTIMIS TAWAN EUROVISION ASIA 2026

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2026 — Setelah diumumkan sebagai wakil rasmi Malaysia ke Eurovision Asia 2026 menerusi pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Ogos lalu, kini terjawab persoalan yang dinanti-nantikan mengenai karya yang bakal dibawa oleh penyanyi versatil dan penulis lagu terkemuka negara, Aina Abdul. Bluest Sky, sebuah lagu balada terbaharu nukilan Aina sendiri yang bukan sahaja menandakan fasa baharu dalam perjalanan muzik beliau bersama TV3, malah menjadi pertaruhan utama negara di pentas antarabangsa tersebut.

Dicipta sendiri oleh Aina Abdul dengan susunan muzik eksklusif daripada pengubah Mac Chew, Bluest Sky hadir sebagai sebuah power ballad berskala besar yang dibina menerusi ratusan trek instrumen. Di sebalik susunan muziknya yang gah, lagu ini membawa kisah tentang cinta, duka dan ketidakpastian dalam sebuah hubungan, namun tetap menyuntik harapan bahawa kesedihan tidak akan kekal selamanya.


Mengulas mengenai bait lirik dan penghayatan lagu tersebut, Aina meluahkan rasa bangganya sewaktu pertama kali mendengar versi master karya berkenaan, kerana ia merealisasikan impiannya untuk menghasilkan sebuah power ballad yang besar dan sarat dengan susunan instrumen. Beliau turut menjelaskan bahawa lagu ini membawa makna yang sangat mendalam dan menyedihkan tentang seseorang yang berada dalam hubungan penuh ketidakpastian, namun pada masa yang sama tetap menyuntik harapan bahawa kesedihan tersebut tidak akan kekal selamanya.


Menurut Aina, Bluest Sky juga menjadi antara karya paling mencabar pernah dirakamkannya, khususnya dari sudut emosi. "Lagu ini antara yang paling mencabar untuk dirakamkan, terutamanya dari sudut emosi. Dalam masa seminit sahaja, saya perlu menyampaikan pelbagai rasa daripada cinta, duka dan keliru sehinggalah rasa penat. Melalui pendedahan di pentas antarabangsa kelak, saya berharap Bluest Sky dapat memperkenalkan siapa sebenarnya Aina Abdul dan menempatkan muzik kita di persada dunia." katanya. 


Bagi meraikan pelancaran Bluest Sky, sebuah sesi pendengaran eksklusif diadakan pada 8 Oktober 2026 di Rex KL, Petaling Street, menghimpunkan pihak media dan peminat terdekat untuk menjadi antara yang pertama mendengar lagu yang bakal dibawa Aina ke Eurovision Asia 2026.

Berkonsepkan suasana di awan, acara tersebut menawarkan pengalaman audio visual yang intim, selain membuka ruang buat Aina berkongsi kisah di sebalik pembikinan lagu serta persiapannya menuju pentas antarabangsa. Dengan Bluest Sky, Aina kini bersedia membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya membawa suara, muzik dan nama Malaysia ke pentas Eurovision Asia 2026.


Para peminat dan penonton boleh menyaksikan siri kapsul khas, 'Malaysia Memburu Impian bersama Aina Abdul', dokumen perjalanan Aina Abdul menuju Eurovision Song Contest Asia 2026, menerusi kapsul berdurasi dua minit, bersiaran secara mingguan dalam program Melodi di TV3. Selain turut dimuat naik secara rasmi di platform media sosial Instagram @meloditv3, Tiktok @TV3malaysia atau @meloditerhangat, bagi mengikuti perkembangan terkini persediaan Aina secara lebih dekat.

LIRIK LAGU BLUEST SKY
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Mac Chew
Lirik: Aina Abdul
Studio: Alternate Records & Talents

[Verse 1]
This love feels like
like the water
spilling over
like a river

[Verse 2]
Those eyes
those stares
feels like a symphony
plucking each note like a violin

[Pre chorus]
Remember the warmth of my fingers
running through your hair
Remember the silence when we had
nothing to say
If time could turn back, would you
come running like you did before?
Would you still carved my name in
your deepest heart?

[Chorus]
If this is love, then why does it feel
so drowning?
If this is love, then why does it feel
like a burden?
like a heartache
eh eh eh eh eh eh eh

(BVs)
tenggelamkan sedihku
terapungkan bahagiaku
di kala bulan berbisik rindu
aku rinduuu.. Chorus
If this is love, then why does it feel
so drowning?
If this is love, then why does it feel
like a burden?
like a heartache
If this is love, then why does it feel
so drowning?

If this is love, then why does it feel
like a burden?
like a heartache
(I lose myself in your bluest sky
If losing myself means finding you
then I don’t want this to be over)

*********************

Mengenai Alternate Records & Talents
Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat  memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya. 
 
Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram @alternate.my_

Mengenai Aina Abdul Entertainment
Aina Abdul Entertainment (M) Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat hiburan dan produksi muzik dinamik dari Malaysia yang diasaskan oleh penyanyi vokal luar biasa dan penulis lagu terkemuka, Aina Abdul. Komited untuk mentakrifkan semula landskap kreatif serantau, syarikat ini mengkhusus dalam pengurusan artis profesional, produksi konsert berimpak tinggi, gubahan muzik asli serta penjenamaan visual avant-garde. Menerusi gabungan seni vokal yang mengagumkan di samping strategi pemasaran inovatif, Aina Abdul Entertainment membawakan momen kebudayaan yang tidak dapat dilupakan serta memartabatkan ekspresi seni tulen di seluruh Asia Tenggara.

Mengenai Sony Music Entertainment 
Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model 

perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami sini.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.