Kuala Lumpur, 7 Oktober 2026 – Satu pertemuan semula bertukar menjadi mimpi ngeri penuh tragedi apabila rahsia lama kembali terbongkar dalam Pemuja Syaitan, filem horror sulung arahan Liyana Jasmay. Mengangkat kisah persahabatan, pengkhianatan dan ketakutan, filem ini bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara bermula 15 Oktober 2026.
Diterbitkan oleh Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, dengan Skop Productions Sdn Bhd sebagai rakan pengedaran dan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran, filem ini menampilkan barisan pelakon utama Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan. Turut membintanginya ialah Ellyza Azizi, Dhabita Auji, Aida Amron, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay dan Marsha Biddulph.
Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekelas iaitu Khatijah (Aila Azizul), Ana (Ellyza Azizi), Marissa (Dhabita Auji), Nazim (Nadhir Nasar), P (Aida Amron) dan Julie (Elizabeth Tan) yang kembali berkumpul di kampung halaman mereka beberapa bulan selepas tamat sekolah, bersama beberapa individu lain. Pertemuan tersebut berubah apabila mereka menggali semula sebuah kapsul masa yang pernah ditanam bersama, membuka kembali pengkhianatan dan kenangan pahit yang selama ini terpendam.
Malam yang sepatutnya dipenuhi nostalgia akhirnya bertukar menjadi satu pengalaman ngeri apabila mereka berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah dijangka. Keesokan harinya, enam mayat ditemui, manakala seorang individu hilang dan seorang lagi ditemukan dalam keadaan trauma.
Kes tersebut kemudiannya membawa Inspektor Zul (Zul Ariffin) ke pulau berkenaan untuk menyusun semula kronologi malam berdarah tersebut. Namun, semakin jauh siasatan dijalankan, semakin beliau sedar bahawa kebenaran yang tersembunyi menuntut harga yang lebih besar daripada apa yang dibayangkan.
Apakah yang sebenarnya berlaku pada malam tersebut, dan mampukah Inspektor Zul merungkai apa yang berlaku sebelum semuanya terlambat?




Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.