Movie Review | Munafik: Melawan Iblis (2026)

Sunday, 4 October 2026

 

Pengarah: Guntur Soeharjanto  
Penulis Skrip: Kota Cerita Writers Room  
Pelakon:  Arya Saloka, Acha Septriasa, Dimas Aditya, Faqih Alaydrus, Donny Damara, Widi Dwinanda, Annisa Hertami, Nova Eliza, Oce Permatasari, Elvira Devinamira  
Syarikat Produksi: Unlimited Production, Skop Productions, Legacy Pictures, AZ Films, Komet Productions    
Pengedar:  Astro Shaw (Malaysia)
Genre: Supernatural / Seram / Agama 
Durasi Tayangan: 105 minit
Tarikh Tayangan: 3 September 2026 (Indonesia), 1 Oktober 2026 (Malaysia)   
Trailer:


Filem Munafik bermula dengan babak Ustaz Adam (Arya Saloka) meruqyah Mutia (Annisa Hertami) yang dirasuk oleh jin. Selepas sesi ruqyah, Mutia muntahkan darah hitam pekat bersama lipan hidup. Pulang saja dari rumah tersebut, Ustaz Adam bersama keluarganya pergi ke pantai untuk meluangkan masa bersama. 

Dalam perjalanan pulang, Ustaz Adam cuba mengelak Mutia yang berdiri di tengah jalanraya. Nasib dia baik kerana sempat mengelak namun mereka kemalangan setelah dihentam oleh sebuah kereta yang bergerak laju. Akibatnya, isterinya, Aini (Widi Dwinanda) meninggal di tempat kejadian dan Amir (Faqih Alaydrus) pula cedera parah. 


3 bulan dari kemalangan tersebut, Ustaz Adam mula menolak permintaan orang kampung untuk meruqyah. Dia juga tidak lagi berjemaah di masjid kerana ingin menjaga Amir di rumah. Namun usaha dia sering diendahkan oleh Amir kerana anaknya rindu pada si ibu. Ustaz Adam sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mencari pemilik kereta yang melanggar keluarganya kerana dia ingat no plat kereta tersebut. 

Dalam masa yang sama, Ustaz Adam mengalami gangguan dari makhluk halus. Sama juga dengan Fitri (Acha septriasa), jururawat yang merawat Ustaz Adam juga anak kepada dermawan bernama Haji Mansur (Donny Damara). Rakan baik Ustaz Adam, Anwar (Dimas Aditya) pujuk untuk bantu Fitri kerana mungkin jawapan kepada ujian yang menimpa Ustaz Adam ada pada kes ini.


Filem Munafik: Melawan Iblis merupakan remake kepada filem ikonik Syamsul Yusof iaitu Munafik (2016). Komet Productions berjaya membeli IP Munafik dan bakal menghasilkan trilogi Munafik bersama Skop Productions Sdn Bhd. Pengarah Guntur Soeharjanto popular dengan filem-filem bertemakan agama dan seram seperti Assalamualaikum Beijing (2014), Ayat-ayat Cinta 2 (2017), Backstage (2022), Suzzanna: Malam Jumat Kliwon (2023), Dosen Ghaib: Sudah Malam atau Sudah Tahu (2024) dan banyak lagi sepanjang 18 tahun bekerja sebagai pengarah filem. 

Penceritaan filem Munafik: Melawan Iblis sedikit berbeza dari filem Munafik (2016) dengan pengurangan watak sampingan juga elemen drama yang lebih mendalam. Kalau dalam filem Munafik, Ustaz Adam mula diganggu sejak merawat Maria (Nabila Huda) tapi dalam filem Munafik: Melawan Iblis, dia sudah bermula sejak menyelamatkan Mutia. 


Jujurnya I lebih suka penceritaan Munafik: Melawan Iblis yang lebih bercerita berbanding Munafik (2016) yang lebih banyak tekankan tentang sisi munafik pada pelbagai watak. Bila bercerita, nampak lah siapa watak Ustaz Adam, keluarga dia, masyarakat sekitarnya dan kita diperkenalkan juga dengan keluarga Fitri. 

Dalam filem Munafik: Melawan Iblis, watak ibu tiri iaitu Hajjah Zaenab (Nova Eliza) tak lah sebanyak watak Zati namun penulis berjaya tonjolkan konflik dalaman keluarga kaya tersebut. Penceritaan pada first half filem diceritakan dengan baik lantas mendukung momentum pada final act. Sama juga dengan keluarga Ustaz Adam bila banyak babak bonding antara Ustaz Adam dengan Amir di awal cerita sampai kita puas hati tengok second half dan final act. 

Babak seram dalam filem Munafik: Melawan Iblis tak lah sebanyak filem Munafik (2016) dan kebanyakannya lebih ke arah gore yang kena dengan selera penonton Indonesia. Babak Fitri berlawan dengan Ustaz Adam dipanjangkan dan mempunyai stunt yang dilakonkan oleh Acha sendiri.

 
Sama macam Munafik (2016), I suka dengan bacaan ayat ruqyah dan ayat-ayat Al-Quran oleh  Syamsul Yusof, bila dibikin semula, Arya Saloka masuk kelas supaya bacaan dia sama bagus dengan Syamsul. Guru yang mengajar dia pun puji bacaan Syamsul jadi usaha yang diletakkan oleh Arya untuk watak Ustaz Adam terlihat menjadi dan meyakinkan. Rasanya ini watak pertama Arya sebagai ustaz so I’m impressed. 

Sinematografi dari Enggar Budiono mengukuhkan lagi penceritaan Munafik: Melawan Iblis dengan syot yang menarik, penggunaan transisi juga slo-mo untuk mendapatkan visual yang menarik. Syaifullah Praditya masukkan bunyi yang menguatkan lagi suasana seram dan drama yang diperlukan. 



Penggunaan lagu Kemarin dari Seventeen yang digubah oleh Herman Sikumbang meruntun jiwa untuk pendedahan di penghujung cerita. Lirik lagu tu kena sangat dengan ujian Ustaz Adam jadi mudah lah menangis dalam panggung. 

Pace filem Munafik: Melawan Iblis ni perlahan sedikit lah dari Munafik (2016) sebab dia lebih tekankan pada seram dan drama sementara filem asal bergerak laju untuk bagi ruang kepada banyak watak. Ada part yang draggy macam Ustaz Adam minta untuk jumpa Fitri sedangkan boleh sangat sembang terus masa call tu. Mungkin ada yang tak suka Ustaz Adam versi Indonesia sebab softie tapi I okay je sebab sesuai lah dengan peribadi ustaz. No beef towards Ustaz Adam Malaysia tapi I rasa semua watak dalam Munafik (2016) beremosi sangat. 


Kekuatan Munafik: Melawan Iblis masih lagi pada mesej sosialnya yang ketengahkan tentang iman setiap Muslim. I suka bila Ustaz Adam tak lemah sangat bila diganggu dengan jin yang menyerupai Aini sementara Fitri sepenuhnya bergantung pada bantuan orang luar bila diganggu. Watak Anwar mungkin tak dapat banyak screentime tapi function setiap kali muncul. 

Keseluruhannya, I suka dengan filem Munafik: Melawan Iblis dan naskhah ini juga antara contoh remake yang bagus bila pihak produksi menambah baik lagi material yang ada. All the best untuk instalment kedua nanti!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.