Pengarah: Baim Wong
Penulis Skrip: Gemati Rahayu
Pelakon: Anna Jobling, Taskya Namya, Yasamin Jasem, Arya Saloka
Syarikat Produksi: Tiger Wong Entertainment
Pengedar: Prime Eagle Studios, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 19 September 2024 (Indonesia), 05 Disember 2024 (Malaysia)
Trailer:
Pica (Taskya Namya) dan Arum (Yasamin Jasem) merupakan mahasiswi yang dihantar ke Klinik Lembayung untuk menjalani latihan industri di situ. Sebaik saja mereka tiba, Dr. Ringgo Adrian (Oka Antara) merengus kerana menerima pelajar wanita sedangkan dia sudah memohon pelajar lelaki.
Mereka berdua risau akan dihantar pulang ke universiti sedangkan sudah datang dari jauh ke klinik tersebut. Namun, Dr. Teto Adi Baskoro (Arya Saloka) menerima mereka berdua untuk menjalani praktikal kerana mereka sedang memerlukan tenaga kerja di situ. Kak Ida (Asri Welas) sentiasa membantu mereka berdua sepanjang berada di situ.
Arum merahsiakan kehamilannya kerana dia mahu menggugurkan kandungannya menggunakan pil tanpa diketahui sesiapa pun. Dia juga sering diganggu oleh jelmaan Dr. Tantri (Anna Jobling) yang meninggal akibat bunuh diri di ruang hydrotherapy 5 tahun yang lalu. Kerana kematian Dr. Tantri juga, Klinik Lembayung ditutup hingga penduduk di situ takut untuk mendapatkan rawatan di situ.
Dr. Teto mencari pekerja untuk robohkan ruang hydrotherapy tapi tak ada siapa pun yang berani bekerja di situ. Malah Dimas (Daffa Wardhana) yang cuba menutup laluan masuk ke ruang tersebut juga dibunuh oleh roh Tantri. Sebelumnya, Heru (Ence Bagus) yang bekerja di situ juga diganggu oleh Tantri.
Satu hari Pica terdengar tentang kes Dr. Tantri dan kenapa Klinik Lembayung ditutup sehingga 5 tahun. Dia mula menyiasat tentang Klinik Lembayung dan mengesyaki Dr. Ringgo adalah dalang di sebalik kejadian tersebut.
Di bawah produksi Tiger Wong Productions, Baim Wong debut sebagai pengarah untuk filem seram Lembayung yang mengambil hampir 50%-60% kisah asal yang dimuatnaik di platform X. Since I tak jumpa thread asal, so let’s assume gangguan yang terjadi dekat Klinik Lembayung tu lah gangguannya dan kisah Dr. Tantri adalah kisah fiksyen yang dimasukkan untuk menggerakkan filem.
Dalam filem Lembayung dapat lah tengok screentime Anna Jobling yang agak panjang berbanding filem Sukma (2025) walaupun dia tak ada banyak dialog. Baim Wong bagitahu yang dia ambil Anna Jobling berlakon sebab senyum dia mengerikan. Sebab tengok babak Tantri senyum masa jumpa Arum tu rasa meremang. Tak boleh imagine kalau ada di tempat Arum masa tu, mau lembik kaki jadi jeli.
Dua kali Anna Jobling berlakon filem seram, dua kali juga lah dia digandingkan dengan Oka Antara tapi kedua-dua filem tak bagi ruang yang panjang walhal mempunyai hubungan istimewa. Nak tengok juga chemistry Anna dengan Oka sebagai life partner. Filem Lembayung ni bermain dengan emosi tapi gagal dipaparkan dengan baik.
Babak seram dalam Lembayung tak ada masalah, cukup rencah untuk genre seram tapi penceritaan dia banyak lompongnya. Tak faham kenapa perlu adanya konflik persahabatan antara Arum dengan Pica bila penulis masukkan babak Dimas kemalangan. Patutnya biar Arum ada masalah dengan Dimas sahaja tak perlu nak meleretkan lagi masalah.
Masa Arum balik menangis-nangis cakap nak berhenti tu, tak dijelaskan pun kenapa tapi Pica pujuk untuk stay padahal masalah Arum besar dan patut melibatkan polis. Masa tu ingatkan Arum dengan Pica dah tahu tentang kematian di klinik rupanya tak pun.
Watak Kak Ida yang rapat dengan Dr. Tantri dari awal tak dikembangkan sangat pun. Patutnya dia yang paling terkesan bila dia jumpa kawan baik mati tergantung dalam klinik. Dia yang patut ada rasa ingin tahu kenapa dan bagaimana Dr. Tantri boleh ke arah tu. Takkan sepanjang 5 tahun dia tak diganggu sedangkan dia pun ada kaitan secara tak langsung.
Filem jump antara babak tanpa penjelasan ditambah pula dengan twist yang boleh dijangka. Bila masuk babak klimaks dan final act, mula lah draggy padahal dah tahu siapa antagonis Lembayung. Patutnya penulis tamatkan dekat Klinik Lembayung tanpa perlu pergi ke latar tempat yang lain.
Kalau ikutkan filem Lembayung ada mesej sosial yang kuat bila gangguan seksual berlaku di tempat kerja seperti yang dialami oleh Arum dan Dr. Tantri tapi pendekatan yang diambil oleh watak-watak yang terlibat terlihat sangat lemah. Geleng kepala juga lah tengok Dr. Tantri minum air sedangkan beza betul air dia dengan air biasa. Kemain berkeladak air dia tapi tak rasa pelik dengan rupa air tu.
Baim Wong jumpa kisah yang menarik untuk dijadikan naskhah tapi gagal untuk mengolah material yang ada sampaikan penceritaan Lembayung terlihat lemah. Sayang lah dah ada barisan pelakon yang bagus tapi semuanya tersia. Tonton Lembayung di Netflix atas risiko sendiri ye.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 5.6/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.