Pengarah: Zulkarnain Azhar
Penulis Skrip: Zulkarnain Azhar
Pelakon: Mimi Lana, June Lojong, Fad Anuar, Nadiya Nisaa, Namron, Riezman Khuzaimi, Amir Nafis, Azizah Mahzan, Abi Madyan, Nesa Idrus, Umar Shakur, Aloy Paradoks, Siti Elizad Sharifuddin
Syarikat Produksi: Apuu Films, Golden Star Pictures
Pengedar: 10 Star Cinemas, Primeworks Studios, Astro Shaw
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 28 Mei 2026 (Malaysia), 17 September 2026 (Netflix)
Trailer:
"Yang mati meninggalkan yang hidup, yang hidup, hidup bersama yang mati."
Maria Hadi (Jun Lojong) merupakan seorang penyanyi era 80-an kemudiannya tinggal bersama dengan suami barunya di kawasan terpencil. Tahun 1998, Maria Hadi, suaminya dan pembantu mereka bernama Jai ditangkap oleh polis setelah mendapat bukti kehilangan dan pembunuhan seorang usahawan dan keluarganya.
Mereka bertiga dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Wartawan bernama Fatima (Mimi Lana) mendapat temu bual eksklusif bersama Maria di dalam penjara. Mendengar Maria bercerita tentang harta yang ditanam di tepi kolam itik di kawasan rumahnya, buatkan Fatima tak senang duduk. Dia ajak suaminya, Mamat (Fad Anuar) ke rumah Maria.
Mamat sudah lama menyembunyikan diri di rumah gara-gara skim MLM yang gagal ditambah pula dengan hutang yang menimbun. Harta milik Maria Hadi adalah peluang untuk mereka keluar dari tempat jin bertendang dan hidup selesa seperti dulu. Tapi sayang, harta yang dimaksudkan bukanlah wang ringgit tapi anak belaan Maria, 3 ekor polong.
Filem Polong arahan dan penulisan Zulkarnain Azhar diinspirasikan oleh kisah jenayah yang dilakukan oleh Mona Fandey pada era 90-an. Banyak fakta berkaitan Mona Fandey dimasukkan ke dalam watak Maria Hadi macam jenayah pembunuhan, tohmahan masyarakat kepada Mona yang mengamalkan ilmu hitam, amalan Mona ketika berada di dalam penjara dan banyak lagi. Rumah yang digunakan dalam filem Polong pun tak jauh beza dengan rumah sebenar Mona Fandey.
Dari first look sampai ke filem, I amaze dengan Jun Lonjong yang berjaya wujudkan persona Mona Fandey. Setiap kali pandang rasa seram walaupun dia cuma senyum. Tak cukup dengan Jun Lojong, Nadiya Nissa pun ada iras Jun jadi dengan mudahnya lakonan dia sebagai Marissa menguatkan lagi penceritaan Polong.
Sinematografi dari Saifuddin Musa melahirkan suasana zaman 90-an dengan cemerlang didukung oleh penggunaan props seperti kereta, televisyen, perakam suara dan banyak lagi. Namun kelemahan terbesar Polong terletak pada pencahayaan yang terlalu suram sampaikan tak nampak entiti seram yang dimasukkan.
Pace filem Polong tersangatlah perlahan sampai hilang fokus pada beberapa babak. Nak tunggu Budi (Amir Nafis) habis marah Asya (Nesa Idrus) pun lama. Patutnya penulis kembangkan lagi babak Fatima dan Mamat memandangkan material untuk watak Maria Hadi dan Marissa agak terhad. Tak pun tambah lagi babak Sarjan Azizah (Siti Elizad Sharifuddin) dengan Maria Hadi dekat dalam penjara.
Penceritaan Polong juga kurang jelas macam babak Polong menurut kata Mamat sedangkan Fatima sama-sama gali harta Maria, sama-sama dengar rakaman kaset kepunyaan Maria tapi yang sakitnya Fatima bukan Mamat. Sama juga bila Mamat suruh bunuh Budi tapi yang meninggalnya watak-watak lain. Di penghujung cerita nampak merepek bila penulis cuba hadirkan plot twist tapi nampak dangkal. Kalau ambil, kenapa beria melawan dari awal? Apa faktor dia ambil?
Personally, for me cerita Polong terlihat lemah dan mengelirukan bila ada babak yang tonjolkan sisi bagus Maria Hadi ketika di dalam penjara yang mana diambil oleh cerita Sarjan Azizah sebenar. Dalam babak lain, nampak sisi buruk Maria juga bila dia perdayakan Fatima. Kalau baik, kenapa aniaya orang sebelum pergi? Dia macam ada dua watak yang berbeza dalam satu jasad.
Apapun, semua kelemahan Polong tak lah mengganggu tontonan sangat kecuali orang yang hidup dengan Mamat. Rasa terganggu betul tengok watak Asya angau tengok Mamat tapi lagi tak boleh hadam macam mana Fatima boleh tahan hidup dengan Mamat.
Lepas tengok Dukun (2018) dan Polong, persoalan-persoalan utama berkaitan Mona Fandey masih belum terjawab. Kenapa dia bunuh ahli politik tu? Kenapa dia amalkan ilmu hitam kalau dia popular pada tahun 80-an? Tapi itu lah, dua filem ni pun tak ada jawapan ni sebab kalau ada mesti dah cerita kan?
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.