Pengarah: Lee Sang-min
Penulis Skrip: Lee Sang-min
Pelakon: Kim Hye-yoon, Lee Jong-won, Kim Jun-han, Kim Young-sung, Oh Dong-min, Yoon Jae-chan, Jang Da-ah
Syarikat Produksi: The Lamp
Pengedar: Showbox
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 08 April 2026
Trailer:
Sekumpulan staf Road Media dihantar ke Empangan Salmokji kerana gambar yang diambil sebelum ini ada penampakan kepala perempuan di dalam air. Su-in (Kim Hye-yoon) ditugaskan untuk mengetuai misi tersebut kerana senior dia, Woo Gyo-sil (Kim Jun-han) masih terlantar di hospital setelah pulang dari Salmokji.
Sepatutnya misi tersebut akan siap dalam beberapa jam sahaja namun disebabkan ada masalah teknikal, mereka terpaksa bermalam di situ sementara menunggu bantuan sampai. Moon Se-jeong (Jang Da-ah) dengan Jang Seong-bin (Yoon Jae-chan) sepatutnya tak bekerja tapi saja nak ikut sekali untuk buat content seram. Banyak peralatan menjejak hantu dibawa bersama.
Sebaik saja sampai di sana, mereka disapa oleh seorang nenek tua dan bantu dia bina menara batu. Nenek tersebut minta mereka buat hajat kerana menara batu di Salmokji mempunyai keramat tersendiri. Su-in berhajat untuk berjumpa dengan seniornya sementara Se-jeong berhajat untuk jumpa dengan hantu di Salmokji supaya vlog channel dia dapat views tinggi.
Setelah berhajat, mereka mulakan kerja dengan mengambil gambar jalan dan kawasan sekitarnya. Ketika Song Gyeong-tae (Kim Young-sung) berjalan melepasi hutan, Su-in ternampak bayang lembaga hitam di balik pokok menerusi monitornya. Tak lama kemudian, Gyeong-tae terjatuh ke dalam air gara-gara tengkorak kepala jatuh dari atas. Sejak itu, satu demi satu perkara aneh berlaku hingga mereka bertekad untuk keluar dari kawasan Salmokji.
Filem Salmokji: Whispering Water arahan dan penulisan Lee Sang-min mengangkat kisah seram legenda Empangan Salmokji yang dibina pada tahun 1980 di atas kawasan perkuburan. Filem Salmokji: Whispering Water merupakan filem debut untuk pengarah Lee Sang-min.
Kebanyakan kisah seram yang berkait dengan Empangan Salmokji dipaparkan dalam filem Salmokji: Whispering Water macam GPS yang bawa mereka ke jalan utama tapi sebenarnya hampir tenggelam masuk ke dalam air, penampakan lembaga di kawasan empangan atau kejadian lemas secara misteri walaupun individu tu pandai berenang.
I enjoy tengok filem Salmokji: Whispering Water sebab babak seram dia memang berpunca dari hantu air dan bukannya faktor lain atau bersifat gore. Dah lama tak tengok filem seram sebab hantu and yes, of course dalam filem ni ada babak jumpscare. Dah tahu akan muncul tapi tetap terkejut jugak.
Penceritaan Salmokji: Whispering Water bersifat non-linear dan perlu untuk diasingkan mana ilusi dan realiti yang dialami oleh beberapa watak. Kalau tak fokus tengok mungkin akan pening apa yang tengah terjadi dan kenapa ending dia nampak tergantung walhal tak pun. Wujudnya ilusi ni pun penting juga sebab itu permainan hantu air supaya mangsa akan masuk ke dalam air. Bila terpijak air, confirm akan dibunuh.
BGM yang dimasukkan memang minimal untuk menghidupkan lagi suasana seram dan ngeri. Kita memang akan fokus dengan bunyi dalam beberapa babak dari fokus kepada visual dan pergerakan yang berlaku pada waktu malam. Macam babak baling batu dalam air ataupun babak pasangan di awal filem.
Walaupun alur cerita Salmokji: Whispering Water menarik dan mengerikan tapi ada juga lah timbul persoalan macam keperluan untuk Road Media kemaskini gambar jalan di Empangan Salmokji. Gambar jalan tu untuk siapa kalau kawasan tu sebenarnya dijaga oleh pihak empangan? Macam dalam filem ni orang luar bebas beraktiviti padahal empangan yang sebenar tak dibenarkan masuk pun.
Tapi Empangan Salmokji ni lebih kurang macam Empangan Semenyih lah, tak dibenarkan beraktiviti pun orang tetap masuk secara haram.
Dalam filem ni semua watak macam clueless tentang Empangan Salmokji kecuali dua orang vlogger yang memang nak sangat views untuk channel mereka. Tak puas hati juga lah kenapa Su-in tak bertegas supaya semua perlu siap sebelum malam. Kalau dah gerak lambat kenapa perlu berlengah, siap pertikaikan lagi arahan ketua? Tak faham kenapa semua nak bitter dengan Su-in padahal dia pun tak nak ada dekat situ.
Lakonan Kim Hye-yoon cemerlang sebagai Su-in yang terjerat dalam konflik emosi tapi watak sampingan yang lain memang wujud sebagai makanan hantu air. Kalau I jadi Su-in, I resign terus daripada kena pergi buat kerja dekat tempat berhantu macam tu.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.